home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penyakit Injap Jantung

Definisi|Simptom|Punca|Faktor risiko|Diagnosis dan rawatan|Pencegahan
Penyakit Injap Jantung

Definisi

Apa itu penyakit injap jantung?

Penyakit injap jantung ialah keadaan di mana fungsi injap jantung tidak berperanan seperti yang sepatutnya. Terdapat 4 injap dalam jantung yang berfungsi mengawal saluran darah ke arah yang betul.

Dalam setiap degupan jantung, fungsi injap jantung terbuka dan tertutup. Apabila pembukaan atau penutupan injap jantung tidak berfungsi, ia boleh mengganggu aliran darah.

Penyakit injap jantung juga melibatkan sebarang keadaan jantung dan boleh membawa kepada pelbagai masalah jantung yang lain, seperti tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung.

Apakah kebarangkalian penyakit ini?

Keadaan ini lebih kerap berlaku pada usia tua, tetapi penyakit ini boleh menjejaskan sesiapa pun tanpa mengira usia.

Kondisi ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom injap jantung?

Penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai simptom. Tanda dan simptomnya adalah:

Punca sesak nafas

  • Sesak nafas
  • Jantung berdegup laju
  • Keletihan
  • Ketidakselesaan atau kesakitan di dada
  • Pening atau lemah
  • Pengsan
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Pengekalan air, yang boleh mengakibatkan bengkak di bahagian bawah kaki dan abdomen
  • Edema pulmonari
  • Bengkak kaki, buku lali atau perut
  • Peningkatan berat badan yang cepat

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom jangkitan seperti sakit tekak, sakit badan dan demam, sila hubungi doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Sebaik-baiknya berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah punca penyakit injap jantung?

Dalam sesetengah kes, penyakit ini disebabkan kecacatan waktu lahir. Walau bagaimanapun, keadaan ini lebih kerap berlaku kerana masalah kesihatan.

Masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kondisi ini ialah:

fungsi injap jantung

  • Endokarditis Infektif- keradangan tisu jantung
  • Demam Reumatik- penyakit keradangan disebabkan jangkitan bakteria streptokokkus
  • Aneurisma Aorta, bengkak atau benjolan yang tidak normal pada aorta
  • Aterosklerosis- arteri menjadi keras
  • Degenerasi Myxomatous– tisu penyambung dalam injap mitral menjadi lemah
  • Lupus- penyakit autoimun kronik’
  • Penyakit arteri koronori
  • Kardiomiopati dan syphillis
  • Penyakit tisu penyambung (connective tissue)
  • Ketumbuhan, ubat tertentu dan radiasi

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada penyakit injap jantung?

Terdapat banyak faktor risiko untuk keadaan ini berlaku, seperti:

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Untuk mendiagnosis penyakit ini, doktor akan memeriksa bunyi jantung anda melalui stetoskop semasa pemeriksaan fizikal.

Doktor akan mencari kelainan denyutan jantung yang mungkin menunjukkan masalah dengan fungsi injap jantung anda.

Ujian lain selepas ujian fizikal adalah ujian pengimejan dan ujian aliran darah. Kemudian, doktor mungkin akan memantau injap anda dan memilih rawatan yang sesuai.

  • X-ray dada: Ujian ini akan menunjukkan doktor bentuk, saiz dan kedudukan jantung kerana kadangkala penyakit ini menyebabkan jantung membesar
  • Ekokardiografi dan ekokardiografi transesophageal: Ujian ini menggunakan gelombang bunyi (ultrabunyi) untuk menghasilkan imej terperinci jantung dan arteri yang mengelilinginya
  • Kateterisasi jantung: Ujian ini membolehkan doktor melihat jika terdapat sebarang ketidakstabilan dalam aliran darah yang mungkin disebabkan oleh injap anda

Bagaimana pesakit dirawat?

Berdasarkan keadaan fungsi injap jantung dan simptom, doktor akan mencadangkan beberapa rawatan untuk anda.

Anda mungkin dikehendaki untuk mendapatkan pengawasan perubatan yang konsisten, berhenti merokok jika anda merokok, dan mengamalkan diet yang sihat.

Doktor juga akan menetapkan beberapa ubat untuk merawat keadaan anda seperti penyekat beta (beta blockers) dan penyekat saluran kalsium (calcium channel blocker) yang membantu mengawal kadar degupan jantung dan aliran darah; diuretik untuk mengurangkan pengekalan cecair; dan vasodilators yang membuka atau melebarkan saluran darah.

Pembedahan diperlukan sekiranya anda berada dalam keadaan yang teruk.

Injap anda akan dibaiki sama ada

  • Menggunakan tisu anda sendiri
  • Menggunakan injap haiwan dalam penggunaan pengganti injap biologi
  • Injap yang disumbangkan daripada orang lain
  • Injap mekanikal
  • Injap buatan

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani penyakit ini?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani penyakit injap jantung:

rawatan kemoterapi

  • Ketahui jenis dan tahap penyakit injap anda
  • Maklumkan semua doktor dan doktor gigi bahawa anda mempunyai penyakit injap
  • Hubungi doktor jika anda mempunyai simptom jangkitan
  • Jaga kesihatan gigi dan gusi anda
  • Ambil antibiotik sebelum menjalani prosedur yang boleh menyebabkan pendarahan
  • Ambil ubat mengikut arahan doktor
  • Jumpa doktor anda dengan kerap

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Heart valve disease. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-valve-disease/basics/definition/con-20036065. Accessed July 9, 2016.
http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/HeartValveProblemsandDisease/Testing-for-Heart-Valve-Problems_UCM_450776_Article.jsp#.Wr3cZIhubDd. Accessed July 9, 2016.

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17600-valve-disease-types

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/heart-valve-diseases

https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/heart-valve-disease

http://surgery.ucsf.edu/conditions–procedures/heart-valve-disease.aspx

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada 28/03/2018
x