Bukan pertama kali kita dengar mengenai mitos mandi malam paru paru berair. Malah, amalan mandi malam menjadi satu pantang larang yang sudah sebati dalam masyarakat kita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Bukan pertama kali kita dengar mengenai mitos mandi malam paru paru berair. Malah, amalan mandi malam menjadi satu pantang larang yang sudah sebati dalam masyarakat kita.
Kalau mandi, katanya elok mandi pada waktu petang dan bukannya pada waktu malam.
Namun, sejauh manakah kebenaran dalam kenyataan di atas? Ramai yang tahu mandi malam mempunyai banyak manfaat yang tersendiri.
Amalan ini bukan sahaja dapat membuatkan badan lebih relaks, bahkan juga mandi malam ibarat satu terapi yang boleh mengurangkan stres.
Sebab itulah ramai yang sanggup meluangkan masa untuk mandi pada waktu malam.
Walau bagaimanapun, penyakit paru-paru berair sememangnya wujud. Namun ia bukanlah disebabkan oleh amalan mandi pada waktu malam!
Ingin tahu apa yang menyebabkan paru-paru berair? Jom, ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan paru-paru berair. Antaranya:
Radang paru-paru atau pneumonia merupakan sejenis jangkitan yang boleh menyebabkan kantung udara dalam paru-paru mengalami inflamasi. Pesakit akan batuk teruk dan menghasilkan banyak kahak.
Pnuemonia boleh berlaku disebabkan beberapa perkara. Organisma seperti bakteria, kulat atau virus boleh menyebabkan radang paru-paru.
Salah satu penyakit yang lazim menyebabkan pneumonia ialah COVID-19. Ketahui lebih lanjut mengenai COVID-19 di sini.
Walau bagaimanapun, tidak ada kaitan antara mandi malam paru paru berair dan pneumonia.
Radang paru-paru boleh mengancam nyawa. Ia paling berbahaya terhadap warga emas dan kanak-kanak.
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan sistem imun yang lemah juga berisiko untuk menghidap radang paru-paru yang serius.
Pneumonia juga berbeza dengan bronkitis, satu lagi jenis penyakit paru-paru. Ketahui perbezaan serta tanda-tandanya melalui infografik kami di bawah:
Edema pulmonari merupakan satu kondisi yang menyebabkan pengumpulan cecair secara abnormal di kawasan paru-paru. Penyakit ini akan membuatkan pesakit sukar untuk bernafas.
Dalam kebanyakan kes, masalah jantung merupakan punca edema pulmonari. Malah, kondisi ini tidak ada kaitan langsung dengan amalan mandi malam.
Antara penyakit yang boleh menyebabkan edema pulmonari ialah:
Namun, penyakit ini juga boleh berlaku disebabkan pendedahan terhadap toksin atau ubat-ubatan tertentu, trauma pada dinding paru-paru atau bersenam di kawasan beraras tinggi.
Efusi pleura berlaku apabila cecair berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru.
Badan manusia akan menghasilkan sejenis cecair sebagai pelincir permukaan paru-paru.
Cecair ini dikenali sebagai cecair pleura. Efusi pleura berlaku apabila badan menghasilkan cecair ini dengan terlalu banyak.
Keseriusan kondisi ini bergantung pada puncanya. Efusi pleura terjadi disebabkan jangkitan virus, pneumonia atau kegagalan jantung. Malah, rawatannya juga bergantung pada penyebab efusi pleura.
Baca juga:
Sebenarnya, amalan mandi malam mempunyai banyak manfaat tersendiri.
Malah, amalan mandi malam paru paru berair merupakan satu mitos. Kenyataan ini tidak benar sama sekali dan telah dibuktikan oleh banyak kajian saintifik.
Individu yang menjadikan mandi malam sebagai rutin harian dapat tidur dengan lebih lena. Malah, mandi malam juga dapat memastikan badan lebih bersih sebelum tidur.
Tidak kiralah anda mandi dengan air panas atau sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri.
Kajian menunjukkan, mandi air panas sebelum tidur boleh membuatkan anda lebih lena pada waktu malam.
Bukan itu sahaja, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Chronobiology International, mandi air suam pada waktu malam dapat menurunkan tekanan darah.
Ada juga orang yang akan mandi malam jika mereka demam. Mandian hangat merupakan cara yang terbaik untuk melegakan simptom demam seperti hidung tersumbat.
Menurut laman sesawang Sleep Foundation, individu yang mandi air sejuk pada waktu malam dapat tidur yang lebih dalam dan lena pada 3 jam terawal.
Jika anda suka bersenam, mandian sejuk akan membawa lebih banyak manfaat. Air sejuk boleh mengurangkan sakit otot dan membuatkan anda tidur lena dengan cara mengurangkan ketidakselesaan sewaktu tidur.
Bukan itu sahaja, selepas sepanjang hari bekerja, anda mungkin perlu mandi air sejuk.
Ramai orang yang mengakui air sejuk dapat membuatkan mood mereka bertambah baik. Malah, amalan ini juga amat baik untuk mengurangkan stres dan keletihan.
Jadi, benarkah mandi malam paru paru berair? Jawapan bagi dakwaan mandi malam paru paru berair adalah tidak benar sama sekali.
Inilah masanya untuk kita mematahkan sebarang kepercayaan yang tidak benar, walaupun ia sudah lama diamalkan dalam masyarakat kita.
Air tidak boleh masuk ke paru-paru melalui amalan mandi malam.
Malah, jika dimasukkan ke dalam rutin harian, mandi malam mungkin membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Jika anda ingin tidur yang lebih lena, amalkan mandian hangat sebelum tidur. Namun, untuk mereka yang ingin mengurangkan keletihan selepas seharian bekerja, cubalah mandi air sejuk!
Kini anda telah tahu bahawa mandi malam paru paru berair hanyalah mitos.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen