Pengambilan minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kecacatan janin. Ini yang perlu anda fahami mengenai bahayanya alkohol bagi ibu mengandung dan juga kandungan…
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pengambilan minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kecacatan janin. Ini yang perlu anda fahami mengenai bahayanya alkohol bagi ibu mengandung dan juga kandungan…
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Pengambilan minuman keras semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan kecacatan perkembangan bayi.
Sebenarnya, alkohol (bir, wain, minuman keras) adalah punca kecacatan kelahiran dan perkembangan yang boleh dicegah di Amerika Syarikat.
Bayi yang terdedah kepada alkohol di dalam rahim akan menyebabkan gangguan spektrum alkohol janin (FADSs). Gangguan ini meliputi masalah fizikal, tingkah laku dan pembelajaran.
Jenis FADs yang paling teruk ialah sindrom alkohol janin (FAS). ia disebabkan pengambilan minuman keras semasa hamil.
Tiada maklumat yang tepat tentang jumlah pesakit gangguan spektrum alkohol janin (FASDs). Beberapa kajian berbeza dilakukan untuk menganggarkan populasi pesakit yang menghidap FASDs.
FASDs termasuk di dalam beberapa diagnosis berkaitan pendedahan bayi kepada alkohol semasa hamil.
Secara khususnya, sindrom alkohol janin (FAS) termasuk di dalam diagnosis, dilakukan apabila terdapat kecacatan fizikal dan perkembangan bayi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kecacatan fizikal
Antara kecacatan fizikal ialah:
Kesan bahaya minuman keras: Masalah otak dan sistem saraf tunjang
Masalah otak dan sistem saraf tunjang ialah:
Isu sosial dan tingkah laku
Masalah pada fungsi, mengatasi dan berinteraksi dengan orang lain, seperti:
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.
Anda perlu berhubung dengan doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:
Jika anda hamil dan tidak boleh berhenti mengambil minuman keras, sila bertanya kepada pakar obstetrik, doktor penjagaan primer atau profesional kesihatan mental untuk bantuan.
Diagnosis awal boleh membantu mengurangkan risiko masalah jangka panjang bagi kanak-kanak dengan masalah sindrom alkohol janin, maklumkan kepada doktor anak anda jika anda mengambil alkohol semasa hamil. Jangan tunggu sehingga penyakit muncul sebelum mendapatkan bantuan.
Jika anda mengambil anak angkat atau menyediakan pusat penjagaan pengasuh, anda mungkin tidak mengetahui sama ada ibu kandung bayi tersebut mengambil alkohol semasa hamil – ia mungkin pada mulanya tidak berlaku kepada anda bahawa anak anda mengalami sindrom alkohol janin.
Tetapi, jika anda mengesan anak angkat anda itu mengalami masalah dengan pembelajaran dan tingkah laku, sila berbincang dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.
Apabila anda hamil dan mengambil minuman keras:
Kecacatan wajah, jantung dan organ lain termasuk tulang dan sistem saraf tunjang boleh berlaku akibat pengambilan alkohol semasa trimester pertama.
Ini kerana bahagian-bahagian ini adalah kunci perkembangan janin anda. Tetapi, risiko ini berlaku pada mana-mana masa kehamilan.
Semakin banyak anda mengambil minuman keras semasa hamil, semakin tinggi peluang anak anda mendapat masalah. Tiada jumlah alkohol selamat yang boleh diambil semasa hamil.
Anda mungkin membahayakan bayi anda walaupun anda tidak menyedari anda sedang hamil. Jangan ambil minum beralkohol jika:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Semakin awal diagnosis, semakin baik keputusannya. Sila berbincang dengan doktor sekiranya anda rasa anak anda mengalami FAS. maklumkan kepada doktor jika anda mengambil minuman beralkohol semasa hamil.
Pemeriksaan fizikal kepada bayi menunjukkan murmur jantung atau masalah jantung lain. Semakin bayi matang, tanda-tanda lain mungkin membantu mengesahkan diagnosis. Ini termasuklah:
Untuk mendiaganos seseorang dengan FAS, doktor perlu menentukan bayi tersebut mempunyai kecacatan wajah, pertumbuhan bayi lambat berbanding bayi normal, dan mempunyai masalah sistem saraf tunjang.
Masalah saraf tunjang ini boleh jadi fizikal atau tingkah laku. Ini ditunjukkan dalam bentuk hiperaktif, kurang koordinasi atau tumpuan atau mengalami masalah pembelajaran.
Baca juga:
Disebabkan FAS tidak boleh pulih, rawatan yang disediakan adalah untuk beberapa simptom.
Semakin awal diagnosis, semakin baik progres penyakit tersebut. Bergantung kepada simptom, bayi tersebut memerlukan lawatan daripada banyak doktor atau doktor pakar.
Pendidikan khas dan perkhidmatan sosial boleh membantu kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, ahli terapi percakapan boleh membantu mengajar kanak-kanak untuk bercakap.
Di rumah
Kanak-kanak yang mengalami FAS mendapat manfaat daripada rumah yang stabil dan berkasih sayang. Mereka akan menjadi lebih sensitif kepada gangguan dalam rutin berbanding kanak-kanak seusia mereka.
Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mempunyai masalah keganasan atau penyalahgunaan dalam hidup jika mereka terdedah kepada keganasan dan penderaan di rumah.
Kanak-kanak ini boleh menguruskan rutin harian, mematuhi arahan mudah dan mendapat ganjaran kerana bersikap positif.
Ubat-ubatan
Tiada ubat khusus bagi merawat FAS tetapi, beberapa jenis ubat boleh memberi simptom.
Antara ubat ialah:
Kaunseling
Latihan tingkah laku juga boleh membantu. Contohnya, latihan persahabatan iaitu mengajar kanak-kanak tentang kemahiran sosial bagi berinteraksi dengan rakan-rakan.
Latihan fungsi eksekutif untuk memperbaiki kemahiran seperti kawalan diri, memberi sebab dan memahami sebab dan kesan. Kanak-kanak yang menghidap FAS memerlukan bantuan akedemik. Sebagai contoh, tutor matematik membantu kanak-kanak ini di sekolah.
Ibubapa dan adik beradik juga memerlukan bantuan untuk menguruskan cabaran keadaan ini. Ini dapat membantu melalui terapi percakapan atau kumpulan sokongan.
Ibubapa juga menerima latihan keibubapaan yang diperlukan oleh anak-anak ini. Latihan keibubapaan mengajar anda untuk berinteraksi dengan baik dan mengajar anda tentang penjagaan anak anda.
Rawatan alternatif
Sesetengah ibubapa dan anak-anak mendapatkan rawatan alternatif selain daripada rawatan perubatan.
Ini termasuklah latihan pemulihan, seperti urutan dan akupuntur (memasukkan jarum halus ke dalam bahagian badan). Rawatan alternatif juga merangkumi teknik pergerakan seperti senaman atau yoga.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut boleh membantu anda mengatasi sindrom alkohol janin:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen