backup og meta

Jerebu: IPU Dah Rendah Tapi Kenapa Pulak Ramai Yang Sakit?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

    Jerebu: IPU Dah Rendah Tapi Kenapa Pulak Ramai Yang Sakit?

    “Betul ke bacaan IPU ni? Kat luar ni nampak macam jerebu tapi macam mana pulak bacaan IPU boleh kurang dari 150″?

    Itulah antara posting rata-rata warganet yang berkongsi rasa pelik di media sosial berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang dikatakan rendah. Bacaan di kebanyakan tempat menunjukkan indeks antara 100-150. Namun, apa yang membingungkan, kondisi udara masih sama. Malah di sesetengah tempat dikatakan semakin teruk. 

    Bagaimana pula keadaannya di tempat anda? Sama seperti bacaan indeks yang dinyatakan atau makin kritikal?

    Bacaan IPU rendah di bawah 180

    Penulis turut menyemak bacaan IPU (sehingga jam 8 pagi, 24 September 2019) di mana kebanyakan tempat menunjukkan indeks di bawah paras 180. Berikut adalah indeks bacaan di beberapa tempat:

  • Seri Manjung, Perak – 130
  • Nilai, Negeri Sembilan – 146
  • Temerloh, Pahang, 142
  • Banting, Selangor – 130
  • Johan Setia Klang, Selangor – 172
  • Harapnya bacaan indeks hari ini adalah betul dan situasi jerebu akan bertambah baik. Tetapi dengarnya ada peningkatan kes kesihatan akibat jerebu, betul ke?

    Peningkatan pesakit

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan jumlah kes asma akibat jerebu menyaksikan kenaikan sebanyak 3.5 peratus kepada 1,265 kes pada 15 hingga 21 September berbanding 1,222 kes pada minggu sebelumnya. 

    Peningkatan juga dicatatkan dalam kes konjunktivitis dengan peningkatan 51.4 peratus kepada 403 kes berbanding 266 kes minggu sebelumnya. Namun, kes-kes yang melibatkan Infeksi Salur Pernafasan Atas (URTI) mencatatkan penurunan sebanyak 9.6 peratus iaitu dari 8,258 kepada hanya 7,465 kes.

    Penggunaan topeng muka 

    Sebenarnya, rata-rata individu awam kurang prihatin dengan kesihatan diri. Ramai yang memandang remeh isu pemakaian topeng muka. Malahan ada yang berasa pemakaian topeng muka itu adalah sesuatu yang tidak perlu. 

    Jerebu boleh menyebabkan kesan buruk kerana partikel halus yang ada di dalamnya boleh mengganggu pernafasan. Keadaan ini sangat tidak baik untuk individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti penyakit paru-paru obstruktif kronik.

    Sebab itulah pentingnya penggunaan topeng muka. Tetapi pastikan anda menggunakan topeng muka yang betul, iaitu topeng muka N95 adalah yang sebaiknya dan paling disyorkan untuk melindungi diri daripada sebarang isu kesihatan akibat krisis jerebu ini.

    Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya dua liter air bersih setiap hari dan turut mengambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin bagi membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Makan sayur banyak-banyak, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan