backup og meta

8 Jenis Ubat Ini Boleh Legakan Batuk Kering, Antara Yang TERBAIK Di Pasaran!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/01/2024

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    8 Jenis Ubat Ini Boleh Legakan Batuk Kering, Antara Yang TERBAIK Di Pasaran!

    Batuk yang kering tanpa kahak boleh menyebabkan tekak terasa perit. Malah, batuk kering juga membuatkan dada terasa lebih sakit. Ada ke ubat khusus untuk legakan batuk kering tanpa kahak? Ini senarai ubat batuk terbaik di farmasi yang boleh anda gunakan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Ubat batuk terbaik di farmasi

    Berikut adalah 8 jenis ubat cair kahak di farmasi untuk melegakan batuk kering yang anda alami.

    Namun, sebahagian daripada ubat batuk ini juga boleh digunakan untuk batuk jenis berkahak. 

    #1. Cough-en® Linctus

    Cough-en® Linctus adalah produk keluaran Xepa-Soul Pattinson, sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka di dunia.

    Ubat batuk kering ini dirumuskan khusus untuk meredakan batuk yang mengganggu tekak anda. Setiap 5ml Cough-en® Linctus mengandungi:

    • Dextromethorphan HBr 15mg
    • Triprolidine HCl 1.25mg
    • Pseudoephedrine HCl 30mg

    Ubat ini berkesan merawat batuk kering, melegakan rinitis alergi dan selesema biasa. Selain itu, ia juga membantu melegakan hidung tersumbat.

    Cough-en® Linctus didatangkan dalam bentuk larutan oral dengan rasa blackcurrant yang sedap.

    #2. Ubat batuk terbaik di farmasi: Mucolix Elixir

    Mucolix Elixir juga adalah produk keluaran Xepa-Soul Pattinson yang berkesan dalam meredakan batuk kering.

    Ubat ini dirumuskan khusus untuk merawat masalah batuk berkahak dan batuk biasa. Ia adalah ubat yang tidak menyebabkan kesan mengantuk, bebas gula dan juga alkohol.

    Ia juga sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

    #3. Prospan Cough Syrup

    Prospan Cough Syrup adalah salah satu ubat batuk kering yang terkenal dan telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan lendir, iritasi tekak, dan memberikan kelegaan daripada batuk.

    Prospan® mempunyai ciri-ciri unik yang membezakannya daripada produk lain di pasaran.

    Ia juga adalah antara jenis ubat batuk yang popular di seluruh dunia.

    #4. Ubat batuk terbaik di farmasi: Three Legs Cough Relief

    Three Legs Cough Relief adalah produk keluaran Wenken Group yang berfungsi sebagai ekspektoran untuk melegakan batuk akibat selesema.

    Ubat ini juga mengandungi guaifenesin, bahan aktif yang membantu mencairkan kahak dan lendir pada dada dan tekak akibat selesema.

    Oleh itu, ia boleh digunakan untuk kedua-dua batuk kering dan berkahak.

    Three Legs Cough Relief didatangkan dalam botol dengan saiz 60ml dan 120ml.

    Ubat ini adalah salah satu produk terbaik dan boleh didapati di kebanyakan farmasi di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

    #5. Vitaherb Cold and Cough Syrup

    Vitaherb Cold and Cough Syrup adalah ubat batuk kering tradisional yang digunakan untuk melegakan selesema, batuk, sakit tekak, iritasi tekak, dan mengurangkan kahak.

    Setiap 5ml sirap ini mengandungi ekstrak daun Ivy sebanyak 35mg dan ekstrak akar Pelargonium sebanyak 12.5mg.

    Sirap ini berkesan:

    • Melegakan batuk yang kuat
    • Mengurangkan keparahan batuk
    • Memudahkan pernafasan

    Ia bebas alkohol dan tidak menyebabkan mengantuk, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kebanyakan orang.

    Vitaherb Cold and Cough Syrup didatangkan dengan perisa peppermint bersama bau herba. 

    #6. Ubat batuk terbaik di farmasi: Pabron Cough-D Syrup

    Pabron Cough-D Syrup adalah ubat yang berkesan untuk melegakan batuk kering dan hidung tersumbat.

    Ubat ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan.

    Berikut adalah dos yang disyorkan mengikut umur:

    • Dewasa dan kanak-kanak berumur lebih daripada 12 tahun: 10 mL tiga kali sehari
    • Kanak-kanak berumur 6-12 tahun: 5 mL tiga kali sehari
    • Kanak-kanak berumur 2-6 tahun: 2.5 mL tiga kali sehari

    Ubat ini mengandungi Triprolidine Hydrochloride, Pseudoephedrine Hydrochloride, dan Dextromethorphan Hydrobromide sebagai bahan aktifnya.

    #7. Coflix Syrup

    Coflix Syrup adalah ubat batuk yang efektif dalam memberi kelegaan pada tekak yang mengalami keradangan selain merawat batuk.

    Bahan aktif yang terkandung dalam ubat ini terbukti berkesan dalam meredakan batuk anda.

    Walaupun agak jarang dijumpai, ia juga adalah antara jenama ubat batuk terbaik di farmasi kerana bertindak sebagai ubat batuk berpanjangan.

    #8. Wood’s Peppermint Cough Syrup

    Wood’s Peppermint Cough Syrup adalah antara ubat batuk dan ubat cair kahak di farmasi yang terkenal di Malaysia.

    Wood’s Peppermint Cough Syrup membantu melegakan batuk dengan cara mencairkan kahak dan menghilangkan lendir yang mengganggu saluran pernafasan.

    Ubat ini mesti disimpan pada suhu bilik dan terlindung daripada cahaya matahari.

    Kesimpulan 

    Setiap ubat batuk terbaik di farmasi memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

    Pilihan terbaik bergantung kepada keperluan dan keutamaan individu tersebut.

    Faktor-faktor seperti keberkesanan, kandungan bahan, harga, dan ketersediaan produk di pasaran tempatan perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

    ubat batuk terbaik di farmasi
    Antara jenis-jenis batuk

    Sentiasa membaca label dan arahan penggunaan ubat batuk berpanjangan sebelum digunakan.

    Jika perlu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi mengenai pemilihan dan dos ubat batuk yang sesuai.

    Dalam menghadapi musim hujan atau cuaca yang tidak menentu di Malaysia, memiliki ubat batuk yang efektif di rumah adalah penting untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan seluruh keluarga.

    Pastikan untuk memilih produk yang sesuai dengan simptom dan keadaan kesihatan anda untuk hasil yang optimum. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan