backup og meta

6 Mitos Rawat Batuk Di Internet, Ada Yang Mungkin Berkesan, Ada Yang Tidak!

6 Mitos Rawat Batuk Di Internet, Ada Yang Mungkin Berkesan, Ada Yang Tidak!

Kalau cari di internet, pasti ada banyak cara hilangkan batuk dengan cepat yang anda boleh cuba amalkan. Persoalannya, adakah kesemua petua itu akan menjadi atau cuma mengarut? Jom baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Batuk, beberapa punca dan kesan ia berlaku

Untuk pengetahuan anda semua, batuk merupakan satu tindak balas sistem imun tubuh badan untuk membersihkan tekak serta salur pernafasan daripada bendasing seperti lendir, cecair atau mikrob.

Pun begitu, batuk yang berterusan dan berpanjangan dalam tempoh lama itu juga adalah petanda penyakit. Mungkin jangkitan daripada virus dan bakteria yang berbahaya boleh menjadi penyebab utamanya.

Apabila dibiarkan begitu sahaja, kemungkinan ia untuk sembuh secara semula jadi akan menurun secara mendadak!

Disebabkan itu pula, pengambilan ubatan dan rawatan klinikal amatlah diperlukan. Ada juga individu yang lebih suka dengan kaedah rawatan tradisional, yang mungkin boleh membantu merawat masalah ini.

Jenis-jenis batuk yang boleh berlaku.
Jenis-jenis batuk yang boleh berlaku.

Cara hilangkan batuk di internet yang popular

Sudah lumrah masyarakat kita, ada banyak petua orang lama yang sering individu amalkan. Contohnya, penggunaan minyak gamat pada luka kecil di kulit. Namun, tahukah anda akan tahap keberkesanannya?

Begitu juga dengan cara hilangkan batuk yang banyak dicari di internet. Di bawah ini merupakan beberapa contoh mitos yang popular:

#1. Minum air sarsi, petua hilangkan batuk

Buat anda yang belum tahu, air sarsi atau sarsaparilla itu dihasilkan daripada sejenis akar Smilax ornata atau Smilax officinalis sebagai air minuman bergas dan sangat popular di rantau Asia.

Kalau dilihat dari sudut logik, memang benar akar ini memiliki sifat antioksidan, antiradang dan antimikrob. Ia bagus untuk tubuh badan kita apabila dimakan atau diminum secara semula jadi.

Namun sampai sekarang, masih belum ada kajian saintifik yang dapat menyatakan dan membuktikan bahawa air sarsi dalam bentuk minuman atau ubatan mampu membantu merawat masalah ini!

#2. Hirup sup ayam

Sup juga boleh melegakan batuk.
Sup juga boleh melegakan batuk.

Sama seperti mitos sup ketam yang dikatakan mampu melawan demam denggi, sup ayam pula dikhabarkan boleh merawat batuk terutamanya jika ia diambil dalam keadaan yang masih panas-panas.

Alasannya, suhu sup yang hangat itu mampu memberikan sensasi melegakan kepada tekak ketika batuk.

Perkara lebih menarik, ramai yang mendakwa bahawa bahan semula jadi yang ada di dalam sup itu bagus sebagai petua hilangkan batuk.

Benar, sup panas memang mampu melegakan sakit dan gatal tekak apabila sedang batuk. Tetapi, ia tidak akan mampu untuk melawan jangkitan mikrob punca sebenar batuk sekali gus tidak efektif!

Cara hilangkan batuk #3. Madu

Ketiga, anda pasti tidak terkejut jika ramai orang percaya bahawa madu boleh membantu merawat masalah batuk.

Menariknya, ia mungkin entri mitos yang berkesan! Menurut kajian melibatkan kanak-kanak berumur 1 ke 5 tahun, pengambilan 2 sudu kecil madu pada waktu malam mampu mengurangkan batuk.

Dalam kajian yang sama lagi, madu dipercayai mempunyai tahap keberkesanan serupa dengan dextromethorphan – salah satu bahan utama di dalam kandungan ubat batuk yang biasa doktor berikan.

#4. Makan buah nanas, petua hilangkan batuk

Lupakan mitos bahawa nanas boleh menjadi punca keguguran. Kini, ada satu lagi mitos di internet yang kata makan buah ini adalah antara cara hilangkan batuk dengan berkesan yang anda boleh cuba amalkan.

Nanas mempunyai rasa yang menyegarkan.
Nanas mempunyai rasa yang menyegarkan.

Disebabkan ia mengandungi kompaun aktif bromelain, ramai yang mempercayai ia bagus dimakan ketika batuk. Pun begitu, masih belum ada kajian lanjutan yang mampu membuktikan teori popular ini.

#5. Kunyah daun pudina, petua hilangkan batuk

Seperti ramai sedia maklum, kandungan mentol di dalam daun ini mampu menyejukkan dan menyegarkan tekak yang perit ketika sedang batuk.

Tidak dinafikan, teori ini benar dan tiada kesan sampingan sebagai cara legakan batuk.

Apa yang menjadi masalahnya, efek sejuk dan segar itu hanya bersifat sementara. Ia sama sekali tidak akan membantu melawan infeksi daripada mikrob yang memicu punca sebenar di sebalik batuk berlaku.

Cara hilangkan batuk #6. Halia

Terakhir, tidak kurang juga ramai yang percaya bahawa halia terutama dalam air teh mampu menghilangkan masalah batuk.

Sebenarnya, cara ini mungkin boleh berkesan.

Fakta

Ini kerana ia mengandungi banyak karakteristik antiradang yang sudah tentu bagus untuk membantu melawan kerengsaan pada tekak gara-gara batuk.

Disokong oleh kajian pada tahun 2015, halia merupakan salah satu daripada 10 herba alami yang ternyata bagus untuk kesihatan tubuh badan. Pun begitu, ia masih tergolong sebagai alternatif semula jadi petua hilangkan batuk.

Konklusinya, jangan mudah percaya dengan mitos di internet! Dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cough, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17755-cough, Accessed Sep 19 2023.
  2. Natural cold and flu remedies from around the world, https://www.worldvision.org/health-news-stories/natural-cold-flu-remedies-world, Accessed Sep 19 2023.
  3. The Best Natural Cough Remedies, https://www.medanta.org/patient-education-blog/the-best-natural-cough-remedies, Accessed Sep 19 2023.
  4. Is it true that honey calms coughs better than cough medicine does?, https://www.mayoclinic.org/symptoms/cough/expert-answers/honey/faq-20058031, Accessed Sep 19 2023.
  5. Why you should consider adding ginger to your diet, https://www.uclahealth.org/news/why-you-should-consider-adding-ginger-to-your-diet, Accessed Sep 19 2023.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Selesanya Bila Tekak Berkahak! Atasi Masalah Kahak Dengan 4 Tip Mudah Ini!

7 Jenis Ubat Batuk Terbaik Di Pasaran, Boleh Legakan Batuk & Sakit Tekak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan