backup og meta

Batuk Kokol Berjangkit! Ini 12 Simptom Jangkitan Pada Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

    Batuk Kokol Berjangkit! Ini 12 Simptom Jangkitan Pada Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

    Tidak ramai yang tahu mengenai penyakit pertussis. Namun, apabila disebut mengenai batuk kokol, mungkin anda pernah mendengarnya. Apakah sebenarnya penyakit ini dan apakah simptom batuk kokol yang perlu diperhatikan? Berapa lama batuk kokol? Adakah batuk kokol bahaya? Adakah batuk boleh berjangkit?

    Lihat penerangan di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Apakah sebenarnya batuk kokol?

    Adakah batuk kokol bahaya? Adakah batuk boleh berjangkit?

    Batuk kokol atau lebih dikenali sebagai pertussis, adalah jangkitan pernafasan yang boleh berjangkit.

    Penyakit yang juga disebut whooping cough ini sering memberi kesan kepada golongan bayi dan kanak-kanak.

    Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dan ia dicirikan dengan keadaan batuk yang kuat dan berpanjangan.

    Ia juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas dengan baik.

    Batuk kokol ini telah muncul sejak berabad-abad lamanya dan ia pernah menjadi penyebab utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia pada satu masa dahulu.

    Batuk kokol atau pertussis menular melalui titisan cecair dari hidung dan mulut individu yang dijangkiti.

    Apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk atau bersin, bakteria ini boleh tersebar ke udara dan seterusnya disedut oleh orang lain yang berada di sekitarnya.

    Ini menjadikan bayi dan kanak-kanak yang belum divaksin atau yang belum lengkap jadual vaksinasi mereka, serta orang dewasa juga berisiko tinggi untuk dijangkiti. 

    Simptom batuk kokol bayi

    batuk kokol bayi
    Alat bantuan pernafasan.

    Bayi merupakan antara golongan rentan atau berisiko tinggi untuk dijangkiti batuk kokol.

    Ini kerana tahap imuniti mereka yang terlalu rendah selain belum dilengkapi dengan perlindungan vaksin membuatkan mereka mudah mendapat jangkitan.

    Bayi yang dijangkiti batuk kokol mungkin akan menunjukkan simptom-simptom seperti berikut: 

    Batuk yang dialami oleh bayi ini boleh menjadi sangat kuat sehingga menyebabkan bayi mengalami kesukaran bernafas.

    Dalam kes yang teruk, bayi juga akan mengalami kebiruan pada kulit akibat kekurangan oksigen.

    Simptom batuk kokol kanak kanak

    simptom batuk kokol
    Batuk kokol boleh menyebabkan masalah pernafasan.

    Dalam kalangan kanak-kanak, batuk kokol mungkin bermula seperti batuk biasa sahaja.

    Namun ia mula berkembang dan disertai dengan gejala lain seperti: 

    • Batuk dengan simptom seperti selesema atau flu
    • Mengalami keadaan batuk yang kuat dan berpanjangan
    • Batuk dengan menghasilkan bunyi “whoop” semasa menarik nafas
    • Kanak-kanak juga mungkin akan mengalami muntah selepas batuk

    Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu memerhatikan keadaan batuk mereka jika ia tidak normal daripada batuk biasa.

    Perhatikan juga jika ada gejala lain yang turut berlaku sewaktu anak anda sedang batuk. 

    Simptom batuk kokol dewasa

    Orang dewasa yang mengalami batuk kokol mungkin tidak menunjukkan gejala atau simptom yang begitu jelas seperti kanak-kanak atau bayi.

    Namun, mereka mungkin mengalami simptom-simptom ini:

    • Batuk yang berpanjangan yang tidak disertai dengan bunyi “whoop”
    • Badan mudah mengalami keletihan
    • Sesak nafas
    • Dalam beberapa kes, batuk boleh berterusan selama beberapa minggu

    Kesimpulan

    Batuk kokol adalah penyakit yang boleh dicegah menerusi vaksinasi.

    Oleh sebab itu, amat penting untuk memastikan anak anda mendapat vaksinasi lengkap bagi mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi lain yang berisiko tinggi untuk berlaku.

    Individu dewasa terutamanya mereka yang sering berhubung dengan kanak-kanak, juga digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin tambahan.

    jenis batuk berdarah
    Punca-punca batuk berdarah.

    Ini bertujuan untuk melindungi diri dan orang lain di sekitar anda daripada jangkitan batuk kokol.

    Peringatan!

    Jika ada ahli keluarga terdekat yang mengalami simptom batuk kokol, anda juga disarankan untuk hadir ke hospital bagi membuat pemeriksaan.

    Ini kerana penyakit batuk kokol amat mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada orang lain jika dibiarkan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan