backup og meta

Nak Ubati Selesema Tapi Tak Nak Mengantuk? Guna 7 Jenis Ubat Selesema & Batuk Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/12/2023

    Nak Ubati Selesema Tapi Tak Nak Mengantuk? Guna 7 Jenis Ubat Selesema & Batuk Ini!

    Jika alami selesema, apakah ubat yang biasa anda gunakan? Anda mesti pernah menggunakan ubat selsema kuning yang mengantuk bukan? Jika anda mahu guna ubat selsema dewasa yang bagus, boleh lihat senarai ubat selsema tak mengantuk di sini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Ubat selsema dewasa yang bagus (tidak mengantuk)

    Flu atau selsema adalah antara penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Selesema biasa terjadi bersama beberapa keadaan lain seperti batuk dan demam.

    Oleh itu, cadangan ubat-ubatan di bawah merupakan gabungan ubat yang boleh digunakan bagi merawat masalah batuk dan demam ketika anda selesema.

    Untuk mengatasi gejala dan keadaan ketika selesema ini, terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh ditemui di pasaran.

    Namun, ada sesetengah ubat flu boleh menyebabkan rasa mengantuk. Jadi, mari kita lihat senarai ubat selsema tak mengantuk yang boleh anda cuba.

    #1. Paracetamol

    ubat selsema dewasa yang bagus

    Paracetamol adalah ubat penahan sakit ketika selesema dan pelega gejala demam.

    Ia bertindak dengan menghalang bahan kimia di dalam otak yang melepaskan kesakitan.

    Paracetamol juga membantu menurunkan suhu badan apabila demam berlaku.

    Walaupun selamat jika diambil mengikut dos yang betul, akan tetapi ia boleh membahayakan hati jika diambil dalam dos yang berlebihan.

    #2. Ibuprofen

    Ibuprofen juga adalah sejenis ubat penahan sakit ketika selesema dan bersifat antiradang.

    Selain itu, ia juga boleh menurunkan suhu ketika demam.

    Ibuprofen bertindak dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan di dalam badan.

    #3. Naproxen

    Hampir sama seperti Ibuprofen, ubat selsema dewasa yang bagus seperti Naproxen juga mempunyai kesan antiradang.

    Ia membantu meredakan kesakitan yang disebabkan oleh keradangan seperti masalah sinus atau resdung.

    Ubat ini juga boleh membantu melegakan gejala demam. 

    #4. Pseudoephedrine

    ubat selsema dewasa yang bagus

    Pseudoephedrine adalah dekongestan yang membantu meredakan masalah hidung tersumbat.

    Ia berfungsi dengan mengecilkan saluran darah di dalam hidung agar udara boleh mengalir dengan lancar.

    #5. Ubat selsema dewasa yang bagus: Phenylephrine

    Phenylephrine merupakan dekongestan yang bertujuan untuk mengurangkan bengkak di dalam saluran hidung.

    Bahan ini berfungsi dengan cara mengecilkan pembuluh darah di dalam membran mukus hidung, yang seterusnya membantu mengurangkan pembengkakan dan penghasilan lendir.

    Ini akan membolehkan udara mengalir dengan lebih lancar melalui hidung.

    Kesannya, ia boleh membantu mengurangkan gejala hidung tersumbat yang sering kali menjadi masalah bagi mereka yang mengalami flu atau selesema.

    #6. Dextromethorphan

    Dextromethorphan adalah sejenis ubat batuk yang bertindak dengan cara mengganggu sambungan saraf di otak, yang bertanggungjawab untuk refleks batuk.

    Oleh itu, ia berkesan untuk mengurangkan batuk yang tidak produktif atau batuk kering.

    Penting untuk diingat bahawa ubat ini tidak mengubati punca yang menyebabkan batuk, tetapi hanya meredakan simptomnya.

    Jika batuk berterusan untuk tempoh yang lama, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor.

    Jadi, ia berkesan untuk merawat batuk yang biasa terjadi bersama-sama selesema. 

    #7. Guaifenesin

    Guaifenesin merupakan ubat yang membantu dalam merawat batuk berkahak.

    Ia bekerja dengan menipiskan kahak atau lendir yang ada dalam saluran udara dan memudahkan proses mengeluarkannya ketika anda batuk.

    Ubat ini memudahkan proses pernafasan dan mengurangkan kesesakan di dada.ubat selsema dewasa yang bagus

    Guaifenesin juga boleh membantu dalam mengurangkan kekerapan batuk dengan membersihkan saluran udara yang tersumbat oleh kahak.

    Sekiranya batuk tidak mereda dalam tempoh tertentu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.

    #8. Ubat selsema dewasa yang bagus: Antihistamin yang tidak mengantuk

    Berbeza dengan antihistamin biasa yang boleh menyebabkan rasa mengantuk, antihistamin jenis ini seperti Cetirizine dan Loratadine bertindak dengan menghalang tindakan histamin.

    Histamin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan reaksi alergi dan selesema.

    Ubat ini membantu mengurangkan gejala lain selesema dan alergi seperti mata berair, hidung berair dan gatal.

    Kesimpulan

    Konklusinya, adalah penting untuk memahami fungsi dan kesan sampingan setiap jenis ubat selsema dewasa yang bagus.

    Bagi mereka yang tidak mahu mengalami kesan mengantuk, ubat-ubatan di atas boleh dijadikan sebagai pilihan alternatif.

    Namun, sentiasa mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang pengambilan ubat. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan