Mendapatkan suntikan vaksin – tidak kira apa jenis vaksin – akan dapat melindungi diri daripada jangkitan.
Mendapatkan suntikan vaksin – tidak kira apa jenis vaksin – akan dapat melindungi diri daripada jangkitan.

Seperti vaksin selesema, walaupun mungkin tidak memberikan perlindungan sepenuhnya, tetapi ia tetap berbaloi untuk diambil. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan kes influenza yang sedang berlaku sekarang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Vaksin merupakan satu rawatan perubatan berfungsi membantu sistem imun badan mengenal pasti dan melawan penyakit.
Vaksin membantu badan belajar bagaimana untuk mempertahankan diri daripada penyakit tanpa perlu menghadapi risiko jangkitan yang sebenar.
Tindak balas imun terhadap vaksin mungkin menyebabkan keletihan dan ketidakselesaan selama satu atau dua hari, tetapi perlindungan yang terhasil boleh bertahan seumur hidup.
Manakala selesema, atau dikenali sebagai influenza, adalah jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru – yang merupakan sebahagian sistem pernafasan. Ia berlaku disebabkan oleh virus.
Kebanyakan individu yang dijangkiti selesema akan sembuh dengan sendiri. Namun, influenza boleh mengakibatkan komplikasi serius terhadap sesetengah kumpulan individu, malah boleh membawa maut.
Jadinya, suntikan vaksin selsema tahunan amat disarankan bagi membantu melindungi daripada influenza, yang boleh menjadi penyakit serius dan mengancam nyawa.

Vaksinasi selesema tahunan amat digalakkan kerana virus influenza sentiasa mengalami mutasi. Ini bermaksud antibodi yang dihasilkan daripada vaksin sebelumnya mungkin tidak dapat mengenali strain virus pada tahun berikutnya.
Apabila divaksin, sistem imun akan menghasilkan antibodi untuk melindungi diri daripada virus dalam vaksin tersebut. Namun, tahap antibodi boleh menurun dari semasa ke semasa dan ini adalah satu lagi sebab perlunya suntikan vaksin selsema setiap tahun.
Setiap individu yang berusia 6 bulan ke atas dan tiada alasan perubatan untuk mengelakkan vaksin, adalah disyorkan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza setiap tahun.
Pengambilan vaksin selesma setiap tahun itu berupaya mengurangkan risiko mendapat komplikasi serius atau kematian akibat selesema. Ini terutamanya bagi golongan berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi.
Kumpulan berisiko tinggi termasuk:
Golongan lain yang turut berisiko tinggi seperti:
Individu dengan keadaan perubatan tertentu juga berisiko alami komplikasi selesema, termasuklah:

Kesan sampingan vaksin selesema biasanya adalah ringan dan akan pulih dalam masa 1 hingga 2 hari.
Kesan ini mungkin termasuk reaksi alahan seperti ruam kulit, kegatalan atau gatal-gatal (hives), serta bengkak pada muka, bibir atau lidah.
Terdapat juga kesan sampingan lain yang mungkin berlaku termasuklah:
Acap kali keadaan di atas tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Tetapi anda disaran melakukan pemeriksaan doktor jika ia berterusan sehingga menjejaskan aktiviti harian.
Manakala kesan sampingan yang lebih serius seperti reaksi alahan teruk (anafilaksis) adalah sangat jarang berlaku.
Mendapatkan suntikan jenis vaksin selsema adalah pertahanan terbaik terhadap jangkitan selesema. Namun selain suntikan, anda juga digalakkan untuk mengamalkan langkah penjagaan diri berikut:

Sebaiknya sebagai perlindungan, dapatkan suntikan vaksin influenza setiap tahun. Walaupun vaksin ini tidak memberikan perlindungan 100 peratus, tetapi ia dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya komplikasi serius, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
27/08/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa