backup og meta

12 Cara Kurangkan Batuk Pantas Dan Berkesan, Sesuai Untuk Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa!

12 Cara Kurangkan Batuk Pantas Dan Berkesan, Sesuai Untuk Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa!

Kalau asyik batuk sahaja, nak buat kerja harian pun boleh terganggu. Apabila kita asyik batuk dengan kuat terutamanya ketika di tempat awam, orang lain pasti akan memandang-mandang. Jadi, anda perlu lakukan sesuatu bagi kurangkan batuk yang dialami. Lihat cara kurangkan batuk di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Mengapa batuk terjadi?

Batuk boleh berlaku kepada sesiapa sahaja secara tiba-tiba.

Apabila melibatkan bayi dan kanak-kanak, ia pastinya akan membimbangkan ibu bapa atau penjaga.

Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana batuk boleh berlaku?

jenis-jenis batuk
6 jenis batuk dan maksudnya.

Batuk merupakan mekanisme pertahanan badan untuk membersihkan saluran pernafasan daripada iritasi dan lendir.

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan virus, alergi, udara yang kotor, atau asap rokok.

Batuk bukan sahaja membantu membersihkan saluran pernafasan, tetapi juga melindungi paru-paru daripada partikel berbahaya.

Cara kurangkan batuk

Bagi anda yang mahu tahu apakah cara untuk mengurangkan batuk yang berkesan, boleh lihat di bawah ini.

Kami bahagikan kepada tiga iaitu untuk bayi, kanak-kanak dan individu dewasa. 

Cara kurangkan batuk bayi

Ini adalah tiga cara mudah untuk kurangkan batuk pada bayi:

#1. Guna humidifier atau pelembap udara

Menggunakan humidifier dalam bilik dapat membantu melembapkan udara, yang mencegah iritasi pada saluran pernafasan.

Udara lembap juga membantu melegakan batuk yang kering pada bayi.

#2. Titisan salin (saline) sebagai cara kurangkan batuk bayi

Titisan salin dapat membantu melegakan hidung bayi yang tersumbat.

Ia juga dapat mengurangkan kekentalan lendir dan memudahkan bayi bernafas dengan lebih selesa.

#3. Cara kurangkan batuk: Menepuk belakang bayi dengan lembut

Amalkan menepuk belakang bayi secara lembut dengan keadaan bayi dalam posisi mengiring untuk membantu mengeluarkan lendir dari paru-paru.

Ia seharusnya dilakukan dengan penuh berhati-hati dan lembut.

Cara kurangkan batuk anak

cara kurangkan batuk anak
Anak kerap batuk pasti merisaukan ibu bapa.

Untuk kanak-kanak yang lebih besar, anda boleh cuba cara-cara di bawah ini pula:

#1. Minuman hangat sebagai cara kurangkan batuk

Memberi kanak-kanak teh herba hangat atau air hangat dengan sedikit madu boleh meredakan kerongkong yang gatal atau sakit.

Namun, madu hanya boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 1 tahun. 

#2. Rehat yang cukup

Pastikan kanak-kanak mendapatkan tidur yang cukup.

Tidur memainkan peranan penting dalam proses pemulihan dan membantu dalam menguatkan sistem imun badan.

#3. Cara kurangkan batuk: Elakkan pemicu alergi

Jika batuk disebabkan oleh alergi atau alahan, cuba kenal pasti dan elakkan pemicu alergi seperti debu, bulu haiwan, atau jenis makanan tertentu.

#4. Kebersihan yang baik

Ajar anak-anak kepentingan mencuci tangan dan menjauhi orang yang sakit untuk mencegah penyebaran kuman.

Ini kerana, batuk juga mungkin berpunca daripada sentuhan atau kontak dengan kanak-kanak lain yang sedang sakit. 

Cara kurangkan batuk kahak

cara kurangkan batuk kahak
Batuk berkahak pastinya membuatkan kerja seharian tidak selesa.

Cara ini pula boleh digunakan oleh semua golongan termasuklah kanak-kanak dan individu dewasa sebagai petua hilangkan batuk kahak:

#1. Ambil cecair dengan cukup 

Meningkatkan pengambilan air atau cecair seperti sup dapat membantu mencairkan lendir ketika batuk.

Selain itu, cara ini juga boleh memudahkan proses batuk untuk mengeluarkan kahak.

#2. Menyedut wap panas sebagai petua hilangkan batuk kahak

Menyedut wap daripada air panas dapat melegakan saluran pernafasan dan mempermudahkan pengeluaran kahak.

Ini sekali gus mengurangkan kejadian batuk.

#3. Penggunaan ekspektoran

Bahan seperti guaifenesin yang terdapat dalam ubat batuk ekspektoran dapat membantu mengeluarkan kahak.

Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum penggunaannya.

#4. Elakkan udara tercemar atau asap rokok

Kadangkala, kualiti udara yang buruk seperti jerebu, penuh asap atau tinggi bahan-bahan berbahaya juga boleh menyebabkan batuk.

Oleh itu, kurangkan aktiviti di luar rumah tanpa keperluan atau guna pelitup muka jika perlu.

#5. Guna salap atau balsam pernafasan

Balsam atau salap dengan kandungan seperti eukaliptus atau mentol boleh membantu melegakan batuk.

Ia lebih berkesan apabila digunakan sebelum waktu tidur.

Apa perlu buat jika batuk tidak berkurangan?

Jika batuk yang dialami itu berterusan atau disertai dengan gejala lain seperti demam panas atau kesukaran bernafas, adalah penting untuk segera berjumpa dengan doktor.

Batuk yang berlarutan boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu cara kurangkan batuk yang mudah dan berkesan.

Cara mengurangkan batuk pada bayi dan kanak-kanak pula memerlukan pendekatan yang lebih cermat dan berhati-hati.

Namun, penting untuk difahami bahawa jika gejala batuk bertambah serius, konsultasi dengan doktor adalah langkah yang perlu dilakukan dengan segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 ways to combat coughs, colds. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/7-ways-to-combat-coughs-and-colds. Diakses pada Disember 8, 2023. 

Cough. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17755-cough. Diakses pada Disember 8, 2023.

Cough. https://www.mayoclinic.org/symptoms/cough/expert-answers/honey/faq-20058031. Diakses pada Disember 8, 2023.

How to Handle a Cough. https://kidshealth.org/en/parents/cough-sheet.html. Diakses pada Disember 8, 2023.

Coughs and Colds: Medicines or Home Remedies?. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chest-lungs/Pages/Coughs-and-Colds-Medicines-or-Home-Remedies.aspx. Diakses pada Disember 8, 2023.

Versi Terbaru

24/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Tak Selesanya Bila Tekak Berkahak! Atasi Masalah Kahak Dengan 4 Tip Mudah Ini!

AWAS! 5 Warna Kahak Ini Ada Maksud Tertentu Dengan Kesihatan Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan