Sedang mencari ubat batuk kering untuk mengubati batuk berpanjangan? Tahukah anda, ada beberapa alternatif ubat untuk batuk kering?
Sedang mencari ubat batuk kering untuk mengubati batuk berpanjangan? Tahukah anda, ada beberapa alternatif ubat untuk batuk kering?

Anda boleh merawatnya di rumah menggunakan bahan sedia ada atau pergi ke kaunter farmasi untuk mendapatkan ubat yang sesuai.
Batuk merupakan cara untuk menyingkirkan kuman keluar dari badan. Ia juga dapat memastikan saluran pernafasan terbuka supaya kita boleh bernafas seperti biasa.
Batuk biasa jarang sekali menandakan penyakit yang serius. Ia hanyalah respons badan terhadap habuk atau debu yang tersangkut pada kerongkong.
Namun, bagaimana pula dengan batuk yang berpanjangan? Mereka yang batuk dalam satu tempoh masa yang panjang perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Tidak sempat beli ubat? Jangan risau, ada alternatif lain bagi ubat batuk berpanjangan, sesetengahnya boleh ditemui di dapur rumah anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Sebenarnya, ada beza antara batuk kering dan batuk basah. Oleh itu, ubat batuk kering dan batuk biasa juga sudah tentulah berbeza.
Batuk kering tidak akan menghasilkan sebarang kahak atau lendir. Ia berlaku disebabkan iritasi pada bahagian tekak atau saluran pernafasan.
Batuk jenis ini boleh berlaku disebabkan alahan, asma atau jangkitan virus. Selalunya, batuk kering akan jadi semakin teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidur.
Sebaliknya, batuk basah selalunya disertai dengan kahak atau lendir. Kahak akan terhasil apabila ada jangkitan pada kawasan tekak.
Selain itu, batuk basah dapat membantu badan menyingkirkan segala bakteria yang terperangkap dalam saluran pernafasan.
Tanpa ubat, batuk jenis ini akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.
Punca lazim batuk kering:
Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengubati batuk kering di rumah.
Antara ubat batuk tradisional paling mujarab adalah pengambilan teh herba, terutamanya yang mengandungi campuran halia dan madu untuk kelegaan segera.
Walau bagaimanapun, jangan cuba sebarang ubat batuk kering tradisional pada kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah. Jika anak alami batuk kering berpanjangan, bawa mereka jumpa doktor secepat mungkin.
Antara ubat batuk yang mungkin dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan ialah:

Lozeng yang mengandungi mentol boleh memberikan kelegaan sementara dan mengurangkan kekerapan batuk.
Selain itu, ada juga lozeng yang mengandungi campuran herba yang mungkin dapat mengurangkan sakit tekak.
Tahukah anda, udara kering di dalam rumah boleh membuatkan batuk menjadi semakin serius? Bagi mengurangkan iritasi yang berlaku disebabkan udara kering, anda boleh pasang humidifier di rumah.
Humidifier dapat meningkatkan kelembapan udara dan seterusnya membantu mengurangkan iritasi pada kawasan tekak.
Pengambilan makanan yang betul juga dapat membantu melegakan batuk kering. Antara makanan yang boleh menjadi ubat untuk batuk kering ialah makanan panas, misalnya sup ayam atau teh panas.
Wap hangat dari makanan atau minuman ini dapat membuka saluran pernafasan yang tersumbat, sekali gus mengurangkan batuk.
Jangan elak minum air jika anda kerap batuk. Sebaliknya, pastikan badan kekal hidrat untuk mengekalkan kelembapan di kawasan kerongkong.
Selain itu, pengambilan air yang cukup juga dapat membantu mengurangkan kahak. Secara tidak langsung, ia dapat membuatkan anda sembuh dengan lebih cepat!
Berkumur dengan air garam dapat membantu melegakan sebarang keradangan tekak. Garam adalah bahan antiradang semula jadi yang mungkin dapat mengurangkan kegatalan atau bengkak yang berlaku disebabkan batuk berpanjangan.
Kajian menunjukkan, madu dapat mengurangkan batuk lebih baik berbanding beberapa jenis ubat yang dijual di kedai. Ia merupakan salah satu ubat batuk tradisional paling mujarab yang boleh dicuba.
Walau bagaimanapun, jangan sesekali berikan madu kepada bayi bawah usia satu tahun kerana ia boleh menyebabkan botulisme.
Sekiranya rawatan di rumah tidak memberikan sebarang kesan, anda boleh dapatkan ubat batuk di farmasi berdekatan.
Antara ubat yang boleh anda dapatkan di farmasi ialah:
Dekongestan adalah salah satu ubat untuk batuk kering yang dapat melegakan sakit tekak dan memudahkan pernafasan. Selalunya, ubat ini boleh didapati dalam bentuk tablet atau sirap.
Dalam sesetengah kes, batuk kering perlu diubati dengan ubat preskripsi. Antaranya:
Batuk kering selalunya akan sembuh sendiri.
Namun, ia mungkin boleh mendatangkan masalah lebih serius sekiranya berlarutan lebih dari dua minggu dan disertai dengan simptom lain seperti demam, sesak nafas dan sakit dada.
Dapatkan rawatan segera jika anda alami:
Jika ini yang berlaku, berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut. Doktor akan melakukan ujian tertentu untuk mengenal pasti punca batuk kering yang dialami.
Dalam masa yang sama, doktor juga akan membekalkan ubat untuk batuk kering yang dapat mengurangkan simptom dan memberikan kelegaan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Dry Cough and Chest Tightness. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21888-dry-cough-and-chest-tightness. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Cough. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/lungs-and-airways/cough/. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Cough. https://www.healthdirect.gov.au/cough. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Understanding the Causes for Your Dry Cough. https://www.bmhsc.org/blog/understanding-the-causes-for-your-dry-cough. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Dry Cough. https://myhealth-devon.nhs.uk/my-condition/dry-cough. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Versi Terbaru
06/04/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor