backup og meta

8 Tip Hilangkan Batuk Kering Dan Basah (Berkahak)! Jangan Terkejut, Caranya Tidak Sama

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2024

    8 Tip Hilangkan Batuk Kering Dan Basah (Berkahak)! Jangan Terkejut, Caranya Tidak Sama

    Anda mengalami masalah batuk yang tiada sudahnya dan bingung bagaimana untuk buat ia berhenti? Mungkin masih ada beberapa cara menghilangkan batuk berkesan yang anda belum cuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Kenapa masalah ini perlu dirawat dengan cepat?

    Semua individu pasti pernah mengalami batuk bukan? Ini ialah perkara normal kerana ia juga adalah antara penyakit yang biasa berlaku serta berulang beberapa kali sepanjang hidup manusia.

    Merupakan salah satu daripada komponen penyakit tiga sekawan bersama demam dan selesema, ia sering datang dan pergi dengan begitu sahaja meskipun tanpa sebarang ubatan atau rawatan.

    Walaupun masalah batuk dikatakan normal, ia sudah tentu akan menjejaskan kehidupan seharian individu. Sama ada di rumah, pejabat atau di mana-mana sekalipun, hidup pasti tidak akan selesa jika mengalami batuk!

    Terutamanya pada waktu malam di saat anda mahu tidur, alangkah tersiksanya tubuh dan minda akibat batuk. Maka, usahakan untuk cari petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat.

    cara menghilangkan batuk
    Batuk boleh menjejaskan kehidupan seharian individu.

    Persoalannya, bagaimana cara menghilangkan batuk yang paling pantas? Apakah ubatan atau rawatan yang sesuai?

    Ini antara cara hilangkan batuk kering

    Sebenarnya, terdapat banyak jenis batuk yang boleh terjadi kepada individu. Antara yang paling popular adalah batuk kering dan basah atau berkahak di mana kedua-duanya tidak asing bagi kita.

    Batuk kering atau tuberkulosis (TB) ini terjadi gara-gara jangkitan bakteria Mycobacterium Tuberculosis (MTB) yang tersebar melalui udara apabila anda berada dekat dengan individu dijangkiti.

    Bagi merawat masalah ini, anda boleh mencuba beberapa cara menghilangkan batuk kering yang terbahagi kepada 2 kaedah iaitu ubatan moden dan rawatan tradisional seperti tertera di bawah:

    Cara menghilangkan batuk – moden

    • Antibiotik – Memandangkan ia adalah akibat infeksi bakteria, maka pengambilan ubat ini sangat penting bagi membunuh kuman yang berada di sekitar paru-paru, tekak, mulut, hidung dan kawasan berdekatan
    • Antitusif – Ubat ini berfungsi dengan cara mengurangkan sensitiviti reseptor batuk yang terletak di tengah otak. Kesannya, kekerapan dan kepanjangan batuk akan berkurangan pada kadar yang paling minimum
    • Antihistamin – Lebih popular sebagai ubatan untuk alahan, ia juga boleh membantu melegakan batuk bersama dengan simptom-simptom kesihatan lain yang biasa datang sekali seperti demam dan selesema
    • N-acetylcysteine (NAC) – Suplemen berasaskan asid amino L-cysteine ini boleh membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan anda. Pun begitu, NAC mungkin akan mendatangkan kesan sampingan termasuk demam dan sesak nafas, jadi pengambilannya memerlukan nasihat daripada doktor
    cara menghilangkan batuk
    Pengambilan ubat batuk adalah rawatan yang terbaik.

    Cara menghilangkan batuk – tradisional

    • MaduMadu dikatakan mempunyai potensi penyembuhan batuk hampir sama seperti dextromethorphan. Ia boleh diambil dengan cara memakan atau meminum secara terus atau bersama hidangan dan ubatan lain
    • Halia – Amat sarat dengan sifat antiradang, ia boleh membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan sekali gus melegakan gejala batuk
    • Kunyit – Selain memiliki sifat antiradang, ia turut mempunyai karakteristik antimikrob. Jadi, ia mungkin boleh membantu membunuh kuman punca batuk
    • Probiotik – Cara menghilangkan batuk tradisional yang lain, anda perlu mendapatkan lebih banyak probiotik daripada diet seharian. Walaupun ia tidaklah secara langsung boleh merawat kondisi itu, namun probiotik akan membantu meningkatkan sistem imun sekali gus menguatkan tubuh badan
    Maksud warna kahak
    Perbezaan warna kahak mengikut keadaan kesihatan.

    Berikut pula petua hilangkan batuk kahak

    Sebenarnya, cara menghilangkan batuk kahak juga tidak jauh berbeza dengan batuk kering. Pengambilan ubatan dan rawatan di atas juga boleh digunakan untuk membantu merawat kondisi ini.

    Pun begitu, anda perlu mencari jalan bagaimana cara hilangkan batuk pada waktu malam, petang, siang atau pada bila-bila masa sahaja di dalam saluran pernafasan yang bermasalah.

    Caranya, anda perlu mengambil ubat ekspektoran!

    Buat anda yang belum tahu, ekspektoran bertindak dengan cara mencairkan kahak yang terhasil dan terperangkap.

    Ia boleh ditemui dalam bentuk pil, tablet dan sirap, sesuai untuk semua orang dewasa, warga emas dan kanak-kanak.

    Konklusinya, anda boleh menggunakan ubatan klinikal dan rawatan tradisional sebagai antara cara menghilangkan batuk yang berkesan. Jika anda mengalaminya, segera jumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis lebih awal!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan