backup og meta

Ini Petua Hilangkan Batuk Cepat, Berkesan! Sesuai Untuk Bayi, Kanak-Kanak & Dewasa

Ini Petua Hilangkan Batuk Cepat, Berkesan! Sesuai Untuk Bayi, Kanak-Kanak & Dewasa

Sesiapa sahaja boleh mengalami batuk. Batuk boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti gejala sesuatu penyakit, komplikasi penyakit, faktor jangkitan, faktor persekitaran, alahan dan lain-lain lagi. Bagi batuk biasa, ia boleh dilegakan menerusi beberapa cara mudah dan pantas. Ini cara atau petua hilangkan batuk mengikut kategori umur yang boleh anda cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Mengapa batuk berlaku?

Batuk adalah reaksi semula jadi badan yang membantu mengeluarkan bahan asing atau lendir dari saluran pernafasan.

Walaupun ia boleh menjadi agak menjengkelkan, namun batuk sebenarnya adalah mekanisme pertahanan badan kita.

Batuk boleh berlaku akibat pelbagai sebab seperti jangkitan, alergi, asap rokok, dan lain-lain lagi.

Untuk melegakan batuk, ikut sahaja cara-cara yang disenaraikan di bawah ini.

Petua hilangkan batuk bayi

bayi batuk
Batuk bayi yang semakin melarat.

Bayi yang mengalami batuk bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa, tetapi juga membuatkan ibu bapa menjadi tidak senang duduk.

Berikut adalah beberapa cara untuk membantu melegakan batuk pada bayi:

  • Gunakan pelembap udara untuk membantu melegakan saluran pernafasan
  • Berikan banyak cecair untuk memastikan bayi tetap terhidrat
  • Gunakan tuala basah suam dan letakkan berhampiran bayi untuk membantu melegakan batuk
  • Berikan sedikit madu (hanya untuk bayi lebih daripada 12 bulan) untuk melegakan kerongkong
  • Jauhkan bayi daripada asap rokok dan pencemaran udara lain
  • Gunakan bantal tambahan untuk meninggikan kepala bayi semasa mereka tidur
  • Pantau suhu badan dan dapatkan bantuan perubatan jika perlu
  • Gunakan ubat batuk yang sesuai dengan umur dan berdasarkan nasihat doktor

Petua hilangkan batuk budak

petua hilangkan batuk
Batuk boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Kanak-kanak juga adalah antara golongan yang mudah mengalami batuk.

Namun, ia boleh diatasi menerusi kaedah semula jadi seperti di bawah ini:

  • Berikan madu untuk melegakan kerongkong dan mengurangkan batuk
  • Gunakan pelembap udara untuk melancarkan saluran pernafasan
  • Banyakkan pengambilan cecair untuk membantu melarutkan lendir
  • Gunakan ubat batuk yang sesuai dengan umur anak anda
  • Elakkan makanan dan minuman yang sejuk dan pedas kerana ia boleh memburukkan lagi keradangan pada saluran pernafasan
  • Minta anak untuk banyakkan rehat bagi mempercepatkan proses penyembuhan
  • Elakkan anak terdedah kepada asap rokok atau asap-asap lain
  • Pantau simptom anak setiap masa dan berjumpa dengan doktor jika perlu

Petua hilangkan batuk kahak

Batuk berkahak dalam kalangan orang dewasa atau kanak-kanak boleh menjadi tanda jangkitan atau masalah pernafasan lain.

Berikut adalah beberapa tip untuk mengatasinya:

  • Minum banyak air untuk membantu mencairkan kahak
  • Gunakan ubat batuk ekspektoran untuk mengeluarkan kahak
  • Elakkan rokok dan alkohol yang boleh memburukkan iritasi pada saluran pernafasan
jenis batuk
6 jenis batuk dan maksudnya.
  • Gunakan pelembap udara dalam bilik atau rumah anda
  • Amalkan teknik batuk yang betul untuk mengelakkan komplikasi
  • Makan makanan berkuah dan panas untuk melegakan kerongkong yang sakit
  • Banyakkan berehat untuk memastikan penyembuhan yang pantas
  • Sentiasa memantau gejala batuk jika ia berlaku lebih teruk atau mula menjadi tidak normal

Kesimpulan

Batuk adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Akan tetapi, dengan pengetahuan dan langkah-langkah yang betul, ia boleh diuruskan dengan efektif.

Jadi, adalah penting untuk mengenal pasti jenis dan sebab batuk berlaku agar doktor boleh memberikan rawatan yang sesuai dengan keadaan batuk anda.

Jangan ragu untuk mendapatkan nasihat perubatan jika batuk berterusan atau bertambah teruk. Kesihatan adalah nikmat yang perlu dihargai.

Oleh itu, anda perlu sentiasa memantau keadaan diri, anak dan ahli keluarga anda sepanjang masa.

Amalkan petua hilangkan batuk di atas untuk kelegaan pantas ya. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 ways to combat coughs, colds. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/7-ways-to-combat-coughs-and-colds. Diakses pada Oktober 2, 2023. 

9 Ways To Stop Coughing at Night. https://health.clevelandclinic.org/how-to-stop-coughing-at-night/. Diakses pada Oktober 2, 2023.

Learn About Cough. https://www.lung.org/lung-health-diseases/warning-signs-of-lung-disease/cough/learn-about-cough. Diakses pada Oktober 2, 2023.

Coughs and Colds: Medicines or Home Remedies?. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chest-lungs/Pages/Coughs-and-Colds-Medicines-or-Home-Remedies.aspx. Diakses pada Oktober 2, 2023.

Coughs: Meds or Home Remedies?. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/coughs-meds-or-home-remedies/. Diakses pada Oktober 2, 2023.

Versi Terbaru

14/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Rawat Batuk Dengan Air Sarsi, Benarkah Ia Boleh Membantu Atau Mitos Mengarut?

7 Jenis Ubat Batuk Terbaik Di Pasaran, Boleh Legakan Batuk & Sakit Tekak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan