Diet Mediterranean Tingkatkan Prestasi Senaman dengan Pantas

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Para penyelidik di Saint Louis University telah menemui bahawa, dengan mengamalkan diet Mediterranean boleh meningkatkan prestasi latihan ketahanan atlet hanya selepas empat hari. Melalui kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition, para penyelidik mendapati bahawa para peserta yang telah berlari sejauh lima kilometer adalah enam peratus lebih pantas setelah makan makanan Mediterranean berbanding setelah makan makanan Barat. Para penyelidik mendapati tidak terdapat sebarang perbezaan di antara kedua-dua diet dalam prestasi ujian senaman anaerobik.

Diet Mediterranean termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, minyak zaitun dan bijirin penuh, selain mengelakkan daging merah dan daging yang telah diproses, susu, lemak trans dan tepu serta gula halus yang diproses. Sebagai perbandingan, diet Barat dicirikan melalui pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak yang tidak dimurnikan atau yang diproses secara minimum, pengambilan tinggi lemak lemak trans dan tepu, tenusu, gula halus, minyak sayur-sayuran yang ditapis dan diproses, garam dan makanan yang telah diproses.

Penyelidik kanan kajian tersebut yang juga profesor dalam bidang pemakanan dan dietetik di Saint Louis University, Edward Weiss berkata, makanan Mediterranean adalah sangat bagus kerana mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Beliau dan pasukannya membuat hipotesis bahawa kesan antiradang dan antioksidan melalui diet Mediterranean, tinggi kandungan pH alkali dan nitrat diet boleh membawa kepada prestasi latihan yang lebih baik. Beliau turut menambah, banyak nutrien individu dalam diet Mediterranean meningkatkan prestasi senaman dengan segera atau dalam masa hanya beberapa hari.. Walau bagaimanapun, manfaat diet Mediterranean ini juga hilang dengan cepat apabila individu beralih kepada diet Barat; menekankan pentingnya pematuhan jangka panjang terhadap diet Mediterranean.

Kajian tersebut telah melibatkan tujuh orang wanita dan empat orang lelaki dalam kajian crossover urutan rawak. Peserta berlari sejauh lima kilometer di atas treadmill sebanyak dua kali – sekali selepas empat hari dalam diet Mediterranean dan sekali lagi selepas empat hari menjalani diet Barat, dengan tempoh selama sembilan hingga 16 hari pemisahan di antara tempoh dua ujian tersebut.

Weiss berkata, kajian itu mendapati masa yang diambil untuk berlari sejauh lima kilometer adalah enam peratus lebih cepat selepas diet Mediterranean berbanding diet Barat walaupun kadar degupan jantung yang sama dan penarafan tenaga yang dirasakan. Beliau turut menyatakan, kajian ini memberikan bukti bahawa diet yang diketahui baik untuk kesihatan juga baik untuk prestasi senaman.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut