Antara cara gemukkan badan yang boleh anda cuba:
- Makan dengan lebih kerap. Sekiranya anda underweight, cuba makan lebih daripada 3 kali sehari. Ambil 5-6 hidangan kecil sepanjang hari. Anda perlukan lebihan kalori untuk menaikkan berat badan.
- Pilih makanan dengan nutrisi. Setkan rutin pemakanan harian. Pastikan semua makanan tersebut penuh dengan nutrisi dan kalori. Jangan lupa makan buah dan sayur-sayuran.
- Makan lebih banyak snek. Tambahkan hirisan keju atau kekacang dalam pelan pemakanan anda. Anda juga boleh tambahkan susu.
- Ambil smoothies dan shakes. Smoothies buah-buahan dapat memberikan kalori tambahan. Namun, elakkan pengambilan minuman manis seperti air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi sebarang nutrisi untuk badan.
- Periksa apa yang anda makan dan minum. Minuman boleh membuatkan anda rasa kenyang, tetapi untuk masa yang singkat. Jadi, elakkan mengambil sebarang minuman sebelum makan.
- Lakukan senaman. Siapa cakap orang yang ingin gemuk tidak perlu bersenam? Lakukan latihan kekuatan seperti angkat berat untuk menambah otot. Lagipun, otot mempunyai berat yang lebih tinggi berbanding lemak.
Berapa banyak kalori yang diperlukan sebagai cara gemukkan badan?

Anda perlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan untuk meningkatkan berat badan dengan perlahan dan selamat.
Jangan sesekali ambil makanan yang tinggi lemak. Walaupun makanan ini mempunyai kalori yang tinggi, ia bukanlah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin meningkatkan berat badan.
Tidak dinafikan, ada orang yang akan mengalami peningkatan berat badan yang lebih cepat berbanding orang lain.
Sekiranya anda mempunyai masalah, jangan malu untuk bertanya pada pakar dietetik. Ada banyak tips nak gemukkan badan yang sihat dan selamat.
Mereka dapat bekerjasama dengan anda untuk merangka pelan pemakanan yang bersesuaian dengan kondisi dan kesihatan anda.
Antara makanan tinggi kalori yang boleh diambil untuk gemukkan badan ialah:
- 1 keping roti telur dan kuah dhal: 414 kalori
- 1 pinggan bihun goreng: 515 kalori
- 1 pinggan mi rebus: 556 kalori
- 1 pinggan nasi briyani dan kambing: 587 kalori
- 1 pinggan nasi minyak dan rendang daging: 664 kalori
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen