backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Tiada Gimnasium? Lakukan Senaman di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

Tiada Gimnasium? Lakukan Senaman di Rumah

Sebut sahaja tentang senaman, tentu ada alasan. Antara alasan biasa diterima ialah tiada tempat dan peralatan untuk bersenam. Anda sebenarnya tidak semestinya perlu ke gimnasium untuk bersenam. Apakah alternatifnya? Lakukan senaman di rumah.

Mari lihat bagaimana anda boleh menjadi aktif dan membakar lemak di rumah.

1. Manfaatkan tangga di rumah

Naik dan turun tangga juga merupakan satu senaman yang baik. Tanpa mengeluarkan apa-apa modal, anda boleh mengeluarkan peluh di rumah. Cuba amalkan naik dan turun tangga selama 15 hingga 30 minit, 2 hingga 3 kali sehari. Nampak macam mudah tapi boleh semput dibuatnya.

2. Berkebun

Bagi mereka yang mempunyai laman di luar rumah dan minat bercucuk tanam, berkebun bukan sahaja boleh menjadi hobi yang baik malah merupakan satu bentuk senaman.

3. Senamrobik atau yoga

Cari sahaja video panduan senamrobik atau yoga di internet, pasangkan di skrin dan ikut langkah satu per satu. Lebih seronok jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan serumah.

4. Mengemas rumah

Ini juga merupa satu bentuk senaman. Menyapu, mengemop, membasuh, menyidai baju, dan mengangkat perabot di dalam rumah memerlukan tenaga dan boleh membakar kalori. Wanita yang menjadi suri rumah mungkin lebih aktif berbanding lelaki bekerja di dalam pejabat.

5. Joging di kawasan rumah

Kalau ada tasik atau taman berhampiran pun sangat baik. Namun jika tiada, anda boleh berlari di kawasan taman atau perumahan anda. Dapat juga kenal rumah dan jiran sebelah.

6. Bina gimnasium mini di rumah

Cari satu sudut atau bilik untuk anda jadikan tempat bersenam. Anda tidak perlu membina gimnasium yang lengkap dengan semua peralatan, cukup dengan yang asas seperti dumbbell bersaiz kecil atau sederhana dan bar monyet (monkey bar) untuk senaman rintangan. Treadmill atau basikal boleh digunakan untuk senaman kardio.

Pastikan gimnasium mini anda disusun atur dengan selamat untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Tiada lagi alasan untuk tidak bersenam. Tak mampu ke gimnasium, lakukan sahaja senaman di rumah!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan