home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tip Menjaga Makanan Diet Sihat Untuk Otak & Mental, Barulah Mood Sentiasa Baik & Elak Tekanan

Tip Menjaga Makanan Diet Sihat Untuk Otak & Mental, Barulah Mood Sentiasa Baik & Elak Tekanan

Kajian melaporkan, hampir dua pertiga individu yang mengikuti makanan diet sihat tidak mempunyai masalah dengan kesihatan mental.

Manakala individu yang mengambil diet pemakanan berkualiti rendah berdepan dua kali ganda risiko masalah kesihatan mental.

Ini bermakna apa yang anda makan boleh menjejaskan kesihatan mental. Jadi, anda perlu memahami makna makanan diet sihat ini.

Penyelidikan mengenai kaitan antara makanan diet sihat dan kesihatan mental semakin berkembang. Wujud bukti yang mengatakan pemakanan yang baik adalah penting untuk kesihatan mental.

Selain mendatangkan impak kesan jangka pendek dan jangka panjang, bukti tersebut juga mengatakan makanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan, pengendalian dan pencegahan masalah kesihatan mental tertentu seperti kemurungan skizofrenia, gangguan hiperaktif dan penyakit Alzheimer.

Terdapat kemungkinan faktor makanan diet sihat boleh mempengaruhi beberapa kesihatan mental.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Makanan diet sihat 1: sarapan pagi secara tetap

makanan diet sihat

Melangkau sarapan pagi akan menjejaskan kesihatan mental. Mengambil sarapan secara tetap akan membantu menjana otak dan badan. Selepas waktu tidur yang lama, makanan boleh menjana metabolisme untuk hari tersebut. Melangkau sarapan boleh menyebabkan keletihan dan perasaan malas.

Oleh kerana itu, anda harus mengambil sarapan pagi sebagai hidangan penting dalam rutin harian. Jika anda terlalu sibuk pada waktu pagi, pertimbangkan pilihan seperti bar granola bijirin, yogurt dan buah-buahan untuk satu permulaan yang baik.

Makanan diet sihat 2 – Minum air kosong

Minuman manis dan kafein yang berlebihan adalah apa yang perlu anda elakkan. Minuman manis mengandungi banyak kalori dan boleh menjejaskan enamel gigi, manakala mengambil terlalu banyak kafein cenderung menyebabkan serangan panik kepada individu yang mempunyai gangguan kegelisahan.

Sebaiknya, elakkan dehidrasi dengan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (lebih kurang 2 liter).

Walaupun dehidrasi ringan, tetapi ia boleh menyebabkan masalah seperti keletihan, kesukaran untuk fokus, perubahan emosi serta efek fizikal seperti kehausan, pengurangan air kencing atau air kencing menjadi lebih gelap, kulit kering, sakit kepala, pening kepala dan sembelit.

Jika anda memerlukan kafein, teh adalah pilihan alternatif yang baik kerana ia mengandungi kurang kafein berbanding kopi. Tambahan pula teh mengandungi banyak kimia antioksidan yang dapat membantu melindungi tisu badan dan menghalang kerosakan sel.

3: Pengambilan folat (asid folik, vitamin B9)

Tahukah anda bahawa vitamin boleh mengurangkan risiko kemurungan? Folat, yang juga dirujuk sebagai asid folik atau vitamin B9, adalah nutrien penting untuk badan. Wanita hamil disyorkan untuk mengambil asid folik, tetapi sebenarnya, setiap individu memerlukan asid folik untuk penghasilan sel.

Selain merawat anemia dan beberapa masalah kesihatan lain, folat juga membantu merawat kemurungan. Kekurangan folat mungkin menyebabkan berlakunya perkembangan masalah gangguan kemurungan utama (MDD).

Anda boleh mendapatkan folat dalam sayuran berdaun hijau seperti bayam, buah-buahan, kekacang, dan bijirin.

4: Makanan diet sihat – Jangan lupa vitamin D

makanan diet sihat

Individu yang mengalami kekurangan vitamin D dilaporkan dengan kadar kemurungan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi.

Vitamin D berperanan untuk membantu tubuh menyerap kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat, menyokong kesihatan otot dan sistem imun. Jika anda mempunyai kekurangan vitamin D, anda berisiko untuk menghadapi penyakit jantung seperti serangan jantung.

Salah satu cara badan untuk mendapatkan vitamin D adalah dari makanan dan berada di bawah sinaran matahari. 5-30 minit pendedahan kepada cahaya matahari, 2 kali seminggu, umumnya memberikan vitamin D yang mencukupi.

Individu berkulit gelap mungkin memerlukan lebih banyak masa di bawah sinaran matahari berbanding individu yang berkulit lebih cerah.

Cara selamat untuk mendapatkan vitamin D adalah dengan menambah makanan yang tinggi kandungan vitamin D seperti susu, jus oren, bijirin sarapan pagi, ikan berlemak seperti salmon.

Jika anda bimbang kekurangan vitamin D, anda boleh memilih untuk menggunakan suplemen vitamin D selepas mendapatkan rundingan dengan doktor.

“Anda adalah apa yang anda makan”. Makanan daripada sumber pemakanan sihat yang anda ambil akan menjana badan anda untuk berfungsi dan memberi impak bagaimana kepada badan dan fikiran.

Jika ingin menghindari masalah kesihatan mental, anda perlu mengubah diet pemakanan anda.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Diet and mental health. https://www.mentalhealth.org.uk/a-to-z/d/diet-and-mental-health. Accessed September 13, 2016.
  2. Healthy Diet: Eating with Mental Health in Mind. http://www.mentalhealthamerica.net/conditions/healthy-diet-eating-mental-health-mind. Accessed September 13, 2016.
  3. Eating well and mental health. http://www.rcpsych.ac.uk/healthadvice/problemsdisorders/eatingwellandmentalhealth.aspx. Accessed September 13, 2016.
  4. https://www.sutterhealth.org/health/nutrition/eating-well-for-mental-health
  5. https://www2.erie.gov/universityexpress/sites/www2.erie.gov.universityexpress/files/uploads/Eating

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 02/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor