Kerang Darah: Adakah Ia Makanan Laut yang Sihat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/07/2020 . 8 minit bacaan

Bagi penggemar makanan laut, kerang merupakan antara yang menjadi kegemaran ramai. Ia sangat sesuai dimakan ketika berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa ia akan mendatangkan mudarat dan ada juga yang menyatakan bahawa ia boleh mendatangkan manfaat. Ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

Apa itu kerang?

Kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Walaupun ia terkenal dengan cengkerangnya yang keras, terdapat juga jenis lain yang mempunyai cengkerang lembut seperti kerang daripada keluarga Laervucardium. Haiwan laut ini hidup di kawasan berpasir dan boleh ditemui di sekitar pantai-pantai di seantero dunia.

Cengkerangnya boleh ditutup dengan serapat-rapatnya sehingga langsung tidak memberikan ruang atau lubang yang boleh mengancamnya. Selain itu, ia akan hidup di kawasan batuan sedimen dan akan berenang di kawasan air laut untuk mengelakkan atau melarikan diri daripada pemangsa. 

Cengkerangnya juga mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar. Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya. 

Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit (khunsa) dan ia boleh membiak secara sendiri dengan pantas dan banyak.

Spesies-spesies kerang

Untuk pengetahuan anda, kerang sebenarnya mempunyai pelbagai spesies. Terdapat lebih daripada 205 spesiesnya yang masih hidup ke hari ini dan ada juga yang telah pupus menjadi fosil. Antara keluarga haiwan laut ini yang wujud adalah yang paling biasa ditemui iaitu Cardiidae, Glycymerididae, Veneridae, Arcidae dan Laervucardium.

Cerastoderma edule adalah spesies haiwan laut ini yang biasa ditemui sekitar benua Eropah seperti di Ireland dan Norway serta ada juga yang dijumpai di benua Afrika seperti Senegal.

Gylcymeris glycymeris pula adalah spesies haiwan laut ini yang mempunyai habitat yang sama seperti kerang yang berasal dari keluarga Glycymerididae. Ia sebenarnya boleh dimakan, namun ia kurang mendapat sambutan dan perhatian penggemar makanan laut kerana teksturnya yang sangat keras.

Tegillarca granosa atau Anadara granosa pula adalah spesies haiwan laut yang paling dekat dengan kita dan berasal dari keluarga Arcidae. Juga dikenali sebagai kerang darah, ia sangat biasa ditemui dan dimakan di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah masyarakat kita.

Kerang darah sebagai masakan dan makanan di Asia tenggara

Tegillarca granosa atau Anadara granosa adalah spesies haiwan laut ini yang turut dikenali sebagai kerang darah ekoran cecair darah merah haemoglobin yang terdapat di dalam tisu lembutnya. Ia boleh ditemui secara meluas di kawasan Indo-Pasifik, Polinesia, Afrika Selatan, Australia, Jepun dan sekitar kawasan Asia Tenggara termasuklah negara kita, Malaysia.

Ia hidup di kawasan laut dalam sekitar satu atau dua di bawah paras laut dan akan menyorokkan diri di dalam pasir atau lumpur untuk mengaburkan pemangsa. Saiznya bergantung kepada usianya. Haiwan laut ini yang dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 5 ke 6 cm panjang dan 4 ke 5 cm lebar.

Secara umumnya, ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai sumber makanan dan banyak disimpan dan diternak sebagai kegiatan akuakultur. Ia sangat popular sebagai makanan laut di sekitar kawasan Asia khususnya Asia Tenggara. Pun begitu, ia perlu menjalani proses pembersihan terlebih dahulu sebelum dimakan bagi mengelakkan sebarang kewujudan patogen yang boelh menjejaskan kesihatan individu.

Di Cina, haiwan laut ini dimakan tanpa sebarang proses pembersihan terlebih dahulu sehingga menyebabkan patogen yang wujud di dalamnya tidak hilang atau mati.

Di Korea, haiwan laut ini dikenali sebagai ‘kkomak’. Ia sangat popular dan selalu dimasak bersama kicap, cili dan minyak bijan.

Di Malaysia, ia sangat terkenal sebagai makanan laut yang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Sama ada distim, direbus, dipanggang, dimakan mentah atau dimasak bersama kuah atau sup, ia terpulang kepada cita rasa individu. Haiwan laut ini juga selalu digunakan dalam masakan identiti negara kita seperti “laksa”, “char kuey teow” dan steambot.

Tahukah anda, selain kerang darah ini, rakyat Malaysia juga amat gemar makan makanan laut dari spesies kerang-kerangan? Berikut merupakan antara contoh haiwan laut kesukaan rakyat kita:

  • Abalone
    • Belitung / Siput sedut
    • Kekapis
    • Kepah
    • Kima
    • Kupang / Siput sudu
    • Lala / Siput retak seribu
    • Lokan
    • Remis
    • Siput buluh
    • Siput cangkul
    • Siput duri
    • Siput kemudi / Siput paha ayam
    • Siput mentarang
    • Siput pahat-pahat
  • Scallop
  • Tiram

Kandungan nutrisi di dalam kerang darah

Disebabkan masyarakat kita sangat menggemari kerang darah ini, haruslah kita tahu mengenai kandungan nutrisi yang terkandung di dalam haiwan laut ini:

Setiap 100 gram hidangan RDA untuk lelaki RDA untuk perempuan
Vitamin B12 3133% 3133%
Iodin 114% 114%
Zat besi 322% 189%
Selenium 57% 72%
Fosforus 25% 25%
Tembaga 32% 32%
Protein 22% 27%

Mengapa nutrien-nutrien ini penting?

  • Vitamin B12 adalah sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf dan memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah.
  • Iodin biasanya wujud dalam air laut, yang merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat.
  • Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang akan membantu membawa oksigen ke segenap pelosok tubuh badan. Paling bahaya, kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia.
  • Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan, yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu.
  • Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan yang kita ambil. Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus.
  • Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Protein adalah komponen yang penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.

Tahukah anda haiwan laut ini adalah sangat rendah kalori. 100 gram hidangannya hanya mempunyai 53 kcal berbanding 180 kcal yang terdapat dalam 100 gram salmon. Selain itu, vitamin B12 tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia dan hanya boleh ditemui dalam makanan berasaskan haiwan. Haiwan laut juga mengandungi 23 kali ganda vitamin B12 berbanding daging.

Selain itu, haiwan laut ini juga mengandungi nutrien lain seperti berikut:

Setiap 100 gram hidangan RDA untuk lelaki RDA untuk perempuan
Vitamin A 6% 7%
Vitamin E 0% 0%
Vitamin B1 5% 6%
Vitamin B2 8% 10%
Niacin 7% 9%
Vitamin B6 3% 3%
Sodium 31% 31%
Potasium 3% 3%
KalSium 20% 20%
Magnesium 15% 17%
Asid Folik 0% 0%
Zink 22% 30%
Klorida 30% 30%
  • Kandungan kalori

Haiwan laut ini adalah sangat rendah kalori, dengan 79 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Amaun ini adalah 4 peratus lebih rendah daripada pengambilan 2,000 kalori dan lebih rendah kalori daripada pelbagai jenis haiwan laut yang lain seperti ikan tilapia yang mengandungi 128 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Ia adalah pilihan yang sangat baik jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan kerana ia hanya akan mengambil masa sekitar 16 minit aerobik dalam air atau 9 minit berenang untuk membakar kalori yang terdapat dalam 100 gram hidangannya.

  • Kandungan protein

Haiwan laut ini adalah sangat tinggi protein, dengan 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Pengambilan protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia akan menyediakan struktur sel dan tisu tubuh badan anda. The Institute of Medicine menyarankan wanita makan sekurang-kurangnya 46 gram protein setiap hari dan lelaki pula perlu makan sekurang-kurangnya 55 gram protein setiap hari. 

Walaupun protein dikenali sebagai nutrisi untuk penambahan otot, ia juga sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan. Menurut kajian yang dijalankan oleh The British Journal of Nutrition pada Ogos 2008, diet yang tinggi protein akan membantu anda mengurangkan berat badan di samoing membantu anda mengekalkan kekuatan tubuh badan semasa sedang menjalani diet.

  • Kandungan karbohidrat

Haiwan laut ini adalah sangat rendah karbohirat, sama seperti kebanyakan makanan laut yang lain dengan 4.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram dan ia tidak langsung mempunyai kandungan gula dan serat. Karbohidrat membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga untuk melakukan senaman. Jika anda merupakan seorang atlet yang kompetitif, anda mungkin mahu untuk makan makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti haiwan laut ini.

  • Kandungan lemak

Haiwan laut ini adalah sangat rendah lemak, dengan 0.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Paling penting, tiada satu pun kandungan lemak di dalamnya adalah lemak tepu, yang akan meningkatkan risiko sakit jantung. Ada lemak yang bermanfaat untuk kesihatan anda kerana ia kan membantu tubuh badan anda menyerap nutrien dan membekalkan tenaga untuk melakukan senaman lanjutan.

Mengapa kita perlu mengambil kerang-kerangan seperti kerang darah dalam diet?

  • Ia membekalkan protein, vitamin dan mineral. Selain itu, ia juga rendah lemak dan merupakan sumber asid lemak Omega-3 yang sangat baik.
  • Ia sangat berbeza dengan mitosnya yang mengatakan bahawa haiwan laut ini akan meningkatkan kadar kolesterol kerana ia sama sekali rendah kandungan kolesterol.
  • Ia sangat rendah kalori, yang membuatkannya sangat sesuai diambil oleh individu yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Setiap jenis kerang-kerangan mempunyai manfaat yang berbeza-beza, jadi kita perlu mempelbagaikan pengambilannya.
  • Jumlah pengambilannya yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dalam diet makanan laut anda.

Mengapa kita perlu mengambil asid lemak Omega-3?

Omega-3 adalah nama sejenis lemak yang terdapat di dalam makanan laut tinggi lemak. Lemak-lemak ini tidak boleh dibuat dalam tubuh badan kita, jadi ia sangat penting untuk dimakan. Ia sangat bermanfaat dalam penjagaan jantung dan dipercayai mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Makan makanan yang kaya dengan Omega-3 ini adalah cara yang paling terbaik untuk mendapatkan sumber nutrien ini. Salah satu sumber yang bagus untuk nutrien ini adalah kerang-kerangan seperti kerang darah. Setiap pengambilan 100 gram hidangannya akan membekalkan anda dengan 12% pengambilan Omega-3 yang dicadangkan.

Risiko makan kerang darah terhadap kesihatan

Sama seperti setiap perkara di dunia ini, pengambilan haiwan laut ini juga mempunyai pro dan kontranya. Pronya adalah ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang telah disenaraikan. Kontranya pula adalah ia masih mempunyai risiko terhadap kesihatan kita.

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa haiwan laut ini merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Ini kerana ia banyak mengandungi virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu.

Pun begitu, haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu. Apa yang penting adalah kebersihannya. Oleh itu, jika anda sudah memasang niat untuk memakannya, tidak salah asalkan anda membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak.

Selain itu, ia juga sebenarnya adalah berisiko untuk dimakan oleh wanita yang sedang hamil. Menurut sebuah laporan di Thailand, ada satu kes di mana seorang ibu hamil 7 bulan maut di bilik sewanya akibat makan haiwan laut ini yang kurang masak.

Menurut laporan, setelah makan makanan laut ini, wanita terbabit mula mengalami sakit perut dan cirit-birit yang sangat teruk sehingga menyebabkan dia tiadk dapat keluar bekerja dan seterusnya memohon cuti sakit.

Beberapa hari selepas itu, jiran yang tinggal di kawasan sekitar bilik sewanya memberitahu bahawa sudah lama mereka tidak nampak kelibat wanita ini. Disebabkan terlalu bimbang tentang keselamatan mangsa, jiran tersebut mengambil keputusan untuk menjenguk di sebalik sisi tingkap dan mendapati tubuh badan mangsa sudah kaku dan tidak lagi bernyawa. Hasil bedah siasat pihak polis dan hospital, mangsa disyaki mati kerana cirit-birit yang teruk akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh haiwan laut ini.

Profesor Madya Teerapong Chareewit dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Chulalongkorn kemudiannya mengingatkan orang awam supaya lebih berhati-hati ketika makan haiwan laut ini agar kejadian sama tidak berulang. 

Tip memakan kerang darah dengan selamat

Ada individu yang mempunyai alahan terhadap kerang-kerangan seperti haiwan laut ini. Sekiranya anda memakannya dan mula muncul gejala-gejala alahan seperti gatal-gatal, muntah-muntah, cirit-birit, sukar bernafas, timbul ruam atau bengkak, segera hentikan pengambilannya dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat alahan.

Paling penting, ia tidak sama sekali disarankan untuk dimakan mentah kerana risikonya yang sangat tinggi terhadap kesihatan kita. Sebaiknya, anda masak makanan laut itu dengan cara merebusnya dulu sekurang-kurang 5 minit atau merngukusnya sehingga 10 minit.

Selain itu, jangan sesekali makan haiwan laut ini yang cengkerangnya tidak boleh dibuka. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia telah mati sebelum dimasak lagi. Bukan sahaja rasanya akan jadi tidak sedap dan baunnya juga busuk, ia juga akan mengundang pelbagai virus dan bakteria yang akan mengancam kesihatan anda.

Konklusinya, haiwan laut ini masih boleh anda makan asalkan anda memasaknya terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang komplikasi kesihatan, segera berjumpa dengan doktor. Pihak Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda untuk lebih mengetahui dan mengenali haiwan laut ini dengan lebih mendalam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Limfoma Dan Leukemia!

    Leukemia dan limfoma kedua-duanya merupakan sejenis kanser darah. Namun, penyebab dan faktor risiko leukemia dan limfoma amat berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Periksa Kanser Testis Di Rumah? Kaum Adam Boleh Check Guna Kit Ujian Kehamilan, Tapi…

    Mungkin ramai tak tahu bahawa lelaki boleh mendapat keputusan positif ujian kehamilan jika ada kanser testis (telur zakar). Namun, adakah ia tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

    Kita biasa bandingkan anak dengan kanak-kanak lain, kan? Tapi perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak. Apakah peranan ibu bapa untuk atasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menghilangkan sawan

    Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

    Ditulis oleh Dr. Wazir Aiman
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    ujian sperma

    Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    hepatitis b adalah

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan