Walaupun kedua-dua ikan dan kerangan adalah hidupan akuatik yang hidup di tempat yang sama, namun alergen protein kedua-duanya adalah berbeza antara satu sama lain.
Ini bermakna seseorang individu itu mungkin akan mengalami alahan terhadap satu jenis hidupan sahaja.
Kebiasaannya, mereka yang mengalami alahan kepada satu jenis ikan turut mengalami reaksi yang sama terhadap ikan yang lain. Begitu juga halnya dengan mereka yang mengalami alahan terhadap kerangan.
Jadi, jika anda ada mengalami alergi makanan laut, cuba elakkan memakan makanan-makanan ini secara total.

Lakukan ujian alergi makanan laut
Jika anda risau masalah ini berlaku kepada anda atau si kecil, segera berjumpa doktor untuk lakukan diagnosis.
Pertama sekali, doktor akan bertanyakan beberapa soalan penting untuk merungkai punca alahan itu sama ada makanan, ubatan atau disebabkan gigitan serangga.
Ujian alahan terhadap kulit dan darah atau IgE spesifik akan membantu memastikan punca sebenarnya. Walaupun begitu, anda tidak boleh bergantung 100% terhadap keputusannya.
Selain itu, ujian kulit dan darah juga boleh dilakukan untuk menguji alahan. Anda akan dapat tahu lebih tepat mengenai spesies mana yang akan menyebabkan anda alami alergi.

Apa yang boleh dilakukan?
Sekiranya ujian alahan makanan anda positif terhadap makanan laut, maka anda perlu lakukan beberapa perkara untuk mengelakkan alergi menjadi lebih teruk.
Elakkan perkara-perkara berikut:
- Segala piring, pinggan atau mangkuk yang menghidangkan makanan laut
- Makanan yang berasal dari benua Asia kerana ia banyak menggunakan kerangan sebagai bahan penambah perasa
- Makanan yang dimasak bersama makanan laut dalam kuali dengan minyak yang sama
- Makanan yang dijual di kedai yang ada menghidangkan pelbagai makanan laut
- Piza komersial kerana proses pembuatannya mungkin telah bercampur dengan bahan yang boleh mendatangkan alahan
- Barbeku yang menghidangkan campuran makanan darat dan laut
- Salad caesar dan sos worcestershire kerana ia mengandungi bahan yang boleh mendatangkan alahan
- Bir dan wain kerana ia mungkin mengandungi bahan yang diperbuat daripada organ dalaman ikan
Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dengan lebih lanjut.
Konklusi
Kesimpulannya, makanan laut sememangnya sedap dan menjadi kegilaan ramai. Pun begitu, ada beberapa golongan yang perlu berhati-hati dengannya.
Golongan tersebut adalah mereka yang mempunyai alergi makanan laut serta golongan wanita hamil. Ini kerana makanan ini akan memudaratkan kesihatan anda sendiri.
Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui jika anda ada alahan ini? Jawapannya, lakukan ujian alahan makanan.
Apapun keputusannya, anda masih perlu berhati-hati dan lihat setiap reaksi sesuatu makanan terhadap tubuh badan anda. Jika berlaku apa-apa, dapatkan bantuan doktor dengan kadar segera.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen