backup og meta

Ini 5 Tabiat Sarapan Yang PERLU DIHINDARI Jika Anda Sedang Berdiet! No. 3 Paling Ramai Buat

Ini 5 Tabiat Sarapan Yang PERLU DIHINDARI Jika Anda Sedang Berdiet! No. 3 Paling Ramai Buat

Sarapan adalah waktu makan yang paling penting walaupun ketika sedang berdiet. Atas sebab itulah, anda perlu patuh pada menu sarapan diet agar usaha itu berjaya.

Namun, ketahuilah bahawa sebenarnya bukan sahaja makanan atau minuman ketika bersarapan itu yang penting malahan juga tabiat anda pada setiap waktu pagi.

Persoalannya, apakah antara tabiat yang tidak bagus ketika sarapan dalam usaha anda untuk berdiet? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Contoh menu sarapan diet yang terbaik!

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua tahu apakah antara contoh makanan dan minuman dalam menu sarapan yang terbaik.

Ini kerana dalam usaha untuk berdiet, menu inilah yang akan memainkan peranan penting agar usaha yang dilakukan itu membuahkan hasil dan tidak sia-sia.

Berikut adalah antara contoh menu sarapan diet yang terbaik dan wajar diambil pada waktu pagi:

  • Telur
  • Pisang
  • Tembikai
  • Epal
  • Beri
  • Kiwi
  • Avokado
  • Bayam
  • Brokoli
  • Yogurt
  • Kopi O
  • Teh hijau
  • Oat
  • Kekacang
  • Bijian
  • Serbuk protein

menu sarapan diet

Contoh makanan dan minuman di atas adalah sangat bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana kurang kalori serta boleh membuat anda kenyang lebih lama.

Apa yang mungkin kalian perlu beri lebih perhatian adalah kuantiti hidangan yang diambil pada waktu pagi itu agar tidak terlalu banyak sesuai dengan saranan kalori.

Selain daripada menu sarapan diet, mungkin ada beberapa tabiat pada waktu pagi yang tanpa sedar sebenarnya akan menggagalkan usaha anda untuk berdiet.

Tabiat sarapan waktu pagi yang tidak bagus!

Ramai orang yang sedang dalam usaha untuk diet akan berfokuskan kepada menu makanan dan minuman sahaja dan ya, ia mungkin sesuatu yang wajar lagi tepat.

Pun begitu, ada satu lagi aspek selain menu sarapan diet yang anda perlu lebih berwaspada yakni tabiat-tabiat yang tanpa sedar anda buat ketika sedang bersarapan.

Berikut adalah tabiat sarapan waktu pagi yang tidak bagus buat diet anda:

#1. Ambil sarapan kerana perut lapar

Ya, memang benar kita perlu makan apabila lapar namun itu tidak bermakna anda boleh makan apa sahaja pada waktu sarapan pagi angkara perut lapar.

Ini kerana ia akan membuat anda terus mencapai apa sahaja yang ada di meja makan tanpa mempedulikan kalori dan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Menurut Pakar Diet Julieanna Hever yang juga merupakan penulis buku The Vegiterranean Diet and The Complete Idiot’s Guide to Plant-Based Nutrition, tabiat ini akan membuat kalian ambil sarapan yang tidak tentu kualiti dan kuantiti.

#2. Ambil sarapan dengan sangat banyak

Lantaran tabiat yang pertama itu, anda yang sedang dalam usaha untuk berdiet juga mungkin akan tanpa sengaja mengambil sarapan dengan sangat banyak.

Ia kemudiannya akan menyebabkan perut anda berasa kembung atau sebu sepanjang hari lantas menjejaskan hidangan waktu lain dan aktiviti seharian.

Menurut Pakar Diet, Lisa DeFazio yang sangat popular dalam kalangan selebriti antarabangsa, tabiat ini akan membuat tubuh badan anda tidak produktif dan malas untuk beraktiviti lantas menggagalkan usaha anda untuk berdiet.

menu sarapan diet

#3. Makan sambil melihat skrin teknologi

Di era teknologi moden kini, ramai yang mempunyai tabiat untuk melihat skrin telefon pintar, komputer riba atau televisyen untuk mencari berita terkini.

Tabiat ini mungkin tidak salah namun merupakan silap besar jika dilakukan pada waktu pagi kerana ia akan menyebabkan usaha untuk diet anda itu gagal.

Pakar Diet Lyssie Lakatos dan Tammy Lakatos yang merupakan pengasas The Nutrition Twins mengatakan tabiat ini akan membuat kalian lari fokus dan tidak mengambil menu sarapan diet yang lebih tepat lagi sihat.

menu sarapan diet

#4. Gemarkan menu daripada restoran makanan segera

Disebabkan kesibukan dalam kerjaya, ramai individu yang lebih gemar singgah di pandu lalu restoran makanan segera untuk membeli sarapan pagi.

Kadangkala, ia mungkin tidak salah namun jika terlalu kerap tabiat ini akan membuat kalian mengambil lebih banyak kalori hasil makanan segera itu.

Sebaliknya, pilihan yang lebih baik adalah dengan memasak sendiri menu sarapan diet anda agar ia tidak menjejaskan usaha anda untuk berdiet.

#5. Langsung tidak mengambil sarapan pagi

Kononnya, anda yang sedang dalam diet mungkin berfikir bahawa kalori daripada makanan dan minuman dapat dikurangkan jika skip salah satu waktu makan.

Hakikatnya, logik sebegini adalah tidak benar kerana ia hanya akan membuat kalian makan lebih banyak pada waktu makan lain lantas menggagalkan diet.

Jadi, jangan sesekali menekan butang snooze pada waktu pagi untuk sambung tidur dan skip sarapan kerana sarapan pagi adalah antara waktu makan terpenting.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cdc.gov/healthyweight/losing_weight/eating_habits.html
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24468205/
  3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25577898/
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/food-and-nutrition/art-20048294
  5. https://www.eatright.org/health/wellness/healthy-habits/5-tips-to-kick-bad-eating-habits-to-the-curb
  6. https://udspace.udel.edu/handle/19716/22611

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kelebihan & Kekurangan Ambil Sarapan Pagi, Ada Sebab Kenapa Ia Penting!

Ingin Turunkan Berat Badan, Cara Mana Lebih Berkesan? Perlu Ambil Sarapan Pagi Atau Tidak?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan