backup og meta

Kisah Menarik Di Sebalik Kes Import COVID-19 Di Malaysia, Dan Bagaimana Reaksi Virus Pada Sistem Badan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

    Kisah Menarik Di Sebalik Kes Import COVID-19 Di Malaysia, Dan Bagaimana Reaksi Virus Pada Sistem Badan

    * Artikel ini sebahagian siri COVID-19 yang dihasilkan Editorial Hello Doktor. Klik pautan untuk baca sambungan menarik dalam artikel 2 dan artikel 3.

    Semuanya bermula di kota Wuhan, wilayah Hubei, China…

    Tak siapa sangka, hanya dari pasar basah dan makanan laut, jangkitan paru-paru dari virus baharu yang tak diketahui muncul. 

    Tak cukup dengan itu, netizen dikejutkan pula dengan perkataan “kluster” yang merujuk pada lebih 10 kes berkaitan di antara satu sama lain, dan tak berasal dari keluarga sama.

    Hampir 5 bulan diserang wabak ini, jumlah kes COVID-19 di Malaysia makin meningkat sehingga:

    [covid_19]

    Bagaimana semuanya bermula, dan betulkah kes “kluster” memburukkan situasi virus COVID-19 di Malaysia? Jom kita geledah! 

    Bagaimana COVID-19 mula menapak di Malaysia? 

    Apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberitahu Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) tentang satu kes import di sana, Jabatan Kementerian Negeri Johor (JKN) tahu mereka harus mengambil tindakan drastik. 

    8 pelancong China yang ada kontak rapat dengan kes import pertama di Singapura itu didapati sedang bergerak “masuk” Malaysia!

    4 daripada 8 pelancong itu ditahan, melalui ujian saringan dan mereka didapati positif virus COVID-19 dan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh.

    Sementara itu, di Hospital Sultanah Aminah, Johor…

    Sehari selepas memasuki Malaysia melalui bas ekspres, seorang lelaki dari Wuhan mula menunjukkan simptom COVID 19 iaitu demam

    Artikel berkaitan: Apa Beza Antara Demam COVID-19 Dan Demam Biasa?

    Dia didapati ke Singapura sebelum masuk ke Johor Bahru bersama isteri dan anaknya. 

    Kira-kira 15 penumpang lain turut berada dalam bas tersebut, dan semuanya pelancong dari China. Selepas saringan dibuat, lelaki itu dan isterinya disahkan positif COVID-19.

    Kluster persidangan antarabangsa di Singapura pula masukwabak coronavirus

    Ketika netizen menarik nafas lega tiada kes warga tempatan, tiba-tiba seorang lelaki warganegara tempatan yang berusia 41 tahun disahkan positif COVID-19.

    Dia baru pulang dari Singapura selepas menghadiri satu persidangan antarabangsa. 

    Setakat ini, 3 delegasi dari Singapura, 2 dari Korea Selatan dan seorang warga Britain disahkan positif.

    Apa yang lebih malang, adik perempuan (40 tahun) dan ibu mertua (64 tahun) lelaki tersebut turut disahkan positif akibat kontak rapat.

    Misi bantuan kemanusiaan pula bawa pulang 2 kes positif dari Wuhan, China

    Terperangkap di negara asing sewaktu wabak besar melanda agak menakutkan. 

    Begitulah nasib 107 individu (88 warganegara Malaysia dan 19 ahli keluarga bukan warganegara) di kota Wuhan, China.

    Mujurlah misi kemanusiaan dijalankan, dan kerajaan berusaha membawa kesemua individu pulang. Namun, pemeriksaan kesihatan mendapati 2 daripada 107 individu tersebut pula positif COVID-19!

    Kes positif dari Indonesia mewujudkan kluster baharu

    Apabila individu dibawa pulang ke Malaysia atas misi kemanusiaan ini, mereka perlu dikuarantin di tempat yang disedia kerajaan. 

    wabak coronavirus

    Dalam misi bawa pulang pelajar dari Indonesia, 43 individu (warganegara Malaysia) dikesan dengan simptom COVID 19 di pintu masuk antarabangsa KLIA.

    Ini menjadikan misi kemanusiaan itu kluster terbaru jangkitan COVID-19 di negara ini, dan ia diberi nama ‘Kluster Pasenteren’.

    Mereka adalah pelajar dari Temboro, salah satu tempat diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

    Simptom COVID 19 tak ada pada semua penghidap virus

    Menurut laporan KKM, 88% kes positif COVID-19 di Malaysia diklasifikasi sebagai tak menunjukkan simptom.

    Tiada jaminan anda tak bawa jangkitan, selagi ujian saringan tak dibuat. Sebab itu, jika anda sayang keluarga di kampung, jangan pulang hari raya Aidilfitri ini.

    Jika wabak COVID-19 tersebar pada ibu bapa lanjut usia, mereka lebih berisiko mendapat simptom teruk!

    Artikel berkaitan: Bagaimana Taiwan, New Zealand dan Korea Selatan Pegang 3 “Rahsia’ Hentikan COVID-19

    Oleh sebab COVID-19 ada tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, penularan virus mudah berlaku.apa itu coronavirus

    Bolehkah anda positif, tapi tak tunjukkan tanda tanda COVID 19?

    Jika anda diuji positif tapi tak tunjuk sebarang tanda tanda COVID 19, ia satu tanda baik kerana anda mungkin dalam proses pemulihan.

    Tapi, ini tak bermakna anda boleh bergerak bebas. Sebaiknya, lakukan langkah pencegahan seperti kuarantin diri selama 14 hari.

    Tetapi bagaimana pula jika anda mengalami tanda tanda COVID 19? Apakah gejalanya? Menurut WHO, dalam tempoh pengeraman, sistem imun badan akan mula bertindak balas.

    Simptom awal seperti demam, batuk dan sesak nafas akan muncul dahulu sepanjang tempoh pengeraman lepas terdedah pada virus.

    Tapi ini bukan bermaksud semua individu mengalaminya. Batuk gejala paling biasa berlaku. Simptom paling jarang adalah sesak nafas. 

    Gejala lain yang boleh berlaku pada mereka yang positif COVID-19 adalah kekeliruan, sakit kepala, mual serta cirit-birit.

    COVID-19 turut beri impak pada 5 sistem badan lain

    Virus COVID-19 bukan sahaja menyerang saluran pernafasan dan paru-paru, namun dalam kes yang lebih serius, virus ini boleh menjejaskan keseluruhan sistem badan!

    1. Jejaskan fungsi paru-paru

    Seperti jenis coronavirus lain, COVID-19 adalah penyakit pernafasan, maka paru-paru adalah bahagian pertama yang akan terjejas.

    Sesetengah individu alami gejala pernafasan ringan. Tapi ada juga yang berdepan simptom kerosakan paru-paru yang teruk.

    Keadaan itu dikenali sebagai sindrom gangguan pernafasan akut teruk (ARDS) yang menyebabkan kebocoran cecair dari saluran darah dalam paru-paru.

    Cecair itu akan berkumpul dalam poket udara paru-paru, dan mengakibatkannya sukar memindahkan oksigen dari udara ke darah.

    simptom covid 19

    2. Tindak balas berlebihan sistem imun

    Fungsi utama sistem imun adalah melawan jangkitan dalam badan dengan menghasilkan cytokine.

    Akan tetapi, jika pengeluaran cytokine berlebihan, ia akan menyebabkan kerosakan dan keradangan pada organ badan! Ia dikenali sebagai cytokine storm.

    3. Kesan kepada jantung dan saluran darah

    Kesan yang mungkin berlaku adalah kadar denyutan jantung tidak teratur, jumlah darah tak mencukupi dalam sel tisu atau mengakibatkan tekanan darah terlampau rendah.

    Terdapat juga tanda virus ini menyebabkan darah membeku dengan cepat. Jika ini berlaku, risiko strok atau serangan jantung amat tinggi.

    4. Sel hati menjejaskan kerosakan buah pinggang

    6% jumlah kematian pesakit COVID-19 adalah kerana kerosakan buah pinggang. Jika sel hati alami keradangan, ia berisiko melepaskan enzim dengan banyak dalam saluran darah.

    Walaupun benda ini jarang berlaku, namun perubahan mendadak yang berlaku pada hati boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

    5. Saluran gastrousus turut diserang!

    Simptom COVID-19 lain yang boleh dialami adalah cirit-birit, kekejangan abdomen serta sembelit.

    Biasanya masalah cirit-birit yang dialami akan menjejaskan dinding usus dan boleh mengakibatkan kebocoran cecair.

    Pemerhatian menarik terhadap kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia

    Jika dibandingkan dengan virus coronavirus yang lain, dan virus Ebola, ini paras kadar kematian akibat COVID-19:

    hayat virus covid 19

    Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia berada di antara 1-2%, lebih rendah berbanding negara lain.

    Namun, lebih 30% jumlah kematian melibatkan peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid Sri Petaling.

    Golongan lelaki juga lebih berisiko, dengan hampir 75% kematian melibatkan golongan ini.

    Sebagai netizen yang bertanggungjawab, usah panik. Tapi, anda perlu faham risiko yang boleh dibawa oleh anda dalam penularan wabak ini.

    Amalkan jarak sosial dan langkah pencegahan yang disarankan KKM seperti di sini. Nescaya anda akan terselamat daripada cengkaman COVID-19.

    Semak artikel seterusnya untuk melihat bagaimana mimpi ngeri COVID-19 merebak di kalangan netizen, dan bagaimana kita boleh mengambil pengajaran dari negara Taiwan, New Zealand, dan Korea Selatan.

    Sambungan siri COVID-19 di Malaysia dari pasukan Hello Doktor:

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan