Hati boleh pulih dengan cepat jika berlaku kerosakan normal.
Namun jika serangan terjadi berulang-ulang, sel hati tidak dapat tumbuh semula dengan cepat, lalu menyebabkan hati rosak.
5. Buah pinggang rosak akibat virus COVID-19
6% daripada kematian mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.
Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, namun ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula.
Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.
Kesimpulan
Kini anda telah mengetahui bahawa sekiranya jangkitan coronavirus ini berlaku, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini akan mengalami pelbagai serangan dari setiap sudut ke atas organ-organ dalaman tubuh mereka.
COVID mempunyai kesan yang teruk pada badan manusia.
Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru anda, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, perut dan juga hati anda. Sememangnya ia adalah satu serangan yang dahsyat.
Pada waktu ini, masih belum ada cara hilangkan covid dari badan. Namun, pengambilan vaksinasi boleh membantu mencegah komplikasi teruk jika anda terkena COVID-19.
Jadi, usah berfikir panjang untuk mengambil vaksin COVID-19!
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen