* Artikel ini sebahagian siri COVID-19 yang dihasilkan Editorial Hello Doktor. Klik pautan untuk baca sambungan menarik dalam artikel 1 dan artikel 3.
Dalam artikel sebelum ini, kisah menarik kes import COVID-19 telah dibongkar. Sekarang, kita akan teroka bagaimana mimpi ngeri bermula gara-gara kontak rapat pula.
Kontak rapat sebenarnya bawa risiko yang lebih serius. Menurut WHO, kontak rapat adalah mereka yang berinteraksi dalam jarak kurang 1 meter daripada individu yang mungkin membawa virus.
Bagaimana cara covid 19 berjangkit akibat kontak rapat?
Wabak coronavirus menular melalui titisan cecair dari batuk, bersin ataupun nafas individu dijangkiti.
Ia boleh juga berada dalam udara atau permukaan yang disentuh, sebelum anda menyentuh mata, hidung atau mulut.
Penularan virus akibat kontak rapat mula jadi mimpi ngeri apabila 3 pelancong asing (kes ke-13, 14, dan 15) disahkan positif wabak pada 1 dan 7 Februari.
Situasi sama dikesan pada kes ke-24, 27 dan 29 yang saling berkait.
Tanpa sedar, seorang wanita warganegara Jepun ditempatkan bersama wanita tempatan dalam bilik, dan wanita Jepun itu kemudiannya disahkan positif!
Nasib sama turut menimpa jururawat hospital apabila beliau tidak memakai alat perlindungan peribadi ketika merawatnya.
Artikel berkaitan: Adakah Kes Import Punca Wabak COVID-19 Menular Di Malaysia?
Kluster kes ke-26 punca lonjakan gelombang kedua di Malaysia?
Tergempar! Kepulangan lelaki warga tempatan dari Shanghai akibatkan 20 kes positif lain akibat kontak rapat.
Jumlah kontak rapat merebak hingga ke generasi kedua, dan mencecah hampir 1,000 individu!
Sekejap – apa itu kontak rapat generasi pertama dan kedua? Iai merujuk pada tahap kelangsungan kontak.
“A disahkan positif COVID-19. Apabila B ada kontak rapat dengan A, B adalah kontak rapat generasi pertama. Jika jangkitan itu menular dari B ke C, C adalah kontak rapat generasi kedua bagi A.”
Kluster kes ke-33 berkait dengan kluster kes ke-26
Selepas kes ke-26, tiba-tiba muncul pula kluster kes ke-33 yang merupakan kontak rapat kes ke-26.