home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ambil Pengajaran 3 Rahsia Taiwan, New Zealand & Korea Selatan Tangani COVID-19, Kita Juga Boleh!

Ambil Pengajaran 3 Rahsia Taiwan, New Zealand & Korea Selatan Tangani COVID-19, Kita Juga Boleh!

* Artikel ini sebahagian siri COVID-19 yang dihasilkan Editorial Hello Doktor. Klik pautan untuk baca sambungan menarik dalam artikel 1 dan artikel 2.

Sudah baca kisah menarik tentang kes import COVID-19 yang terjadi di Malaysia, dan bagaimana mimpi ngeri wabak ini seakan tidak berakhir di Malaysia kerana kluster?

Hampir 5 bulan, jumlah kes COVID-19 di Malaysia meningkat sehingga:

Jangan bimbang dan panik. Artikel ketiga dalam siri COVID-19 ini bukan untuk menakut-nakutkan anda.

Sebaliknya kami ingin berkongsi bagaimana kita semua boleh mengatasi masalah ini.

“Taiwan, New Zealand dan Korea Selatan antara negara yang berjaya mengawal penularan virus COVID-19”

Anda tahu bagaimana?

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang ternyata gagal, sistem ujian saringan meluas telah menyelamatkan Taiwan. Kes positif kurang 500, dan angka kematian hanya diparas 6!

Sejak China melaporkan kes kluster pneumonia pada WHO, Taiwan awal-awal lagi sudah ambil langkah berjaga-jaga!

Setiap pelancong yang tiba dari Wuhan dikesan, disaring dan diletakkan dalam kuarantin seawal 20 Disember 2019.

Cara mencegah Coronavirus: Langkah pencegahan awal kunci kawalan di Taiwan

Taiwan menghantar sepasukan pakar perubatan ke China bagi menganalisis keadaan semasa. Pasukan itu kembali dengan maklumat –

“Jelas sekali mereka hanya tunjuk apa yang patut kita lihat. Ada banyak perkara tak diberitahu!”

Kerajaan Taiwan disaran mengetatkan protokol kesihatan. Pusat Kawalan Epidemik juga ditubuh. Taiwan negara pertama yang menghalang kemasukan pelancong dari Wuhan!jarak sosial covid 19

Dalam masa yang sama, Taiwan juga menjalankan pelaksanaan ini:

Apa yang mendorong kejayaan ini adalah kerana peranan yang dimainkan syarikat insurans.

Sistem insurans kesihatan di sana meliputi 99% populasi penduduk, dan ujian saringan COVID-19 adalah percuma!

penawar coronavirus

Jarak sosial COVID 19: Peranan rakyat dalam melaksana cara mencegah Coronavirus

Tapi, bukan semua terletak di tangan kerajaan. Setiap individu memainkan peranan memastikan diri dan keluarga bebas gejala atau ambil tindakan jika berisiko.

Taiwan sentiasa siarkan info semasa virus ini menerusi televisyen dan radio. Mereka percaya, jika maklumat telus, rakyat akan faham tentangnya.

Cara mencegah Coronavirus tak hanya terhad di rumah!

95% ibu bapa akan menelefon pentadbiran sekolah untuk memberitahu keadaan anak sebelum menghantar mereka.

Strategi “hapus” bantu New Zealand capai sifar kes baharu

Apa rahsia New Zealand pula? Strategi “hapus” mereka!

Ia adalah perintah kawalan pergerakan yang dilaksana dalam 4 peringkat bagi mengehadkan interaksi sosial.

Hingga kini, New Zealand hanya ada kes positif kurang 1,500 dan 21 kematian. Setelah tiada lagi kes positif, PKP dikembalikan ke peringkat 3.

Penduduk dibenarkan bersosial, namun wajib mengikut langkah pencegahan semasa seperti amalan jarak sosial COVID 19.

Jumlah ujian saringan yang banyak dan komunikasi jelas juga rahsia New Zealand basmi COVID-19

Berbanding negara lain, jumlah ujian saringan COVID-19 di New Zealand sangat banyak dalam masa sehari.cara mencegah coronavirus

Dengan 5 juta penduduk, jumlah ujian dalam masa sehari mencecah 8,000. Hasil gabungan dua “kunci rahsia” ini, nilai R0 (R-naught) di sana hanya pada paras 0.4!

R0 adalah unit ukuran keupayaan virus untuk menjangkiti individu lain.

Bagi virus COVID-19, nilai R0 adalah 2.5. Seorang individu yang ada virus ini boleh menyebarkannya pada 2 orang atau lebih dalam satu masa.

Komunikasi jelas juga dijalankan. Sebelum pelaksanaan peringkat PKP yang berbeza, kerajaan akan menerangkan implikasi setiap arahan.

Jatuh dan bangun Korea Selatan dalam melawan wabak COVID-19

Korea Selatan salah satu negara dengan kadar jangkitan COVID-19 tertinggi. Tapi pada 30 April, kadar kes baharu jatuh ke kadar sifar!

Apa rahsianya? Sampai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) juga memuji mereka.

Menurut Pengarah UN di Seoul, sama seperti Taiwan dan New Zealand – 3 rahsia di atas adalah cara mereka membasmi COVID-19.

Yang lebih mengagumkan, perkhidmatan bukan kritikal seperti restoran, sauna dan sebagainya masih lagi dibuka!

Kebanyakan syarikat tak ubah struktur operasi, tapi kebanyakkannya dibenarkan bekerja dari rumah. Nampaknya disiplin diri yang tinggi dalam mencegah penularan adalah “kunci utama”.

Seperti Taiwan, Korea Selatan juga mengimplementasi sistem pemantauan melalui aplikasi telefon pintar. Begini cara ia berfungsi:

covid 19 jarak sosial

Setiap individu memakai topeng muka apabila keluar, dan jumlah ujian saringan di sana juga antara yang tertinggi!

Jarak sosial COVID 19 adalah kunci ratakan graf

Walaupun kes baharu di Malaysia semakin menurun, selagi nilai RO melebihi angka 1, masih awal untuk kita bergembira.

Untuk mengawal penularan virus ini, kerjasama dari rakyat memainkan peranan.

Pasti anda sudah jelas bagaimana jarak sosial COVID 19 berjaya meratakan graf penularan, kan?

penawar virus corona

Sekarang dengan terlaksananya PKPB, jangan terus leka. Ambil pengajaran dari kejadian terdahulu.

Ingat peristiwa wabak selesema Sepanyol yang pernah melanda dunia dulu?

Lepas gelombang pertama semakin berkurang, semua individu meraikan kejayaan tersebut. Sekali, datang pula gelombang kedua dan ketiga yang lebih parah!

Kesannya, 500 juta kes didiagnos, dan lebih 50 juta pesakit maut.

Selain jarak sosial COVID 19, apa cara mencegah Coronavirus ketika PKPB?

Jangan sia-siakan usaha kerajaan dalam meratakan graf penularan jangkitan.

Kini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, lagilah bukan masanya untuk kita ambil ringan arahan pihak berkuasa.

PKPB boleh menyebabkan wujudnya kluster baharu.

Mereka di zon hijau masih ada risiko sama dengan mereka di zon merah jika tiada langkah pencegahan diambil.

WHO mengeluarkan saranan bagi merendahkan risiko jangkitan sepanjang tempoh PKP, seperti:

  1. Cuci tangan dengan air dan sabun. Jika tiada, guna hand sanitiser dengan sekurang-kurangnya 60% alkohol.
  2. Jaga jarak sosial sebanyak 1 meter atau lebih dari individu lain.
  3. Aktiviti dalam skala besar seperti perhimpunan, parti dan sebagainya adalah dihalang sehingga tahun hadapan. Tempat sesak antara medium penyebaran.
  4. Manusia menyentuh muka dengan purata 16 kali sejam. Elak berbuat demikian dan cuci tangan sekerap mungkin.
  5. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul ketika bersosial dengan orang lain.
  6. Jika bergejala, duduk rumah dan kuarantin diri sendiri.
  7. Jika sesak nafas, hubungi talian COVID-19 dan bergegas ke hospital mengikut arahan yang diberi.
  8. Pastikan anda membaca maklumat berkaitan COVID-19 daripada sumber yang boleh dipercayai seperti WHO dan KKM. Jangan mudah terikut-ikut tabiat “copy-paste” dan menyebarkannya melalui laman sosial anda.

Semak artikel 2 kami yang membincangkan kenapa anda harus pandang serius tentang kontak rapat dengan orang lain, kerana ia punca mimpi ngeri ini bermula.

Turut tak dilupa artikel 1 dalam siri ini tentang kisah menarik kes import di Malaysia yang anda tak pernah tahu.

Sambungan siri COVID-19 di Malaysia dari pasukan Hello Doktor:

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Taiwan has only 77 coronavirus cases. Its response to the crisis shows that swift action and widespread healthcare can prevent an outbreak. (https://www.businessinsider.my/coronavirus-taiwan-case-study-rapid-response-containment-2020-3?r=US&IR=T). Diakses pada 6 Mei 2020.
  2. How Taiwan Battles the Coronavirus. (https://thediplomat.com/2020/04/how-taiwan-battles-the-coronavirus/). Diakses pada 6 Mei 2020.
  3. How New Zealand’s ‘eliminate’ strategy brought new coronavirus cases down to zero. (https://www.cnbc.com/2020/05/05/how-new-zealand-brought-new-coronavirus-cases-down-to-zero.html). Diakses pada 6 Mei 2020.
  4. Combating COVID-19: Lessons from South Korea. (https://www.brookings.edu/blog/techtank/2020/04/13/combating-covid-19-lessons-from-south-korea/). Diakses pada 6 Mei 2020.
  5. First person: South Korea’s COVID-19 success story. (https://news.un.org/en/story/2020/05/1063112). Diakses pada 6 Mei 2020.
  6. Korea COVID-19 statistic. (http://ncov.mohw.go.kr/en/). Diakses pada 6 Mei 2020.
  7. Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. (https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public). Diakses pada 6 Mei 2020.
Gambar penulis
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli pada 14/05/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
x