Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Walaupun tiada pernyataan rasmi berkenaan dengan kecenderungan virus novel korona untuk menjangkiti jantina tertentu, kajian mendapati bahawa lelaki mungkin menjadi sasaran kegemaran virus novel korona.
Sehingga kini (21 Februari 2020), wabak virus tersebut telah menjangkiti lebih daripada 70,000 individu di seluruh dunia dan menyebabkan lebih daripada 2,000 kes kematian. Saintis bukan sahaja giat mencari punca dan rawatan, mereka juga mengkaji faktor yang menyebabkan seseorang itu mudah untuk mendapat jangkitan.
Di Malaysia pula, berikut adalah statistiknya:
Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kajian yang dijalankan di Wuhan oleh The Novel Coronavirus Pneumonia Emergency Response Epidemiology Team melibatkan 44,000 kes positif wabak telah menunjukkan bahawa lelaki bukan sahaja merupakan populasi majoriti yang dijangkiti oleh virus novel korona, malah kadar kematiannya tinggi (2.8%) berbanding dengan wanita (1.7%).
Artikel berkaitan:
Dapatan tersebut turut disokong oleh kajian lain yang turut mendapati bahawa risiko lelaki untuk dijangkiti oleh virus novel korona adalah jauh lebih tinggi berbanding wanita. Perkara ini mencetuskan perasaan ingin tahu dalam kalangan ahli akademik berkenaan dengan punca perkara ini berlaku.
Adakah hormon atau faktor biologi yang lain membuatkan lelaki lebih cenderung untuk mendapat jangkitan virus berbanding wanita? Salah satu daripada faktor yang dikaitkan dengan diagnosis jangkitan adalah penyakit kronik seperti hipertensi, kencing manis, masalah jantung dan kanser.
Untuk memahami dengan lebih mudah bagaimana virus korona boleh menyebabkan anda sakit, video ini ada jawapannya.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/
Walaupun wanita mempunyai risiko yang hampir sama tinggi atau lebih tinggi berbanding lelaki untuk mendapat penyakit kronik selepas menopaus, namun lelaki lebih cenderung untuk mendapat masalah hipertensi berbanding wanita.
Di Amerika Syarikat, peratusan lelaki dengan masalah hipertensi berada pada angka 33 manakala wanita hanya pada angka 30.7. Corak yang sama juga boleh dilihat pada masalah diabetes. Kecenderungan untuk mendapat kencing manis menyebabkan individu tersebut berisiko untuk mendapat jangkitan.
Mereka yang didiagnosis dengan penyakit kronik tersebut kebiasaannya mempunyai sistem pertahanan badan lemah, sama seperti penyakit jantung, kanser atau individu yang sedang mendapatkan rawatan kanser.
Oleh sebab lelaki masih merupakan golongan yang memegang angka tertinggi dalam senarai penyakit kronik tersebut, mereka dianggap sebagai lebih berisiko berbanding wanita untuk mendapat jangkitan virus novel korona.
Virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV) mempunyai banyak persamaan dengan virus novel korona yang kian menular ketika ini. Malah, sebelum panggilan COVID-19 dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus novel korona digelar sebagai SARS-CoV-2 oleh segelintir ahli akademik.
Oleh sebab jangkitan virus novel masih lagi dikira baharu dan tidak mempunyai banyak maklumat, kebanyakan tanggapan yang dibuat sebelum menjalankan kajian berasal daripada maklumat yang dikumpul semasa wabak SARS pada tahun 2003.
Artikel berkaitan:
Seperti virus novel korona, wabak SARS juga disyaki berpunca daripada pengambilan makanan eksotik, musang yang dijual di pasar China. Manusia tak pernah serik kan?!
Berikut adalah perbezaan antara virus influenza biasa dan virus korona agar anda dapat memahaminya dengan lebih baik.
Ia mempunyai maklumat genetik yang hampir sama dengan virus novel korona dan menjangkiti lebih ramai lelaki berbanding wanita. Kajian terhadap tikus yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Universiti Iowa telah menunjukkan bahawa tikus jantan lebih mudah mendapat jangkitan berbanding dengan tikus betina.
Dapatan tersebut tidak semestinya boleh menggambarkan apa yang bakal terjadi pada manusia namun banyak kajian lain turut membuktikan kelemahan kaum Adam dalam menghadapi wabak virus.
Maklumat genetik yang terdapat pada kromosom X atau hormon estrogen atau kedua-duanya boleh memainkan peranan penting dalam menghindari jangkitan wabak virus novel korona.
Walaupun dapatan kajian mengatakan lelaki lebih berisiko, ini tidak bermakna wanita boleh mengambil ringan akan isu ini.
Virus novel korona tidak memilih untuk menjangkiti individu. Sesiapa yang tidak mengambil langkah pencegahan berisiko untuk dijangkiti.
Oleh sebab mereka yang mengalami penyakit kronik mudah untuk mendapat jangkitan ini, mereka digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada simptom selesema.
Artikel berkaitan:
Ini berikutan, mereka yang mempunyai latar belakang kesihatan sedemikian berisiko untuk mendapat komplikasi wabak seterusnya meningkatkan kadar kematian pesakit.
Penjelasan berkenaan mengapa seseorang individu itu mendapat jangkitan tidak semestinya kompleks. Mungkin jantina memainkan peranan dalam menentukan risiko mendapat jangkitan, namun, tidak dapat dinafikan bahawa banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu dijangkiti.
Artikel berkaitan:
Sebagai contoh, merokok. Menurut Michael Ryan, Pengarah Eksekutif Program Kesihatan Kecemasan yang diselia oleh WHO, merokok merupakan hipotesis yang terbaik dalam menerangkan kenapa lelaki lebih ramai dijangkiti oleh wabak virus novel korona.
Satu kaji selidik nasional berkenaan dengan tabiat merokok di China mendapati bahawa 62% lelaki pernah/ masih merokok berbanding dengan wanita yang hanya merangkumi 3%. Tabiat merokok itu sendiri merupakan faktor risiko bagi jangkitan paru-paru.
Pernyataan tersebut disokong oleh Saskia Popescu, seorang Ahli Epidemiologi dari Arizona. Merokok memang boleh meningkatkan risiko individu untuk mendapat jangkitan virus novel korona.
Jika dilihat sendiri pada fasa awal jangkitan, kebanyakan pesakit adalah lelaki. Namun data yang diberikan pada waktu itu tidak semestinya tepat.
Ini berikutan simptom wabak yang sama seperti masalah selesema yang lain menyebabkan ramai individu tidak melakukan pemeriksaan awal.
[mc4wp_form id=”115319″]
Walaupun kajian menunjukkan lelaki lebih berisiko berbanding wanita untuk mendapat jangkitan virus novel korona, tapi ia tidak bermakna wanita tidak perlu berhati-hati.
Langkah berjaga-jaga seperti membasuh tangan, memakai topeng jika sakit dan berada pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter perlu bagi melindungi diri anda daripada jangkitan.
#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
TIDAK SERIK! Daging Kelawar Masih Dijual Di Pasar Sulawesi
MENGEJUTKAN! Virus Korona Boleh Merebak Melalui Udara?
Oh! Ini Rupanya Punca COVID-19 Merebak Dengan Cepat
Boleh Ke Virus Corona Merebak Melalui Barang Import Order Online?
Kenapa Nama Virus Korona Baharu Ditukar Kepada COVID-19?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen