Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

GEMPAR! Kes Pertama Virus Korona Baharu Mula Babitkan Rakyat Malaysia

GEMPAR! Kes Pertama Virus Korona Baharu Mula Babitkan Rakyat Malaysia

Jumlah mereka yang telah dijangkiti oleh virus korona baharu hampir mencecah 25,000 pada 5 Februari 2020.

Jika anda menganggap Malaysia selamat daripada wabak tersebut, semalam (4 Februari 2020), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan 2 kes baru, salah satunya merupakan warganegara Malaysia yang pernah bekerja di Singapura baru-baru ini.

Virus korona baharu di Malaysia – Pesakit masih lagi stabil

Persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 41 tahun di Singapura itu bertukar menjadi tragedi apabila dia didiagnosis dengan jangkitan virus korona baharu.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lelaki tersebut telah menghadiri persidangan pada 16 Januari sehingga 23 Januari 2020 lalu, melibatkan delegasi dari negara-negara lain termasuklah China.

Setelah pulang ke Malaysia, 6 hari kemudiannya, lelaki itu telah mengalami simptom batuk dan demam. Dia telah mendapatkan rawatan kesihatan dari sebuah hospital swasta, namun dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020.

Lelaki tersebut sedang dipantau dalam wad pengasingan dan kini berada dalam keadaan stabil. Setakat ini, Malaysia mempunyai 10 individu yang positif virus korona baharu.

Bagaimana individu tersebut boleh terkena jangkitan virus korona baharu?

virus korona baharu

Bukan mudah untuk kita hadkan interaksi sosial dengan individu lain. Ramai di kalangan kita perlu berinteraksi dengan individu lain atas urusan kerja atau memenuhi kehendak sosial.

Tidak salah untuk kita berjumpa dan bergaul dengan rakan, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak jangkitan virus korona baharu.

Oleh sebab simptom yang dialami oleh mereka yang dijangkiti virus korona baharu sama dengan jangkitan selesema yang lain, mustahil untuk kita tahu virus apakah yang menjadi penyebabnya.

Oleh itu, gunalah topeng muka, basuh tangan secara kerap dan hanya pergi ke tempat awam sekiranya perlu sahaja.

Persidangan yang dihadiri oleh lelaki berusia 41 tahun itu merupakan contoh yang baik. Ramai delegasi dari luar negara, terutamanya dari China, yang tidak diketahui jika mereka membawa virus korona baharu, hadir ke persidangan tersebut.

Mereka yang dijangkiti kadangkala tidak menunjukkan simptom. Sebagai contoh, jangkitan virus influenza yang pernah menjadi topik hangat sebelum wabak virus korona bermula.

Mereka yang dijangkiti, boleh menyebarkan virus tersebut sehari sebelum bermulanya simptom. Keadaan ini membuatkan setiap individu yang menyertai persidangan tersebut terdedah untuk mendapat jangkitan virus korona baharu.

Walau bagaimanapun, persidangan itu bukanlah satu-satunya faktor risiko yang ada. Sepanjang tempoh tersebut, penulis yakin, lelaki itu pasti ada mengunjungi tempat awam seperti restoran, tempat menarik di Singapura dan pusat membeli-belah.

Tempat-tempat sedemikian meningkatkan risiko jangkitan virus korona baharu jika tiada langkah pencegahan diambil.

Angka kematian virus korona baharu meningkat

Walaupun risiko kematian jangkitan virus korona baharu tidak seagresif wabak virus korona SARS (sindrom pernafasan akut teruk) dan MERS (sindrom pernafasan timur tengah), namun angka kematian meningkat hari demi hari.

Perkara ini agak membimbangkan berikutan wabak virus korona baharu seperti tidak berkesudahan. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa China, namun, jangkitan tersebut masih tersebar ke negara lain.

Di Malaysia, 9 daripada 10 kes positif melibatkan pelancong dari negara China. Setakat ini masih tiada penyebaran virus yang berlaku dalam kalangan penduduk tempatan. Semua kes melibatkan jangkitan import (jangkitan berasal dari negara lain).

Di Singapura, terdapat beberapa kes yang melibatkan jangkitan di antara penduduk tempatan. Jika tiada langkah pencegahan diambil, jangkitan tersebut boleh menular menyebabkan lebih ramai individu terjangkit.

Ambil langkah berjaga-jaga, elakkan wabak virus korona baharu

basuh tangan

Bagi menghindarkan diri daripada jangkitan virus korona baharu, beberapa langkah boleh diambil. Contohnya:

  • Basuh tangan menggunakan air dan sabun secara kerap. Pastikan anda membawa hand sanitizer yang mengandungi kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%. Ia boleh digunakan pada situasi ketika tiada air dan sabun
  • Jika tangan anda kotor, jangan gunakan sanitizer. Gunakan air dan sabun dan elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut sebelum anda basuh tangan
  • Amalkan etika bersin/ batuk yang betul. Pakai topeng muka bagi mengurangkan risiko penyebaran virus atau jangkitan daripada orang lain
  • Topeng muka yang boleh digunakan adalah surgical mask yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan. Oleh sebab virus korona baharu boleh merebak melalui titisan air (bersin, batuk), surgical mask sudah memadai
  • Pastikan anda membuang tisu yang digunakan selepas bersin atau batuk
  • Jika anda baru pulang dari kota Wuhan, dapatkan pemeriksaan kesihatan atau rehat di rumah untuk tempoh 14 hari
  • Elakkan daripada berlegar-legar di kawasan keramaian

Sembuh daripada jangkitan virus korona baharu

Ada ke yang dah sembuh daripada jangkitan virus korona baharu? Masih ingatkah anda cerita berkenaan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dijangkiti oleh virus tersebut di Langkawi?

Pemeriksaan makmal terhadap sampel klinikal kanak-kanak tersebut menunjukkan keputusan negatif baru-baru ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan kes tersebut dan ini merupakan kes pertama di Malaysia yang sembuh daripada jangkitan virus korona baharu.

Ura-ura yang mengatakan penyakit ini pasti membawa maut adalah tidak benar. Seperti jangkitan selesema yang lain, rawatan simptom yang diberikan dapat membantu individu untuk sembuh.

Kebanyakan pesakit di China juga sedang beransur-ansur sembuh. Berbanding dengan SARS dan MERS, jangkitan virus korona baharu boleh dikatakan ringan dan tidak begitu teruk.

Konklusi

Walaupun Malaysia sudah mempunyai satu kes positif dalam kalangan warganegara, usah terlalu bimbang dan jangan buat spekulasi yang tidak berlandaskan bukti.

Pihak kerajaan sedang berusaha memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang dijangkiti dan mengambil langkah bagi mengelakkan kes positif daripada terus meningkat.

Pastikan anda mengambil langkah selamat dalam menghadapi wabak virus korona baharu yang kian meningkat ini.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Kes pertama 2019-nCov babitkan rakyat Malaysia. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/652501/kes-pertama-2019-ncov-babitkan-rakyat-malaysia). Diakses pada 5 Februari 2020.
  2. Coronavirus Live Updates: As Death Toll Rises, More Americans Are Heading Home. (https://www.nytimes.com/2020/02/04/world/asia/coronavirus-china.html). Diakses pada 5 Februari 2020.
  3. Coronavirus: Malaysian man who travelled to Singapore for work among infected. (https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/05/two-more-cases-reported). Diakses pada 5 Februari 2020.
  4. Malaysia confirms first citizen case of novel coronavirus; man was in Singapore for meeting attended by Chinese delegates. (https://www.channelnewsasia.com/news/asia/wuhan-coronavirus-malaysia-first-citizen-case-malaysian-12389728). Diakses pada 5 Februari 2020.
  5. Prevention and Treatment, CDC. (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/prevention-treatment.html). Diakses pada 5 Februari 2020.
  6. Budak positif coronavirus sudah sihat, kes pertama pulih di Malaysia. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/652654/budak-positif-coronavirus-sudah-sihat-kes-pertama-pulih-di-malaysia?fbclid=IwAR3fBbSge-lOnYy0aMEZ9EorjXV0BW4tRYYe27GAt7H9HwtVJqRXYf4si_w). Diakses pada 5 Februari 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 05/02/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor