
Sesetengah orang mungkin sukar menjalani puasa, terutama yang mengalami masalah kesihatan. Menahan lapar dan dahagalebih kurang 13 jam kadang-kadang tidak mudah. Anda mungkin boleh mengalami keletihan, pening, sakit kepala, ingin pengsan, bahkan vertigo semasa puasa. Apa yang menyebabkan vertigo semasa puasa?
Apa itu vertigo?
Vertigo adalah rasa tidak seimbang, sehingga anda merasa seperti sedang berputar atau sekeliling anda terasa berputar dan anda merasa pening. Ia boleh menjadi sangat parah dan membuatkan anda sukar melakukan aktiviti seharian. Umumnya, vertigo terjadi pada individu yang sudah berusia 65 tahun ke atas, namun boleh juga terjadi tanpa mengira usia.
Vertigo boleh muncul tiba-tiba dan berlaku beberapa saatu atau lebih lama. Ketika anda mengalami vertigo, anda akan merasakan kehilangan keseimbangan (membuatkan sukar untuk berdiri atau berjalan), merasa sakit, dan pening.
Apakah punca vertigo semasa puasa?
Vertigo berlaku disebabkan gangguan keseimbangan dalam tubuh anda, yang bergantung pada berbagai bahagian sistem deria, seperti mata, saraf deria, dan bahagian dalam telinga. Gangguan pada dalam telinga membuatkan otak menerima isyarat dari dalam telinga yang tidak sesuai dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Sehingga, otak anda mengalami kebingungan, dan anda merasa pening serta tidak seimbang.
Semasa puasa, beberapa perkara boleh menjadi punca anda mengalami vertigo, iaitu:
- Migrain. Migrain atau sakit sebelah kepala semasa puasa menyebabkan anda mengalami vertigo, walaupun migrain yang anda rasakan tidak terlalu teruk. Migrain ini disebabkan oleh kebisingan atau sensitif terhadap cahaya. Vertigo yang anda rasakan boleh berlaku beberapa minit atau lebih lama.
- Peredaran darah yang lemah. Keadaan ini membuatkan jantung anda tidak cukup mengepam darah sampai ke otak atau bahagian dalam telinga, sehingga anda berasa pening, ingin pengsan, dan tidak seimbang (vertigo).
- Tekanan darah rendah. Keadaan ini juga menyebabkan aliran darah dari jantung ke otak dan bahagian dalam telinga tersekat, sehingga anda mengalami pening, lemas, dan vertigo semasa puasa. Biasanya, anda mengalami keadaan ini jika berdiri terlalu cepat dari duduk atau berbaring.
- Gula darah rendah. Semasa puasa, gula dalam darah berkurangan kerana tiada pengambilan makanan ke dalam badan anda. Ini membuatkan anda berasa lemas, letih, dan pening. Ia juga boleh menyebabkan vertigo anda berulang.
- Dehidrasi. Kekurangan cecair atau dehidrasi biasanya berlaku semasa berpuasa apabila jumlah cecair yang anda minum kurang daripada jumlah cecair yang keluar daripada badan anda. Ini membuatkan anda berasa pening, lemas dan juga penat, mendorong kepada vertigo.
Bagaimana mencegah vertigo semasa puasa?
Terdapat beberapa perkara yang boleh nda lakukan untuk mencegah vertigo berulang semasa puasa atau untuk membantu meringankan simptom vertigo, iaitu:
- Lakukan senaman ringan.
- Tidur dengan kepala sedikit terangkat. Anda boleh menambah dua atau lebih bantal di bawah kepala sehingga posisi kepala anda lebih tinggi dari badan.
- Bangun dari duduk atau tidur dengan perlahan. Duduk beberapa minit sebelum anda berdiri dari tempat tidur.
- Elakkan membongkok untuk mengambil barang.
- Elakkan mendongak tinggi, seperti ingin mengambil barang di rak yang tinggi.
- Gerakkan kepala anda secara perlahan semasa bergerak.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.