Adakah anda kerap mengalami rasa sakit tapak tangan, kebas dan seakan-akan rasa renjatan di bahagian berhampiran dengan pergelangan tangan, yang kemudiannya merebak ke bahagian jari-jemari?
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
Adakah anda kerap mengalami rasa sakit tapak tangan, kebas dan seakan-akan rasa renjatan di bahagian berhampiran dengan pergelangan tangan, yang kemudiannya merebak ke bahagian jari-jemari?
Jika anda jawab ‘YA’, besar kemungkinannya anda sedang mengalami sindrom Carpal Tunnel.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman sila dapatkannya di sini.
Sindrom Carpal Tunnel merujuk kepada himpunan simptom dan tanda yang berlaku apabila saraf Median mengalami tekanan, himpitan atau kompresi apabila ianya melalui terowong Carpal (Carpal Tunnel).
Carpal Tunnel adalah struktur anatomi, berbentuk satu laluan, mirip terowong, yang sempit di kawasan tulang-tulang Metacarpal yang menjadi laluan beberapa tendon dan juga saraf Median.
Saraf Median adalah saraf yang membekalkan keupayaan motor (otot) dan juga deria (sensasi) kepada bahagian permukaan lateral tapak tangan dan bahagian jari-jari lateral.
Justeru, apabila saraf Median ini mengalami tekanan, himpitan atau kompresi di dalam terowong ini, bahagian otot dan juga kawasan yang menerima bekalan deria dan motor daripada saraf ini akan terjejas, menjadi punca sakit tapak tangan dan mengembangkan simptom seperti:
Tekanan di dalam terowong Carpal dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Antaranya adalah pergerakan pergelangan (fleksi dan extensi) tangan yang kerap dan berulang , dan juga mereka yang melakukan aktiviti yang kerap memberi tekanan kepada tapak tangan khususnya di bahagian tulang carpal.
Pekerjaan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini antaranya adalah:
Keadaan yang membawa kepada pengumpulan cecair dalam badan juga boleh menyebabkan wujud rasa sakit tapak tangan dan akhirnya mengembangkan sindrom ini.
Contoh keadaan tersebut adalah penyakit tiroid, masalah buah pinggang, obesiti, kencing manis, menopaus dan juga ibu mengandung.
Namun yang demikian, sindrom Carpal Tunnel yang berlaku ketika hamil lazimnya akan hilang selepas bersalin kerana perubahan hormon dan pengumpulan cecair badan akan kembali normal selepas itu.
Baca juga:
Selain itu, wanita juga lebih cenderung untuk menghidap penyakit ini berbanding lelaki.
Penyakit sendi seperti Reumatoid Atritis dan juga kecederaan terhadap kawasan terowong Carpal turut berupaya untuk menyumbang kepada keterjadian sindrom ini.
Sekiranya anda mengalami sakit tapak tangan bersama simptom yang dikongsikan , dan anda khuatir ianya mungkin sindrom Carpal Tunnel, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mendapatkan kepastian diagnosis dan juga rawatan awal.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Dr. Shelby
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen