backup og meta

Masalah Keintiman Wanita Berulang? Pelajari Tentang Isu Ini & Tip Mencegahnya!

Faraj anda mengalami kegatalan dan ada keputihan berbau lebih-lebih lagi selepas melakukan hubungan intim? Itu salah satu tanda Miss V bermasalah

Perkara inilah yang membawa kepada pertumbuhan bakteria dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit dan tanda jangkitan kuman pada faraj seperti di bawah

Tetapi apakah sebenarnya masalah faraj yang mungkin anda hadapi?

Kami akan kongsikan beberapa tanda Miss V bermasalah dan cara mencegah Miss V gatal berserta rawatan untuk faraj anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini. 

Bagaimana ciri Miss V yang sihat?

Sebelum mengetahui tanda Miss V bermasalah, mari ketahui dan kenali bagaimana ciri Miss V yang sihat. 

Tahap pH faraj yang sihat harus di antara 3.8-4.4 dan sedikit berasid. 

Faraj yang sihat juga mempunyai lebih bakteria Lactobacillus, dan akan menghasilkan tahap asid laktik yang tinggi. 

Kajian mendapati bakteria ini akan menjadikan faraj berasid, yang penting dalam membantu mencegah kondisi seperti bacterial vaginosis (BV)1.

Dalam pada itu, jangkitan bakteria ini juga lebih mudah terjadi terutama jika wanita itu aktif melakukan hubungan seksual dengan pasangan. 

Kenapa? Ini kerana air mani yang keluar dari alat kelamin anda dan pasangan bersifat alkali yang boleh mengubah tahap pH faraj anda dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dan mengurangkan perlindungan kepada faraj

Peduli kesihatan Miss V

Bagi kaum Hawa, penjagaan miss v amat penting kerana ia memainkan peranan sebagai menyalurkan darah haid, melakukan hubungan seksual dan semasa mengandung dan melahirkan anak.

Fakta penting anda perlu tahu bahawa, faraj menjadi ‘tuan rumah’ kepada pelbagai bakteria yang menjadikannya sihat2

Organisma kecil ini wujud bersama dalam ekosistem yang dipanggil mikrobiom atau flora faraj anda2

Apabila anda mempunyai keseimbangan yang betul terutamanya bakteria  Lactobacillus, faraj anda bebas jangkitan2

Hal ini kerana, ketidakseimbangan bakteria atau pertumbuhan kulat yang berlebihan boleh menyebabkan jangkitan.

Tanda Miss V bermasalah

Terdapat pelbagai jenis jangkitan kuman pada faraj yang boleh terjadi kepada seseorang wanita, bermula daripada jangkitan ringan seperti jangkitan yis atau kondisi faraj lebih parah gejalanya seperti pelbagai jenis penyakit kelamin.

Ayuh ketahui 8 jenis penyakit dan tanda jangkitan kuman pada faraj yang cenderung dialami kebanyakan wanita.

1. Vaginitis

Vaginitis merujuk kepada kerengsaan dan keradangan pada faraj.

Kebiasaannya, faraj yang sihat dan normal mempunyai tahap keseimbangan antara bakteria dan yis yang baik3

Tetapi jika wujud ketidakseimbangan, anda boleh mengalami rasa tidak selesa bersama bau kurang menyenangkan3.

Tanda Miss V  bermasalah boleh terjadi disebabkan oleh beberapa punca seperti kegatalan pada Miss V yang menjadi punca keradangan mengakibatkan faraj bertindak balas secara tidak normal.

2. Bakteria Vaginosis

tanda miss v bermasalah
Vaginosis bakteria merupakan jangkitan yang paling kerap dialami kaum Hawa.

Vaginosis bakteria atau BV merupakan jangkitan yang paling kerap dialami disebabkan pertumbuhan bakteria berlebihan dalam faraj3.

Antara simptom yang boleh terjadi adalah keputihan berwarna kelabu atau putih yang berbau hanyir3.

Jangkitan BV akan menyebabkan Miss V gatal, kesakitan atau kerengsaan faraj.

Jangkitan ini berlaku apabila terdapat perubahan pada keadaan normal faraj. Ia adalah jangkitan aktif seksual – risiko meningkat bagi individu yang kerap bertukar pasangan4

Faktor lain yang meningkatkan risiko untuk BV adalah penggunaan produk kebersihan faraj, alat kontraseptif IUD dan merokok.

3.Trikomoniasis

Trikomoniasis adalah jangkitan kelamin disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Trikomonas vaginalis5. Ia merupakan tanda jangkitan kuman pada faraj. 

Antara simptomnya, ia boleh menyebabkan masalah keputihan berwarna putih atau kekuningan berbau busuk, kesakitan dan kegatalan sekitar vulva serta rasa sakit semasa membuang air kecil5.

Hal ini kerana, jangkitan yang tidak dirawat boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan reproduktif.

4. Gonorrhea

Gonorrhea merupakan jangkitan kelamin yang terjadi disebabkan bakteria. 

Simptom seperti biasanya akan muncul dalam tempoh 2 ke 10 hari selepas dijangkiti, seperti keputihan yang banyak, rasa sakit pada bahagian bawah perut serta pendarahan antara tempoh haid6

Sekiranya tidak dirawat, gonorrhea boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kemandulan dan kesakitan pelvis kronik akibat penyakit radang pelvis (PID) 6 7

5. Klamidia

Seorang wanita boleh mengalami klamidia disebabkan jangkitan bakteria.

Antara simptom yang ada, anda boleh mengalami keputihan yang banyak, pendarahan antara haid atau selepas hubungan seks8.

Di samping itu, gejala lain yang boleh terjadi adalah rasa sakit semasa bersama pasangan atau ketika kencing8.

Membiarkan klamidia tanpa rawatan sewajarnya boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kemandulan, kesakitan pelvis kronik kesan penyakit radang pelvis dan masalah semasa mengandung9.

6. Keadaan faraj dijangkiti yis

Jangkitan yis ini boleh menyebabkan rasa gatal, sakit dan kerengsaan di sekitar vulva10.

Untuk mengetahui tanda jangkitan kuman pada faraj berlaku, anda mungkin mengalami keputihan tebal dan putih, seperti keju kotej, selain boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks atau kencing.

Terdapat faktor-faktor yang boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalami jangkitan kulat seperti kehamilan, mengalami diabetes dan pengambilan sesetengah jenis antibiotik10.

Penggunaan sabun, gel mandi atau produk kebersihan intim, pakaian ketat serta hubungan seksual juga menjadi antara punca kondisi ini.

7. Human Papillomavirus

Keadaan faraj dengan jangkitan Human Papillomavirus atau HPV ini akan mengalami ketuat pada alat kelamin atau kulit di sekitarnya. Ia biasa menular melalui hubungan seksual.

Ketuat tersebut menyerupai ketulan kecil dalam atau sekitar vulva, faraj mahupun dubur yang memicukan rasa sakit dan kegatalan atau pendarahan11.

Ketuat ini hanya boleh dikeluarkan melalui penggunaan krim, laser atau pembedahan.

8. Herpes genital 

Antara tanda jangkitan kuman pada faraj yang lain ialah Herpes genital. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh virus herpes simplex yang menular melalui hubungan seksual. 

Antara gejala yang boleh terjadi adalah lepuh (blister) menyakitkan sekitar alat kelamin, sakit kepala dan demam.

Lepuh yang terjadi boleh sembuh namun virusnya tidak dapat disingkirkan dan berisiko untuk menyerang kembali!

Banyak faktor boleh memicu keradangan jangkitan ini seperti jatuh sakit, tekanan, tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

Ubati tanda Miss V bermasalah dengan cara ini

Anda boleh merawat jangkitan yang berlaku dengan ubat topikal dan oral.

Ubat jangkitan kuman pada faraj ini meliputi pil, krim, gel dan pessari. 

Miss V yang gatal mengambil masa beberapa hari untuk pulih daripada ketidakselesaan dan simptom yang anda alami. Hal ini kerana, walaupun antibiotik digunakan untuk melawan jangkitan yang berlaku, tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai penyelesaian jangka masa panjang. 

Menurut Mayo Clinic, bakteria dapat membina daya tahan terhadap antibiotik dan ianya adalah normal dan dijangka12

Tetapi, penggunaan antibiotik mempengaruhi seberapa cepat dan sejauh mana rintangan berlaku.

3 Tips harian untuk atasi tanda Miss V gatal dan tidak selesa

tanda miss v bermasalah
Pemilihan seluar yang betul penting untuk Miss V anda.

1. Pakai pakaian dalam yang longgar dan telap udara

Pakaian dalam yang longgar dan selesa dapat membuatkan faraj anda ‘bernafas’. 

Anda digalakkan membeli material cotton kerana lebih selesa dan serap peluh untuk mengelakkan Miss V gatal 13

2. Elakkan menggunakan sabun yang wangi atau kuat semasa membersihkan faraj

Anda hanya perlu membersihkan bahagian vulva bukan faraj. Hal ini kerana, faraj boleh menjalankan fungsi pembersihan secara semula jadi. 

Oleh sebab itulah, elakkan daripada menggunakan sabun yang wangi atau kuat semasa membersihkan faraj kerana ia boleh mengganggu tahap pH vagina flora anda. 

Jika tidak, ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria13.

3. Gunakan asid laktik untuk membantu mengimbangi faraj anda.

Kajian saintifik O’Hanlon et al (2013) telah menunjukkan bahawa asid laktik secara semula jadi telah berlaku dalam faraj pesakit yang sihat yang didominasi oleh bakteria Lactobacilli14.

Ini menunjukkan bahawa asid laktik berupaya untuk memberikan kesan positif kepada faraj seperti imunomodulator aktiviti, keupayaan untuk bertahan dan menentang bakteria lain, ‘bersama-sama’ dengan antibiotik untuk membantu merawat infeksi bakteria seperti BV dan mengelak jangkitan berulang15

Kesimpulan 

Para wanita di luar sana, penting untuk anda merawat dan mencegah tanda Miss V bermasalah agar ia tidak berulang untuk mengelakkan komplikasi. Dapatkan pandangan doktor atau ahli farmasi untuk dapatkan kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tachedjian, G., Aldunate, M., Bradshaw, C. S., & Cone, R. A. (2017). The role of lactic acid production by probiotic Lactobacillus species in vaginal health. Research in microbiology, 168(9-10), 782–792. https://doi.org/10.1016/j.resmic.2017.04.001 
  2. Vagina https://my.clevelandclinic.org/health/body/22469-vagina Diakses 13 Mei 2025
  3. Tidbury, F.D., Langhart, A., Weidlinger, S. et al. Non-antibiotic treatment of bacterial vaginosis—a systematic review. Arch Gynecol Obstet 303, 37–45 (2021). https://doi.org/10.1007/s00404-020-05821-x 
  4. Female Genital Problems and Injuries. https://www.healthlinkbc.ca/healthwise/female-genital-problems-and-injuries, Diakses Mei 13 2025.
  5. Common vaginal infections. https://www.bupa.co.uk/health-information/womens-health/vaginal-infections, Diakses Mei 13 2025.
  6. What is gonorrhoea? https://www.bupa.co.uk/newsroom/ourviews/what-is-gonorrhoea Diakses Mei 13 2025.
  7. Pelvic Inflammatory Disease https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9129-pelvic-inflammatory-disease-pid Diakses Mei 13 2025.
  8. What is chlamydia? https://www.bupa.co.uk/newsroom/ourviews/chlamydia Diakses Mei 13 2025.
  9. Chlamydia https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4023-chlamydia Diakses Mei 13 2025.
  10. Vaginal Yeast Infections. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5019-yeast-infections, Diakses Mei 13 2025.
  11. Vaginal Diseases https://medlineplus.gov/vaginaldiseases.html . Diakses pada Mei 13 2025.
  12. Antibiotics: Are you misusing them? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/consumer-health/in-depth/antibiotics/art-20045720. Diakses Mei 13 2025.
  13. Think You Have a Vaginal Infection? Here’s What You Need to Know. https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/the-latest/think-you-have-a-vaginal-infection-heres-what-you-need-to-know .Diakses Mei 13 2025.
  14. O’Hanlon, D. E., Moench, T. R., & Cone, R. A. (2013). Vaginal pH and microbicidal lactic acid when lactobacilli dominate the microbiota. PloS one, 8(11), e80074. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0080074
  15. Lactic acid – the key to a healthy vagina https://www.jeanhailes.org.au/news/lactic-acid-key-to-a-healthy-vagina. Diakses Mei 13 2025.

Versi Terbaru

05/05/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya

Keliru Keputihan Faraj Sering Berubah? Semak Senarai Punca Ini Sekarang!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 05/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan