backup og meta

Rahim Jatuh, Kondisi Yang Akan Menjejaskan Kualiti Hidup Seorang Wanita!

Rahim Jatuh, Kondisi Yang Akan Menjejaskan Kualiti Hidup Seorang Wanita!

Apa itu rahim jatuh?

Apa itu rahim jatuh atau jatuh organ peranakan (anterior prolapse), juga dikenali sebagai sistosele (cystocele) yang berlaku apabila tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj wanita menjadi lemah dan membengkak, yang membolehkan pundi kencing tersembul masuk ke faraj.

Rahim jatuh ini juga dipanggil prolaps pundi kencing (prolapse bladder).

Apa risiko rahim jatuh?

Berdasarkan laporan kajian yang popular, lebih daripada 50 peratus (%) daripada multiparas (wanita yang telah melahirkan anak dua kali atau lebih) menderita apa itu rahim jatuh.

Dianggarkan risiko sepanjang hayat pembedahan untuk prolaps atau inkontinen adalah 11%, dengan satu daripada tiga pesakit yang memerlukan lebih daripada satu pembedahan.

Dan, teknik pembedahan klasik mempunyai kadar berulang tinggi yang mungkin antara 5 dan 40% untuk sistosele (cystosele).

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

Ini tanda tanda rahim jatuh

Dalam kes rahim jatuh yang ringan, anda mungkin tidak dapat melihat atau menyedari apa-apa tanda atau simptomnya.

apa itu rahim jatuh

Tetapi apabila tanda-tanda dan simptom apa itu rahim jatuh berlaku, ia mungkin termasuk:

  • Rasa penuh atau tekanan pada pelvis dan faraj anda
  • Peningkatan ketidakselesaan apabila anda meneran, batuk, mencangkung atau mengangkat barang
  • Berasa pundi kencing anda masih belum kosong selepas anda buang air kecil
  • Jangkitan pundi kencing yang berulang
  • Kepedihan atau kebocoran air kecil semasa melakukan hubungan seksual
  • Dalam kes-kes yang parah, bonjolan tisu yang menonjol melalui pembukaan faraj anda dan mungkin berasa seperti sedang duduk di atas sebiji telur

Apa punca rahim jatuh?

Kondisi rahim jatuh ini mungkin boleh terjadi dengan banyak sebab yang tersendiri.

Apa punca rahim jatuh yang pertama adalah angkara tekanan pada lantai pelvik. Ia terdiri daripada otot, ligamen dan tisu penghubung yang menyokong pundi kencing dan organ pelvik anda.

Hubungan antara otot lantai pelvik dan ligamen boleh menjadi lemah dari semasa ke semasa, akibat trauma dari melahirkan atau ketegangan kronik otot lantai pinggul ini.

Apabila keadaan ini berlaku, pundi kencing anda boleh turun lebih rendah daripada normal dan membonjol ke dalam faraj anda, iaitu apa itu rahim jatuh.

Wanita yang mengalami banyak kehamilan, kelahiran secara normal, atau mengalami proses bersalin yang lama atau sukar, berada pada risiko yang lebih tinggi.

Apa punca rahim jatuh yang lain lagi? Berikut merupakan sebab-sebab lain yang popular:

apa itu rahim jatuh

Faktor risiko rahim jatuh

Terdapat banyak faktor risiko yang boleh meningkatkan keadaan apa itu rahim jatuh iaitu:

  • Melahirkan anak. Wanita yang melahirkan seorang atau lebih anak secara normal mempunyai risiko rahim jatuh.
  • Penuaan. Risiko rahim jatuh akan meningkat seiring dengan umur anda. Ini terutamanya berlaku selepas menopaus, apabila pengeluaran estrogen tubuh anda, yang membantu mengekalkan lantai pelvis menjadi kuat menurun atau berkurang.
  • Histerektomi. Pembuangan rahim mungkin menyumbang kepada kelemahan pada sokongan lantai pelvis anda.
  • Genetik. Sesetengah wanita dilahirkan dengan tisu penghubung yang lemah, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada keadaan rahim jatuh.
  • Obesiti. Wanita yang berlebihan berat badan atau obesiti berisiko tinggi terhadap rahim jatuh.

Jenis-jenis prolaps

Terdapat 4 jenis prolaps apa itu rahim jatuh yang utama, iaitu:

  • Pundi kencing yang menonjol ke dinding depan faraj (prolaps anterior)
  • Rahim yang menonjol atau menggantung ke dalam faraj (prolaps uterus)
  • Bahagian atas faraj (vault) merosot (prolaps vault), ini berlaku kepada sesetengah wanita selepas mereka menjalani pembedahan untuk mengeluarkan rahim mereka
  • Usus membonjol ke hadapan dan belakang dinding faraj (posterior wall prolapse)

Ia mungkin mempunyai lebih daripada satu jenis ini pada masa yang sama.

Bagaimana mendiagnosis kondisi ini?

Keadaan ini boleh dikenal pasti dengan sejarah klinikal dan ujian pelvis. Pemeriksaan ini boleh dilakukan semasa anda berbaring, meneran, menekan, atau berdiri.

Penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mengukur betapa seriusnya prolaps dan bahagian-bahagian faraj yang jatuh.

Ujian dan imbasan lain juga boleh dilakukan untuk memeriksa lantai pelvis, seperti:

  • Sistoskopi
  • Ujian urodinamik
  • X-ray
  • Imbasan ultrabunyi
  • MRI

Bagaimana merawat kondisi ini?

Rawatan bergantung kepada sejauh mana keterukan prolaps anterior anda dan sama ada anda mempunyai sebarang keadaan lain yang berkaitan, seperti rahim yang masuk ke saluran vagina (prolaps uterus/prolaps posterior).

Bagi kes-kes apa itu rahim jatuh yang ringan, mereka yang mempunyai sedikit atau tiada simptom yang jelas biasanya tidak memerlukan rawatan.

apa itu rahim jatuh

Anda boleh memilih pendekatan tunggu dan lihat, dengan beberapa lawatan susulan kepada doktor anda untuk melihat jika prolaps anda semakin teruk, bersama dengan langkah penjagaan diri, seperti senaman yang menguatkan otot lantai pelvis anda.

Bilakah pembedahan diperlukan?

Jika anda mempunyai simptom yang ketara dan ketidakselesaan, rahim jatuh mungkin memerlukan pembedahan.

  • Bagaimana ia dilakukan? Selalunya, pembedahan dilakukan melalui faraj dan melibatkan mengangkat pundi kencing yang jatuh ke tempatnya, mengeluarkan tisu tambahan, dan mengetatkan otot serta ligamen lantai pelvis. Doktor anda boleh menggunakan graf tisu jenis khas untuk menguatkan tisu faraj dan meningkatkan sokongan jika tisu faraj anda kelihatan sangat nipis.
  • Jika anda mempunyai rahim jatuh. Doktor anda boleh mengesyorkan untuk mengeluarkan rahim (histerektomi) di samping membaiki otot lantai pelvis yang rosak, ligamen dan tisu lain.

Jika anda berfikir untuk hamil, doktor anda mungkin akan mengesyorkan agar anda melambatkan pembedahan sehingga selepas anda melahirkan anak.

Menggunakan pesari boleh membantu melegakan simptom anda dalam masa yang sama.

Manfaat pembedahan boleh bertahan selama bertahun-tahun, namun terdapat risiko berulang, yang mungkin bermakna pembedahan lain diperlukan pada masa hadapan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Outcome of Treatment of Anterior Vaginal Wall Prolapse and Stress Urinary Incontinence with Transobturator Tension-Free Vaginal Mesh (Prolift) and Concomitant Tension-Free Vaginal Tape-Obturator https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2610388/ Accessed on May 23, 2019.

Anterior prolapse (cystocele) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cystocele/symptoms-causes/syc-20369452 Accessed on May 23, 2019.

Pelvic organ prolapse https://www.nhs.uk/conditions/pelvic-organ-prolapse/ Accessed on May 23, 2019.

Anterior prolapse (cystocele) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cystocele/diagnosis-treatment/drc-20369457 Accessed on May 23, 2019.

Pelvic Prolapse: What to Expect at Home https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=zy1244 Accessed on May 23, 2019.

Prolapsed Bladder https://www.webmd.com/women/guide/prolapsed-bladder#1 Accessed on May 23, 2019.

Versi Terbaru

04/04/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Perlu Jalani Histerektomi? Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim!

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan