Jangkitan kuman pundi kencing boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Selain simptom pundi kencing sakit dan kerap kencing, ayuh kita fahami gejala lain yang boleh dialami mengikut usia dan jantina.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Jangkitan kuman pundi kencing boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Selain simptom pundi kencing sakit dan kerap kencing, ayuh kita fahami gejala lain yang boleh dialami mengikut usia dan jantina.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Jangkitan pundi kencing merupakan pecahan bagi masalah kencing kotor (UTI).
UTI boleh berkembang pada mana-mana bahagian saluran kencing termasuk ureter, uretra, pundi kencing dan buah pinggang. Jangkitan pundi kencing, mungkin dirujuk oleh doktor sebagai cystitis, adalah jenis UTI paling biasa terjadi.
Ia berlaku apabila bakteria masuk ke dalam saluran kencing dan menyebabkan kerengsaan pada bahagian tersebut. Bakteria biasanya datang daripada kulit atau rektum.
Gejala jangkitan ini pada kanak-kanak lebih sukar diperhatikan, kerana ia tidak spesifik. Selain itu, ada kalanya anak kecil mungkin tidak tahu cara untuk menyampaikan apa yang dirasai kepada ibu bapa mereka.
Beberapa gejala jangkitan pada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun termasuklah:
Dalam beberapa kes, demam mungkin satu-satunya gejala.
Untuk anak berumur lebih 2 tahun, simptom yang boleh dialami seperti:
Biasanya wanita dewasa lebih cenderung mengalaminya berbanding lelaki. Ini kerana uretra wanita lebih pendek dan bakteria tidak perlu ‘berjalan’ jauh untuk sampai ke pundi kencing bagi menyebabkan jangkitan.
Pada individu dewasa, gejala mungkin termasuk:
Baca juga:
Di samping simptom di atas, ada wanita yang mungkin mengalami sakit di atas tulang kemaluan.
Sesetengah lelaki mungkin akan mengalami rasa penuh pada rektum.
Bagi lelaki yang mengalami jangkitan ini secara berulang kali, mereka harus berjumpa pakar untuk menolak kemungkinan masalah prostatitis bakteria kronik – jangkitan pada prostat.
Jangkitan pada pundi kencing ini juga dikatakan perkara biasa semasa kehamilan disebabkan perubahan pada saluran kencing dan gejala yang dialami wanita hamil adalah sama dengan mereka yang tidak mengandung.
Namun ada juga wanita berbadan dua yang tidak mengalami simptom sehingga jangkitan ini berkembang menjadi jangkitan buah pinggang – pyelonephritis, boleh menyebabkan komplikasi.
Bagi mereka yang lebih tua dengan jangkitan pundi kencing ini mungkin akan mengalami simptom tipikal termasuklah pundi kencing sakit dan kerap kencing.
Tetapi gejala tidak spesifik yang boleh berkembang adalah:
Antibiotik ialah ubat yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Ia merupakan ubat yang biasa digunakan untuk merawat masalah jangkitan pundi kencing.
Antibiotik intravena mungkin akan diberikan kepada bayi di bawah usia 2 bulan yang mengalami jangkitan ini. Manakala bagi si manja 2 bulan ke atas dan kanak-kanak, doktor akan menetapkan preskripsi antibiotik dalam bentuk cecair atau tablet boleh kunyah.
Terdapat juga rawatan rumah yang boleh diamalkan, seperti:
Beberapa pilihan rawatan di rumah juga boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala jangkitan ini, seperti:
Pengambilan jus kranberi dipercayai dapat merawat jangkitan pundi kencing, selain membantu individu kekal terhidrat.
Ubat penahan sakit tidak merawat jangkitan yang menjadi puncanya tetapi membantu mengurangkan kesakitan.
Penggunaan botol air panas atau pad pemanas pada perut atau antara paha juga dapat membantu.
Memastikan pengambilan cecair mencukupi berkemungkinan menyebabkan individu kencing dengan lebih kerap. Kesannya bakteria akan dapat disingkirkan daripada saluran kencing.
Individu dengan jangkitan ini dan melakukan hubungan seks akan memburukkan lagi keadaan kerana ia memindahkan lebih banyak bakteria ke dalam saluran kencing.
Jadi elakkan bersetubuh bersama pasangan untuk sementara waktu.
Jangkitan ini mungkin tidak boleh dicegah. Tetapi beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan, seperti:
Bagi mereka yang merasakan mungkin mengalami jangkitan kuman pundi kencing buat pertama kali, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen