backup og meta

Perlu Jalani Histerektomi? Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim!

Perlu Jalani Histerektomi? Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim!

Histerektomi adalah proses membuang rahim melalui kaedah pembedahan. Tetapi apakah kesan selepas buang rahim yang mungkin terjadi?

Secara umumnya, kita tahu bahawa rahim adalah organ untuk melahirkan anak yang ada di dalam tubuh wanita.

Histerektomi merupakan prosedur pembedahan utama yang mempunyai kebaikan dan risiko yang boleh mempengaruhi keseimbangan hormon dalam badan.

Oleh sebab itu, prosedur pembedahan ini hanya akan disyorkan apabila tiada kaedah lain yang bersesuaian dapat digunakan.

Namun sebelum menerangkan lebih jauh kesan selepas buang rahim ini, jom fahami terlebih dahulu mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Jenis-jenis pembedahan histerektomi

Prosedur ini melibatkan penyingkiran rahim dan juga serviks.

#Histerektomi radikal

Melibatkan penyingkiran uterus, serviks, vagina atas dan parametrium sepenuhnya. Dalam sesetengah kes pembedahan, kelenjar limfa, ovari dan tiub fallopio juga dikeluarkan.

#Histerektomi total

Ini adalah jenis histerektomi, yang melibatkan pembuangan rahim dan serviks. Ia mungkin atau tidak melibatkan pembuangan ovari.

Ovari jelas tidak menjadi perhatian utama dalam histerektomi total.

#Histerektomi subtotal

Dalam prosedur ini rahim akan dibuang tetapi serviks ditinggalkan di dalam tubuh. Tujuan ia dilakukan untuk meningkatkan fungsi hubungan seks selepas buang rahim.

kesan sampingan buang ovari
Jenis-jenis pembedahan histerektomi.

Keperluan menjalani prosedur pembedahan buang rahim

Terdapat pelbagai keadaan, di mana wujudnya keperluan untuk prosedur histerektomi menjadi penting dan digunakan untuk merawat banyak keadaan kesihatan wanita.

  • Apabila fibroid rahim menyebabkan kesakitan, pendarahan rahim dan masalah lain, maka pesakit perlu menjalani histerektomi. Ini terutamanya apabila penggunaan ubat telah gagal
  • Terdapat keadaan di mana rahim turun ke saluran dan di luar faraj. Ini dikenali sebagai prolaps rahim
  • Mengalami kanser rahim, serviks dan ovari
  • Menghidap endometriosis, keadaan di mana sel-sel lapisan rahim berkembang di luar dinding rahim
  • Pendarahan tanpa sebab selepas bersalin
kanser ovari
Diagnosis kanser ovari.

Kesan selepas buang rahim

Pembedahan histerektomi menawarkan kedua-dua kesan selepas buang rahim, sama ada kelebihan ataupun kekurangan.

Ini bermakna mungkin terdapat kes-kes di mana kaedah rawatan alternatif dapat dipertimbangkan.

Pun begitu, bagi sesetengah kes yang lain, mungkin prosedur pembedahan ini merupakan penyelesaian terbaik.

Sememangnya teknologi dalam rawatan perubatan semakin berkembang, sekali gus memudahkan prosedur pembedahan serta memendekkan masa pemulihan untuk histerektomi.

Namun, ia masih dianggap sebagai antara pembedahan utama.

Maka faktor risiko tetap wujud sama dan hampir sama, seperti pembedahan besar yang lain. 

Kesan selepas pembedahan: Kelebihan histerektomi

#1. Sebab utama wanita menjalani histerektomi adalah untuk merawat masalah pendarahan rahim yang tidak normal.

#2. Histerektomi juga bermanfaat bagi wanita yang mengalami pendarahan berat semasa haid yang menyakitkan dan boleh mengakibatkan tekanan.

#3. Salah satu kebaikan utama di bawah kesan selepas buang rahim adalah mengurangkan risiko barah.

Prosedur ini mencegah barah rahim dan merupakan penyelamat bagi wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah kanser ini.

Bagi wanita yang menghidap barah dalam sistem pembiakannya, kesan buang ovari dan organ yang terjejas dapat menghentikan simptom barah.

Ini sekali gus akan memberi ketenangan fikiran kepada wanita semula.

#4. Histerektomi untuk fibroid pada rahim memberi kelegaan kepada mereka yang mempunyai simptom seperti pendarahan, kekejangan, masalah kencing dan lain-lain. 

Kesan buang ovari: Keburukan histerektomi

#1. Oleh sebab pembedahan besar, maka ia memerlukan tempoh pemulihan yang panjang. 

Tempoh yang dianggarkan adalah sekurang-kurangnya 6 minggu bagi kebanyakan kes.

#2. Jangkitan adalah kesan sampingan selepas pembedahan buang rahim yang perlu difikirkan.

#3. Wujud risiko untuk mengalami menopaus pramatang.

Keadaan tersebut turut berkaitan dengan risiko masalah kesihatan jangka panjang yang mungkin merangkumi kematian awal, osteoporosis, penyakit kardiovaskular, penyakit neurologi dan sebagainya.

#4. Kesan selepas buang rahim boleh menyebabkan masalah pelvis kronik, yang menjejaskan fungsi organ. Akhirnya keadaan tersebut akan menyebabkan kesakitan yang teruk pada pelvis.

#5. Kesan sampingan selepas pembedahan buang rahim juga boleh menyebabkan wanita tidak dapat hamil.

kesan selepas buang rahim
Wanita biasanya akan mengalami masalah tekanan emosi selepas pembedahan buang rahim.

Di sini wujud risiko untuk individu tersebut berdepan masalah emosi yang berkaitan dengan kehilangan ini.

#6. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gejala yang berkaitan dengan perubahan keseimbangan hormon kesan sampingan selepas pembedahan buang rahim.

Terapi hormon mesti digunakan untuk membantu mengatasi kehilangan organ pembiakan.

Kesimpulan


Jika terdapat keraguan dan kebimbangan, jalan terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor secara menyeluruh. Ini pastinya membantu dalam membuat pertimbangan berkaitan prosedur yang bersesuaian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Women’s Reproductive Health. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/womensrh/index.htm. Feb 1, 2021

Hysterectomy. https://nwhn.org/hysterectomy/. Feb 1, 2021

Hysterectomy. https://www.healthywomen.org/your-health/hysterectomy/overview. Feb 1, 2021 

Hysterectomy. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/hysterectomy#g. Feb 1, 2021

Abdominal Hysterectomy. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/abdominal-hysterectomy/about/pac-20384559. Feb 1, 2021

Versi Terbaru

04/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Jika Besar Daripada Saiz Ini, Ia Harus Dibuang!

Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan