Mungkin ada beberapa faktor risiko punca rahim jatuh yang kami tidak nyatakan di atas, jadi sila berjumpa doktor untuk mengetahui mengenai maksud rahim jatuh dengan lebih terperinci.
Jenis-jenis keadaan kesihatan rahim jatuh
Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu maksud rahim jatuh dan puncanya yang sebenar. Berbalik kepada persoalan utama artikel, benarkah ia ada banyak jenis? Ya!

#1. Vaginal vault prolapse
Ia adalah kondisi di mana kawasan atas faraj jatuh ke dalam ruang faraj akibat keadaan ini dan biasa berlaku pada wanita yang pernah melakukan pembuangan rahim.
#2. Uterine prolapse
Ia adalah kondisi di mana rahim jatuh ke dalam ruang faraj akibat kondisi ini dan kadangkala mungkin juga boleh membengkak dan terkeluar daripada bukaan faraj.
#3. Cystocele
Ia adalah kondisi di mana pundi kencing turun ke dalam ruang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis urethrocele.
#4. Urethrocele
Ia adalah kondisi di mana tiub uretra turun ke dalam ruang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis cystocele.
#5. Rectocele
Ia adalah kondisi di mana rektum membengkak lantas termasuk atau terkeluar daripada ruang faraj.
#6. Enterocele
Ia adalah kondisi di mana usus kecil membengkak lantas melekat pada dinding belakang faraj dan biasa berlaku serentak dengan kondisi jenis vaginal vault prolapse.

Keenam-enam jenis ini boleh dikategorikan sebagai keadaan kesihatan yang dikenali sebagai anterior vaginal prolapse kerana kesemuanya tergolong dalam organ pada pelvis wanita.
Anda rasa diri anda menghidapinya? Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan ya!
Apa boleh buat untuk rawat rahim jatuh?
Pertama sekali, anda perlu menjalani pemeriksaan untuk mendiagnosis kondisi anda bersama doktor bagi mengetahui maksud rahim jatuh, jenis dan kaedah rawatan yang terbaik.
Pilihan utama untuk merawatnya adalah dengan menjalani prosedur pembedahan namun ia sangat bergantung kepada kesihatan dan keputusan anda sendiri.
Sekiranya tidak mahu melakukan pembedahan, ada beberapa kaedah yang anda boleh cuba termasuklah melakukan senaman kegel, menggunakan pesari sokongan serta menjalankan terapi estrogen.
Namun sesungguhnya mencegah itu adalah jauh lebih baik daripada merawat bukan?
Untuk mencegah kondisi rahim jatuh, ia perlu bermula daripada usia muda lagi!
Biasakan diri melakukan senaman kegel seperti yang dilakukan dalam yoga beberapa kali sehari serta sentiasa memastikan berat badan anda kekal ideal.
Dalam erti kata yang lebih mudah, cuba amalkan dan jalani kehidupan yang lebih sejahtera untuk rahim yang lebih sihat dan kuat!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen