backup og meta

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/12/2022

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Kesakitan pada tulang pelvis seseorang wanita biasanya mempengaruhi bahagian bawah perut, antara pusat dan pangkal paha.

    Terdapat pelbagai kemungkinan masalah kesihatan apabila seseorang wanita sakit pada bahagian tersebut.

    Kadangkala, sakit pada tulang pelvis adalah petunjuk jangkitan atau masalah dengan sistem pembiakan atau organ lain di kawasan tersebut.

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Punca-punca kesakitan pada tulang pelvis

    1. Kesakitan menstruasi dan kekejangan

    Kesakitan haid dan kekejangan adalah penyebab sakit bahagian pelvis yang sering berlaku kepada para wanita.

    Kekejangan haid biasanya akan berlaku sejurus sebelum seseorang wanita mula didatangi haid. Ini kerana rahim mengecut dan melapisi lapisannya.

    Penggunaan pad panas boleh digunakan untuk melegakan tempat yang sakit, namun sekiranya kesakitan menjadi terlalu teruk, anda boleh bertemu dengan doktor untuk mendapatkan ubatan yang bersesuaian.

    2. Ovulasi

    Sekiranya seorang wanita merasakan sensasi yang menyakitkan pada satu sisi pelvisnya semasa di tengah-tengah kitaran haid, dia mungkin mengalami mittelschmerz.

    Perkataan Jerman ini digunakan oleh para doktor untuk menggambarkan proses ovulasi yang menyakitkan.

    Apabila wanita berovulasi, ovari akan melepaskan telur, bersama dengan beberapa cecair lain.

    Telur kemudiannya akan menyusuri tiub fallopio dan masuk ke rahim. Cecair yang dikeluarkan oleh ovari mampu tersebar di kawasan pelvis, yang mampu menyebabkan kerengsaan dan kesakitan.

    Ketidakselesaan itu boleh berlangsung selama beberapa minit atau berjam-jam, dan ia mungkin bertukar pada sisi badan lain, bergantung pada ovari yang melepaskan telur.

    3. Sistitis atau jangkitan saluran kencing, antara punca kesakitan tulang pelvis

    tulang pelvis

    Sistitis merujuk kepada keradangan pada pundi kencing kerana jangkitan bakteria. Ia berlaku kerana bakteria pada faraj, rektum, atau kulit memasuki uretra dan menuju ke pundi kencing.

    Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah jangkitan yang boleh berlaku di mana sahaja sistem, sementara sistitis hanya berlaku di pundi kencing.

    Jangkitan ini kadangkala akan hilang secara sendiri, tetapi pengambilan antibiotik dalam jangka pendek akan dapat mengubati sistitis dan UTI.

    4. Jangkitan kelamin

    Rasa sakit tulang pelvis mungkin menunjukkan berlakunya jangkitan kelamin (STD) seperti gonorea atau klamidia dan ia sering berlaku pada individu yang aktif secara seksual.

    Bersama dengan sakit bahagian pelvis, simptom-simptom lain selain STI mungkin termasuk kencing yang menyakitkan, pendarahan antara haid, dan perubahan terhadap keputihan.

    Sesiapa yang mengalami perubahan ini harus segera berjumpa dengan doktor yang akan mendiagnosis sebarang jangkitan STD untuk memberikan rawatan terbaik.

    Baca juga:

    5. Penyakit radang pelvis

    Penyakit radang pelvis (PID) adalah jangkitan pada rahim yang boleh merosakkan tisu di sekitarnya. PID boleh timbul sekiranya bakteria dari faraj atau serviks memasuki rahim.

    Ia biasanya merupakan komplikasi STI seperti gonorea atau klamidia.

    Bersama dengan kesakitan bahagian pelvis, para wanita mungkin akan turut mengalami gejala lain, termasuk keputihan dan pendarahan yang tidak normal.

    PID juga meningkatkan risiko kemandulan wanita. Rawatan biasanya melibatkan pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria.

    6. Endometriosis

    Endometriosis berlaku apabila endometrium, atau tisu yang melapisi bahagian dalam rahim, tumbuh di luar rahim.

    Endometriosis mungkin menjadi punca kesakitan pelvis yang kronik dan berpanjangan pada sesetengah wanita.

    Apabila haid seseorang wanita bermula, tisu yang tumbuh di luar rahim akan bertindak balas terhadap perubahan hormon, yang boleh menyebabkan pendarahan dan keradangan pada pelvis.

    tulang pelvis

    Sebilangan orang mungkin mengalami tahap kesakitan yang berbeza daripada ringan sehingga teruk, endometriosis juga boleh menyukarkan usaha untuk hamil.

    Kesakitan tulang pelvis #7. Sista ovari

    Sista pada ovari boleh berlaku apabila ovari gagal untuk melepaskan telur. Folikel yang memegang telur mungkin tidak terbuka sepenuhnya untuk melepaskan telur, atau mungkin tersumbat dengan cairan.

    Apabila perkara ini berlaku, pertumbuhan yang disebut sista akan terbentuk di kawasan itu, yang boleh menyebabkan masalah kembung, tekanan, atau sakit pada bahagian pelvis.

    Pun begitu, kebanyakan kes sista bukanlah bersifat kanser dan ia mampu hilang dengan sendirinya.

    Dalam beberapa kes, sista tersebut mampu berdarah atau pecah, yang boleh menyebabkan sakit yang menusuk pada pelvis dan mungkin memerlukan rawatan perubatan.

    8. Kehamilan ektopik

    Kehamilan ektopik berlaku apabila embrio menanam secara sendiri pada mana-mana bahagian di luar rahim dan mulai tumbuh.

    Seseorang wanita mungkin berasa sakit yang menusuk, dan kekejangan di bahagian pelvisnya, yang biasanya tertumpu pada satu sisi.

    Antara simptom lain termasuk juga loya, pendarahan faraj, serta berasa pening.

    tulang pelvis

    Sesiapa yang mengesyaki mereka mengalami kehamilan ektopik harus segera mendapatkan rawatan perubatan, kerana ia adalah kondisi yang mampu mengancam nyawa.

    Punca tulang pelvis sakit #9. Fibroid rahim

    Fibroid adalah gumpalan otot dan tisu berserat di dalam rahim. Walaupun mereka bukan bersifat kanser, ia boleh menjadi sumber kesakitan.

    Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian pelvis atau bawah punggung serta sakit semasa melakukan hubungan seks.

    Fibroid juga boleh menyebabkan pendarahan atau kekejangan yang berlebihan semasa haid.

    Sebilangan kes fibroid tidak memerlukan rawatan. Sekiranya seorang wanita berasa gejalanya sukar dikendalikan, doktor mungkin mencadangkan salah satu daripada banyak jenis rawatan, termasuk ubat-ubatan, prosedur tidak invasif, atau pembedahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan