Definisi
Apa itu inkontinens wanita?
Inkontinens wanita ialah pengeluaran kencing tanpa disengajakan. Ia biasa berlaku dan selalu mengundang rasa malu.
Tahap keterukan adalah daripada masalah kerap kencing wanita yang berlaku kadangkala hingga rasa kencing secara tiba-tiba dan ketidakupayaan mengawal kencing.
Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom bagi masalah kerap kencing wanita
Simptom biasa bagi inkontinens wanita ialah;
- Dengan inkontinens stress, anda mungkin akan terkucil dalam jumlah yang kecil ke sederhana semasa anda batuk, bersin, ketawa, bersenam, atau melakukan perkara yang lebih kurang sedemikian.
- Dengan inkontinens desakan, anda mungkin akan terkucil dalam jumlah yang lebih banyak yang boleh membasahkan pakaian atau menitis turun ke kaki anda.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom masalah kerap kencing wanita, sila berjumpa dengan doktor anda.
Juga, komplikasi inkontinens kencing kronik termasuklah:
- Masalah kulit: ruam, jangkitan kulit dan luka kulit.
- Jangkitan laluan kencing: inkontinens meningkatkan risiko serangan jangkitan laluan kencing berulang.
- Kesan pada kehidupan peribadi anda: inkontinens kencing boleh memberi kesan pada hubungan sosial, kerja dan hubungan peribadi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen