backup og meta

Orang Perempuan Pun Boleh Berjanggut? 7 Perkara Ini Antara Punca Ia Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/05/2022

    Orang Perempuan Pun Boleh Berjanggut? 7 Perkara Ini Antara Punca Ia Berlaku!

    Pernah dengar mengenai masalah hirsutisme? Ia keadaan ketidakseimbangan hormon wanita dan menyebabkan mereka mengalami pertumbuhan rambut pada bahagian yang biasa ditumbuhi rambut untuk lelaki, contohnya seperti dagu.

    Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan menerangkan lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Masalah hirsutisme, satu keadaan biasa

    Hirsutisme merupakan situasi di mana seseorang mengalami pertumbuhan rambut yang berlebihan dan dianggarkan antara 5-10% wanita dalam usia reproduktif atau berpotensi melahirkan anak terjejas dengan keadaan ini. 

    Peach fuzz atau rambut kasar dan gelap yang tumbuh pada bibir atas, dagu, dada, perut atau belakang badan adalah keadaan biasa terjadi pada wanita. 

    Terdapat beberapa kemungkinan yang sering menjadi penyebab rambut badan berlebihan ini, termasuklah:

    Pertumbuhan rambut berlebihan kerana sindrom ovari polisistik (PCOS)

    PCOS adalah punca paling biasa rambut berlebihan tumbuh secara tidak normal pada wanita. Ia terjadi apabila penghasilan hormon androgen berlebihan pada ovari, termasuklah testosteron.

    PCOS turut mengakibatkan beberapa gejala termasuklah:

    pertumbuhan rambut

    Walaupun PCOS menyebabkan rambut pada bahagian muka tumbuh secara berlebihan, namun bagi sesetengah wanita, mereka mengalami masalah penipisan rambut kepala.

    Punca sebenar PCOS masih tidak jelas. Tetapi berat badan berlebihan boleh menyebabkan rintangan insulin – menjadi antara faktor pengembangan PCOS.

    Hirsutisme idiopatik punca rambut berlebihan

    Apabila punca rambut berlebihan tumbuh tidak diketahui dengan jelas, ia akan dikategorikan sebagai idiopatik.

    Wanita dengan keadaan ini biasanya mempunyai:

    Punca pertumbuhan rambut berlebihan yang jarang berlaku

    Beberapa punca masalah hirsutisme yang jarang berlaku termasuklah:

    • Tumor merembeskan androgen – tumor ovari boleh meningkatkan tahap testosteron wanita dan menyebabkan hirsutisme
    • Penyakit Cushing – tumor pada kelenjar pituitari boleh menyebabkan badan menghasilkan testosteron berlebihan. Antara gejala lain termasuklah tekanan darah tinggi, muka bulat dan tanda regangan
    • Kesan sampingan ubat – pengambilan ubatan tertentu juga meningkatkan risiko hirsutisme, seperti siklosporin, suntikan testosteron dan minoxidil
    • Hiperplasia adrenal kongenital bukan klasik – gangguan genetik ini menjejaskan enzim dalam tubuh dan mengakibatkan hirsutisme. Biasanya muncul pada zaman lewat kanak-kanak atau awal dewasa 
    • Gejala menopaus – ketidakseimbangan hormon semasa menopaus juga boleh menyebabkan masalah hirsutisme

    Baca juga:

    Komplikasi 

    Hirsutisme boleh mengakibatkan tekanan emosi dan hilang keyakinan diri pada wanita. Bahkan ada yang mengalami kemurungan.

    Walaupun tiada kesan sampingan fizikal terjadi, tetapi keadaan ini boleh mengembangkan ketidakseimbangan hormon.

    Sekiranya anda mengalami hirsutisme dan haid tidak teratur, wujud kemungkinan untuk terjadinya PCOS – yang boleh menghalang kesuburan.

    Wanita yang mengambil ubat tertentu untuk merawat hirsutisme perlu mengelakkan kehamilan kerana risiko kecacatan kehamilan.

    Cara menyingkirkan pertumbuhan rambut berlebihan

    pertumbuhan rambut

    Rambut yang berlebihan ini boleh disingkirkan dengan pelbagai cara, antaranya:

    Elektrolisis

    Merupakan kaedah penyingkiran rambut menggunakan arus elektrik untuk memusnahkan folikel dan mencegah rambut daripada tumbuh semula di kawasan tersebut.

    Elektrolisis adalah kaedah yang lebih tahan lama yang dilakukan pakar dermatologi dan memerlukan beberapa rawatan susulan.

    Kaedah laser bantu atasi masalah pertumbuhan rambut berlebihan

    Turut dikenali sebagai photoepilation, kaedah ini menggunakan laser untuk memusnahkan folikel rambut dan dianggap sebagai salah satu penyelesaian tahan lama bagi menangani masalah rambut yang tumbuh berlebihan.

    Tetapi prosedur ini tidak sesuai untuk individu berkulit lebih gelap kerana berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang boleh menjejaskan pigmentasi kulit.

    Mencabut 

    Mencabut rambut pada dagu menggunakan penyepit kecil adalah cara penyingkiran rambut yang bersifat sementara.

    Mencukur

    Mencukur boleh menghilangkan rambut pada dagu tetapi boleh mengakibatkan kerengsaan dan benjolan kecil – pseudofolliculitis barbae, kesan daripada bercukur.

    Sama seperti mencabut, ia juga merupakan kaedah sementara untuk menyingkirkan rambut.

    Waxing

    Melibatkan penggunaan lilin khas pada kulit dan menggunakan jalur kain atau kertas untuk menarik keluar rambut. Ia prosedur yang boleh menyebabkan kesakitan.

    Ia juga merupakan pendekatan jangka masa pendek dan boleh merengsakan kulit.

    pertumbuhan rambut

    Pilihan lain untuk atasi masalah hirsutisme 

    Masalah pertumbuhan rambut berlebihan bagi wanita PCOS mungkin akan dapat diatasi dengan melakukan perubahan gaya hidup melalui penjagaan berat badan seimbang. 

    Ini termasuklah dengan menjaga aspek pemakanan, berhenti merokok dan melakukan senaman secara berkala.

    Doktor juga boleh memberikan preskripsi rawatan untuk mengurangkan rambut berlebihan seperti dengan penggunaan pil perancang – membantu mengimbangi tahap hormon dan mengurangkan pengeluaran androgen.

    Bagi mereka yang tidak boleh mengambil ubatan tersebut atau rambut tumbuh secara berterusan, doktor mungkin menetapkan ubat lebih kuat.

    Jika anda mempunyai kebimbangan atau keraguan mengenai rambut yang tumbuh berlebihan, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor mahupun pakar dermatologi untuk penyelesaian terbaik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 30/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan