Walaubagaimanapun, tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan mengalami strain hamstring. Faktor-faktor ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Hirsutisme didiagnosis?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mengambil sampel darah dan air kencing untuk mengukur tahap androgens yang dipanggil testosteron dan dehydroepiandrosterone sulfate (DHEAS). Doktor boleh mengarahkan tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk memeriksa organ yang mungkin menjadi punca.
Bagaimana pesakit Hirsutisme dirawat?
Rawatan kebanyakannya bergantung kepada punca. Dalam beberapa kes yang tidak melibatkan masalah haid, rawatan tidak diperlukan. Cara untuk membuang rambut yang tidak diingini termasuk ubat-ubatan, pencukur, ragutan, pelunturan, pelilinan, menggunakan krim (penyahbulu), dan elektrolisis atau cahaya laser (untuk penyingkiran kekal).
Bagi hirsutisme yang berkaitan dengan masalah haid, doktor mungkin mempreskripsi ubat yang mengandungi hormon seks wanita untuk membantu mengimbangi hormon seks lelaki. Rawatan lain mungkin diperlukan untuk hamil.
Pertumbuhan pada ovari atau kelenjar adrenal boleh dikeluarkan melalui pembedahan tertentu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk memastikan jika anda adalah calon untuk pembedahan ini.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hirsutisme?
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan seperti yang berikut mungkin boleh membantu anda mengendalikan hirsutisme:
- Ikut arahan doktor anda. Hubungi doktor anda jika anda berjaya menjalani rawatan dan rambut yang tak diingini kembali.
- Kurangkan berat badan anda jika anda berlebihan berat badan. Pengurangan berat badan boleh mengurangkan hirsutisme.
- Jangan gunakan ubat-ubatan yang mengandungi hormon seks lelaki melainkan doktor anda yang mempreskripsikannya.
- Jangan menjangkakan hirsutisme akan hilang sepenuhnya atau dengan serta merta. Rawatan ubat yang berjaya akan mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen