Setelah seorang wanita mengalami haid terakhir dan tidak lagi didatangi haid selama 12 bulan berturut-turut, dia dianggap telah mengalami menopaus.
Semasa pra-menopaus dan menopaus, turun naik hormon adalah perkara yang biasa terjadi.
Penyakit tiroid boleh bercirikan kelenjar tiroid yang kurang aktif atau terlalu aktif:
- Hipotiroidisme: Disebabkan oleh penurunan aktiviti hormon tiroid.
- Hipertiroidisme: Disebabkan oleh berlebihan hormon tiroid.
Ia juga boleh terbentuk dek penurunan aktiviti atau overactivity kelenjar pituitari atau hipotalamus di otak (yang melepaskan hormon yang merangsang kelenjar tiroid).
Pengawal hormon tiroid ini, terutama hipotalamus juga mempengaruhi aktiviti estrogen sepanjang hayat kaum wanita, termasuk semasa dalam fasa pra-menopaus.
Mengikut 1 teori, turun naik kadar estrogen berupaya meningkatkan keradangan, mewujudkan persekitaran yang ideal untuk perkembangan penyakit autoimun seperti tiroiditis Hashimoto, yang boleh menyebabkan hipotiroidisme, jelas Dr. Cheryl Rosenfeld, Profesor Perubatan Touro College of Osteopathic Medicine di New York City.
Faktor-faktor risiko
Anda mungkin punyai risiko lebih tinggi terkena penyakit tiroid jika:
- Mempunyai sejarah keluarga penyakit tiroid.
- Mempunyai masalah perubatan (anemia, diabetes jenis 1, lupus, rheumatoid arthritis, sindrom Sjögren dan sindrom Turner).
- Ambil ubat tinggi iodin (amiodarone).
- Berusia lebih dari 60 tahun.
- Pernah menjalani rawatan untuk gangguan tiroid atau kanser (tiroidektomi atau radiasi).
Ini simptom-simptomnya
Gejala menopaus yang mempunyai persamaan dan boleh dibandingkan dengan tanda penyakit tiroid, merangkumi:
- Selalu kepanasan
- Berpeluh malam
- Kerap membuang air kecil
- Perubahan haid atau libido (nafsu seks)
- Kekeringan faraj
- Sukar tidur
- Perasaan murung
- Mudah lupa
- Berat badan berubah
Hipotiroidisme
Kadangkala, sukar untuk membezakan tanda penyakit tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) dan menopaus kerana ia sangat serupa.
- Kulit kering
- Sembelit
- Perubahan dalam kitaran haid atau libido
- Perasaan murung
- Mudah lupa
- Berat badan berubah
Peralihan ke menopaus sering bermula ketika seorang wanita mencecah umur 45 hingga 55 tahun.
Sementara itu, penyakit tiroid boleh bermula tanpa mengira usia.
Hipertiroidisme
Wanita usia menopaus juga lebih cenderung untuk memperoleh tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme).
Bagaimanapun, hipertiroidisme lebih kurang cenderung untuk terbentuk berbanding hipotiroidisme.
Seperti hipotiroidisme, ia boleh menghasilkan seakan dengan menopaus, termasuk:
- Selalu kepanasan
- Berdebar-debar
- Tachycardia (istilah perubatan untuk degupan jantung lebih dari 100 denyutan seminit)
- Insomnia
Gejala hipertiroidisme turut meliputi penurunan berat badan, tiroid membesar dan mata tersembul.
Bagaimana penyakit tiroid didiagnosis & dirawat?

Dignosis
Kadangkala, penyakit tiroid sukar didiagnosis kerana gejalanya mudah dikelirukan dengan kondisi lain.
Anda mungkin mengalami simptom yang serupa semasa hamil, menopaus, bahkan sebagai tanda penyakit tiroid.
Nasib baik, ada ujian yang dapat bantu menentukan sama ada gejala anda disebabkan oleh masalah tiroid atau sebaliknya. Ujian ini merangkumi:
- Ujian darah.
- Ujian pengimejan.
- Ujian fizikal.
Pilihan rawatan
Sekiranya anda menghidap penyakit tiroid, anda perlu dirawat mengikut jenis:
- Hipotiroidisme sering dirawat dengan suplemen hormon tiroid yang dipreskripsikan
- Hipertiroidisme mungkin perlu dirawat dengan pembedahan atau terapi radiasi
Ketika sedang dirawat, pasukan perubatan akan memantau tahap hormon tiroid untuk menilai kesan rawatan tersebut.
Sudah tentu, memerhatikan gejala sedia ada dan melaporkan simptom baharu juga penting.
Selain itu, tanpa mengambil kira status tiroid, anda mungkin mendapat manfaat daripada terapi penggantian estrogen, yang bantu mengurangkan kesan pra-menopaus atau menopaus.
Sebilangan wanita menggunakan pil hormon untuk wanita menopause yang mengandungi estrogen semasa fasa simptomatik dan dapat menghentikan rawatan, manakala yang lain memerlukan rawatan untuk jangka panjang.