backup og meta

Ketidakseimbangan Hormon Perempuan, Ini Kesannya Kepada Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/03/2022

    Ketidakseimbangan Hormon Perempuan, Ini Kesannya Kepada Kesihatan

    Perut terasa kembung, mudah marah, dan sering mengantuk? Ketidakseimbangan hormon perempuan kalian mungkin boleh dipersalahkan!

    Hormon adalah perantara kimia yang mempengaruhi cara fungsi sel dan organ anda.

    Bergantung pada seberapa banyak atau sikit hormon perempuan yang dihasilkan oleh tiroid, anda mungkin sering rasa gelisah, keletihan, juga boleh kehilangan atau menambah berat badan.

    Bagi penyakit tiroid, ternyata golongan wanita lebih cenderung untuk alaminya berbanding lelaki, terutama selepas kehamilan dan pasca menopaus.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Tiroiditis postpartum

    Tiroiditis postpartum (postpartum thyroiditis) merupakan kondisi di mana kelenjar tiroid yang berada di leher mengalami keradangan dan pembengkakan setelah bersalin.

    Tiroiditis selepas bersalin selalunya berlangsung selama beberapa minggu hingga bulan.

    Tetapi, tiroiditis postpartum kadangkala sukar didiagnosis kerana gejalanya sering disalah anggap sebagai tekanan selepas kehadiran bayi baru lahir dan gangguan mood postpartum.

    Bagi kebanyakan wanita yang mengalami kondisi ini, fungsi tiroid akan kembali normal dalam tempoh masa 12 ke 18 bulan daripada waktu gejala awal.

    Tiroiditis pasca menopaus

    hormon perempuan

    Wanita dalam fasa menopaus bakal mengalami perubahan kesihatan dan kualiti hidup dek tahap hormon estrogen yang rendah.

    Beberapa gejala menopaus juga mungkin bertindih dengan gejala tiroid yang tidak aktif:

  • Keletihan
  • Masalah dengan fokus dan ingatan
  • Kegelisahan
  • Sakit otot
  • Sekiranya hipotiroidisme tidak dirawat dengan seeloknya saat menopaus, simptom daripada kedua-dua hormon seks yang rendah dan kondisi tiroid akan bertambah parah.

    Ini boleh mengakibatkan simptom teruk yang bakal melemahkan keupayaan hidup hari ke hari dan mengganggu kualiti kerja seseorang.

    Masalah hormon perempuan & jerawat

    Masalah jerawat sebelum atau ketika haid adalah perkara biasa. Tetapi jerawat yang tidak hilang-hilang boleh menjadi simptom kepada masalah hormon.

    Kelebihan androgen atau ‘hormon lelaki’ yang dimiliki lelaki dan wanita boleh menyebabkan kelenjar minyak dihasilkan secara berlebihan.

    Tambahan lagi, androgen mempengaruhi sel-sel kulit di dalam dan di sekitar folikel bulu, kedua-dua perkara itu menyebabkan liang roma tersumbat lantas memicu jerawat.

    Jerawat paling kerap berlaku di kawasan yang mempunyai banyak kelenjar minyak, termasuk:

    • Muka
    • Dada
    • Belakang badan
    • Bahu

    Kesan masalah hormon perempuan kepada tidur & memori

    • Tidur

    hormon perempuan

    Sekiranya anda alami kesulitan untuk melelapkan mata atau tidur malam sering terganggu, ketahuilah bahawa faktor ketidakseimbangan hormon boleh menjadi puncanya.

    Progesteron, hormon perempuan yang dikeluarkan oleh ovari, berfungsi membantu anda lelap.

    Justeru, jika hormon ini berada pada tahap yang lebih rendah daripada biasa, kualiti tidur malam anda bakal terjejas.

    Di samping itu, hormon estrogen yang rendah boleh mencetuskan rasa panas dan berpeluh di malam hari, yang mana kedua-duanya akan menyulitkan lagi kalian untuk tidur.

    • Memori

    Sebenarnya, pakar masih belum pasti bagaimana hormon boleh mempengaruhi otak.

    Apa yang dapat dikenal pasti, perubahan estrogen dan progesteron mampu membuat kepala anda berasa ‘kabur’ dan menyukarkan kalian untuk mengingati sesuatu.

    Beberapa pakar berpendapat, estrogen mungkin mempengaruhi bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter.

    Selain itu, masalah berkaitan fokus dan ingatan juga kerapa berlaku semasa pramenopaus dan menopaus.

    Tetapi, mereka juga boleh menjadi gejala kondisi hormon yang lain, seperti penyakit tiroid.

    Perubahan mood & keletihan

    Para penyelidik berpendapat, penurunan hormon yang cepat boleh menyebabkan kegelisahan bahkan, depresi.

    Estrogen mempengaruhi bahan kimia otak utama seperti serotonin, dopamin dan norepinefrin.

    Tetapi hormon lain, yang melalui laluan yang sama dengan neurotransmitter, juga memainkan peranan dalam perasaan anda.

    Sekarang kita fokus pada keletihan pula, adakah anda berasa penat sepanjang masa?

    Untuk makluman, keletihan adalah salah satu gejala ketidakseimbangan hormon yang kerap terjadi.

    Progesteron yang berlebihan boleh membuatkan anda mengantuk. Malah, jika tiroid anda menghasilkan hormon tiroid yang terlalu sedikit, ia berpotensi menjejaskan tenaga yang dimiliki.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 15/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan