backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Guna Krim Buang Bulu Lebih Daripada Sekali Seminggu? JANGAN! Bahaya Pada Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    Guna Krim Buang Bulu Lebih Daripada Sekali Seminggu? JANGAN! Bahaya Pada Kulit

    Ada banyak cara untuk mengelakkan atau menghilangkan bulu yang terlalu banyak di tubuh badan dan antara metode agak popular adalah dengan menggunakan krim buang bulu.

    Teknik ini sering kali digunakan oleh individu selepas mereka tidak lagi mahu atau mampu untuk menggunakan kaedah lain yang biasa seperti shaving serta waxing.

    Persoalannya, adakah krim buang bulu ini alternatif yang efektif lagi selamat? Jom baca artikel!

    Apa itu krim buang bulu?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, krim ini biasanya akan digunakan bagi membersihkan kawasan kulit berbulu yang sukar untuk dijangkau menggunakan metode biasa.

    Dikenali sebagai teknik depilatori, krim ini menawarkan alternatif yang efektif untuk membuang bulu tanpa menggunakan alat serta tidak akan mendatangkan rasa sakit.

    Krim membuang bulu ini berfungsi dengan cara memecahkan struktur protein keratin pada bulu sekali gus memudahkan ia untuk keluar daripada folikel apabila kulit anda digosok.

    Ia juga boleh hadir dalam bentuk krim, gel, skrub atau roller yang mengandungi bahan kimia serupa seperti sodium thioglycolate, strontium sulfide dan calcium thioglycolate.

    Meskipun ia mungkin akan mendatangkan bau atau aroma agak kurang menyenangkan, tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara cara buang bulu yang berkesan.

    krim buang bulu

    Bagaimana guna krim buang bulu?

    Sebenarnya, cara buang bulu menggunakan krim ini adalah cukup mudah lagi murah kerana ia banyak dijual di pasaran sama ada secara langsung atau atas talian.

    Setelah memilih dan membeli produk yang telah diperakui oleh badan kesihatan, anda hanya perlu tahu cara untuk menggunakannya dengan membaca aturan di label.

    Kebiasaannya, krim ini akan memerlukan anda untuk memastikan kawasan kulit yang ingin dibuang bulunya itu dibersihkan daripada segala anasir luar terlebih dahulu.

    Selepas itu, anda hanya perlu untuk menyapu dan menggosokkan krim ini pada kulit, kemudian dibiarkan kira-kira 1 ke 3 minit bagi produk itu memecahkan keratin.

    Seusai itu, anda hanya perlu untuk membilaskan krim membuang bulu itu dengan menggunakan sabun dan air bersih bagi mendapatkan hasil seperti yang diingini.

    Benarkah ia alternatif yang efektif?

    Sekiranya dibandingkan dengan banyak cara buang bulu lain seperti mencukur, melilin, laser atau elektrolisis, metode ini mungkin adalah yang paling mudah dan murah.

    Tidak kurang dengan itu, teknik ini juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan alat atau khidmat pakar untuknya.

    krim buang bulu

    Jadi, memang benar bahawa krim ini adalah antara alternatif yang efektif dengan syarat produk yang digunakan itu telah diperakui oleh pakar dan badan kesihatan.

    Ini kerana wujud juga risiko di mana produk tersebut adalah hasil daripada peniruan atau penipuan kerana pengeluar hanya ingin mendapatkan untung daripada pengguna.

    Sebaiknya, sila pastikan produk buang bulu yang anda bakal guna itu telah diperakui oleh badan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk lebih selamat.

    Wujudkah sebarang kesan sampingan lain?

    Krim buang bulu ini juga mungkin tidak terlepas daripada melibatkan sebarang kesan sampingan lain kerana ada kemungkinan produk tersebut terkandung bahan kimia berbahaya.

    Dalam pada itu, pengguna perlu lebih peka dengan kondisi kulit anda sendiri terutamanya jika anda ada masalah kulit sensitif atau alergi terhadap bahan kimia tertentu.

    Bagi memastikan perkara ini tidak terjadi, sila baca label produk terlebih dahulu sebelum memilih untuk membeli produk selain melakukan pemeriksaan dengan pakar kulit.

    Antara ikhtiar yang lain pula, anda mungkin boleh cuba untuk menggunakan krim ini dengan menyapukan ia pada kulit pada kuantiti yang sedikit bagi lihat kesannya.

    Jika sudah terjadi sebarang kesan sampingan yang tidak diingini, sila segera berjumpa doktor bagi memastikan komplikasi tersebut dapat diatasi sebelum melarat.

    krim buang bulu

    Guna krim buang bulu dengan waspada!

    Menurut Food and Drugs Administration (FDA), anda mungkin tidak boleh menggunakan produk ini dengan terlalu kerap. Gunakan paling kerap seminggu sekali sahaja.

    Ini kerana bulu akan mula tumbuh semula setelah 1 minggu menggunakan produk ini. Ia sangat penting dalam usaha mengelakkan berlakunya iritasi atau infeksi kulit.

    Bukan itu sahaja, anda juga perlu untuk elak guna krim ini pada sekitar kawasan muka atau kulit yang sedang luka kerana ia mungkin boleh menimbulkan komplikasi kelak.

    Konklusinya, krim membuang bulu ini adalah alternatif yang efektif lagi selamat namun ia juga perlu digunakan dengan produk dan cara tepat untuk mendapatkan hasil paling maksimum.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan