backup og meta

Masih Keluar Darah Selepas Haid? Ini 12 Punca Pendarahan Antara Period!

Masih Keluar Darah Selepas Haid? Ini 12 Punca Pendarahan Antara Period!

Keluar darah selepas seminggu habis haid? Selalunya, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Jika darah yang keluar tidak banyak, pendarahan ini mungkin berlaku disebabkan perubahan hormon, luka atau masalah kesihatan tertentu. Namun, jika anda kerap keluar darah selepas haid, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin kerana ia mungkin tanda penyakit.

Tetapi, apakah maksud pendarahan antara haid? Wanita yang ada masalah ini selalunya akan keluar darah selepas haid habis atau sebelum haid bermula. Pendarahan ini juga boleh berlaku dalam bentuk spotting atau seakan-akan period biasa.

Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan mengenai punca keluar darah selepas seminggu habis haid dan bila anda perlu berjumpa doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

12 punca keluar darah selepas haid

Pendarahan antara haid turut dikenali sebagai metrorrhagia, satu kondisi yang menyebabkan wanita mengalami pendarahan antara period. Tetapi, apakah cara untuk mengesan pendarahan selepas haid?

Pertama sekali, cuba perhatikan tempoh haid anda. Jika haid anda teratur dan datang tujuh hari setiap bulan, sebarang pendarahan yang berlaku di luar tempoh itu dikira sebagai pendarahan selepas haid.

Secara purata, kitaran haid seorang wanita berlangsung selama 21 hingga 35 hari. Haid pula akan datang selama beberapa hari atau seminggu. Pendarahan luar period adalah sesuatu yang abnormal dan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.

Antara punca keluar lendir bercampur darah selepas haid:

1. Keluar darah setelah haid 14 hari disebabkan kontraseptif hormon

keluar darah selepas haid
Kesan pengambilan kontraseptif hormon.

Pemakaian kontraseptif hormon adalah punca utama pendarahan di antara haid. Jika ia menyebabkan wanita keluar darah selepas haid, selalunya masalah ini hanya akan berlaku pada 3 bulan pertama pemakaian.

Antara contoh kontraseptif hormon ialah:

  1. Cincin vagina.
  2. Pil perancang.
  3. Implan perancang.

Walau bagaimanapun, jika pendarahan yang berlaku sangat berat dan berlangsung lebih daripada 3 bulan, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor. Kadangkala, doktor akan mencadangkan agar anda menukar kaedah kontraseptif anda untuk menghentikan pendarahan.

2. Pengambilan pil plan B atau kontraseptif kecemasan 

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan juga boleh menyebabkan keluar darah setelah haid 14 hari. Ini termasuklah pengambilan morning after pill dan juga penggunaan IUD.

3. Pendarahan implantasi punca keluar darah selepas haid

Ada wanita yang akan mengalami pendarahan selepas hamil. Ini merupakan tanda proses implantasi sedang berlaku. Sebab itulah, pendarahan ini turut dikenali sebagai pendarahan implantasi. Pada masa yang sama, wanita juga mungkin mengalami masalah kekejangan pada kawasan perut.

4. Keguguran

simptom keguguran
Tanda-tanda keguguran.

Kadangkala, wanita akan alami keguguran sebelum mereka menyedari bahawa mereka hamil. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa. Salah satu tandanya ialah pendarahan di antara haid.

5. Baru lepas melakukan proses pengguguran

Ramai wanita yang melakukan pengguguran akan mengalami pendarahan termasuk keluar darah selepas haid. Malah, pendarahan ini juga mungkin berlangsung selama berminggu-minggu. Walau bagaimanapun, jika pendarahan yang dialami sangat berat, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

6. Mengalami jangkitan kelamin

Ada beberapa jenis jangkitan kelamin (STD) yang boleh menyebabkan pendarahan vagina. Salah satunya ialah klamidia. Penyakit ini bukan sahaja akan menyebabkan pendarahan antara period, ia juga boleh membuatkan hubungan seks jadi menyakitkan.

7. Keluar darah selepas haid disebabkan luka di sekitar faraj

Jika tisu lembut di kawasan vagina terluka, ia boleh menyebabkan pendarahan. Malah, luka juga boleh berlaku semasa melakukan penetrasi. Selalunya, faraj akan terluka jika ia terlalu kering.

Badan kita akan menghasilkan cecair lubrikasi secara semula jadi untuk mempersiapkan vagina sebelum seks. Jika vagina terlalu kering, ia mungkin berlaku disebabkan kurangnya syahwat, perubahan tahap hormon dalam badan disebabkan kencing manis atau menopaus atau sedang melakukan rawatan kanser.

8. Menopaus

Menopaus merupakan satu fasa yang akan berlaku kepada semua wanita, selalunya ketika kaum Hawa menginjak usia 45 hingga 55 tahun. Wanita dikatakan telah menopaus jika haid tidak datang lebih dari setahun.

Namun, sebelum mengalami menopaus, wanita akan melalui fasa perimenopaus. Fasa ini boleh mengambil masa selama 10 tahun. Pada waktu ini, hormon dalam badan wanita tidak stabil dan boleh menyebabkan masalah pendarahan selepas haid.

simptom menopaus
Tanda-tanda menopaus.

9. Ada polip di kawasan rahim

Ada keluar darah sedikit tapi bukan haid?

Ini mungkin sebab polip. Ia merupakan sejenis ketumbuhan kecil yang tumbuh di kawasan rahim wanita.

Kadangkala, polip yang terbentuk boleh menyebabkan simptom seperti sakit perut atau pendarahan yang luar biasa.

Jika ini yang berlaku, polip tersebut mungkin perlu dibuang melalui pembedahan.

10. Menghidap kanser tertentu

Kadangkala, keluar darah setelah haid 14 hari merupakan tanda kanser tertentu. Salah satunya ialah kanser serviks, sejenis kanser yang lazimnya berlaku kepada wanita yang berusia 30 hingga 45 tahun.

Pendarahan selepas haid atau sakit ketika melakukan hubungan seks selalunya merupakan tanda awal kanser serviks. Selain itu, wanita juga mungkin akan mengalami simptom lain seperti:

  • sakit abdomen
  • vagina berbau pelik

11. PCOS punca keluar darah selepas haid

PCOS merupakan sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kitaran haid terganggu. Malah, wanita yang menghidap PCOS juga mungkin sering mengalami pendarahan antara haid.

Walau bagaimanapun, penghidap PCOS mempunyai simptom-simptom lain seperti masalah kesuburan, peningkatan berat badan dan juga kulit yang sangat berminyak.

Keluar lendir bercampur darah selepas haid 12. Endometriosis

Endometriosis merupakan satu penyakit kronik yang mempengaruhi uterus wanita. Penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan atau spotting antara haid. Malah, mereka yang menghidap endometriosis juga mungkin akan mengalami haid yang sangat menyakitkan.

Kesimpulan

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda kerap mengalami masalah berkaitan pendarahan selepas haid. Jangan ambil ringan tentang keadaan ini dan bertangguh untuk melakukan pemeriksaan. Pencegahan adalah lebih baik berbanding perubatan semata-mata!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Abnormal bleeding: Why women should treat it, not tough it out. https://utswmed.org/medblog/abnormal-uterine-bleeding/. Accessed July 1, 2022.
  2. Abnormal Uterine Bleeding. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15428-uterine-bleeding-abnormal-uterine-bleeding. Accessed July 1, 2022.
  3. Bleeding between periods. https://www.healthdirect.gov.au/bleeding-between-periods. Accessed July 1, 2022.
  4. Bleeding Between Periods? How to Tell If It’s a Problem. https://health.clevelandclinic.org/when-should-you-worry-about-spotting-between-periods/. Accessed July 1, 2022.
  5. Vaginal bleeding between periods. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/vaginal-bleeding-between-periods. Accessed July 1, 2022.
  6. Why spotting between periods happens and when to be concerned. https://health.osu.edu/health/sexual-health/spotting-between-periods. Accessed July 1, 2022.

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pendarahan Implantasi Atau Haid? Ini Cara Bezakannya, Barulah Tak Salah Tafsir Lagi!

Vitamin dan Suplemen Zat Besi Yang Sesuai Untuk Wanita Yang Alami Masalah Pendarahan Haid Dan Lain-Lain


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan