Jadi, apa yang saya perlu lakukan?

Kesimpulannya, adalah dinasihatkan kepada semua pesakit yang sedang atau telah selesai menjalani rawatan kanser payudara untuk mendapatkan konsultasi doktor pakar anda sebelum mengambil sebarang vitamin dan suplemen diet tambahan.
Berbincanglah juga dengan pakar pemakanan anda untuk mengetahui sekiranya terdapat risiko dan kelebihan rawatan alternatif ini sebagai sokongan ketika rawatan perubatan moden dijalankan.
Berwaspadalah!
Pertimbangkan perkara-perkara berikut apabila anda atau ahli keluarga anda yang menghidap kanser atau barah payudara ingin mengambil suplemen payudara atau vitamin ketika menjalani rawatan;
- Sesetengah suplement boleh memberi kesan sampingan apabila digabungkan dengan ubatan kanser ataupun
rawatan itu sendiri. Sila pastikan anda berbincang dengan doktor pakar anda.
Pastikan anda membeli suplemen yang mempunyai kelulusan KKM, lihat pada pembalut/kotak serta buatlah bacaan dan selidik sendiri mengenai produk yang anda ingin ambil.
Bahan semula jadi atau herba tidak semestinya selamat hanya kerana tidak mempunyai ubatan kimia. Sila dapatkan nasihat doktor berkenaan herba yang anda ingin makan.
Nutrien terbaik adalah daripada pemakanan yang sihat dan seimbang. Cubalah sejauh mungkin untuk mendapatkan nutrien dan tenaga melalui pemakanan seimbang. Akhir sekali, keputusan terletak di tangan anda. Mengambil suplemen dan vitamin sebagai pelengkap rawatan hospital yang telah anda jalani mungkin baik atau sebaliknya.
Beberapa kajian yang dijalankan mungkin menyokong dan ada yang menentang cara ini. Tidak salah mendengar cadangan dan saranan orang lain berkenaan topik ini.
Cara yang terbaik adalah berbincang dengan doktor pakar yang merawat anda dan dapatkan pandangan pakar pemakanan yang bertauliah. Pastikan produk yang ingin diambil juga adalah selamat dan diakui oleh KKM.
Yang penting, semangat anda untuk meneruskan perjuangan melawan kanser payudara diteruskan! Jangan putus asa dan sentiasa kuat dalam menempuhi cabaran bagi rawatan kanser payudara.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen