backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sakit Semasa Seks & Keluar Lelehan Dari Faraj? Ini Antara Gejala Penyakit Kelamin (STD)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 29/11/2022

Sakit Semasa Seks & Keluar Lelehan Dari Faraj? Ini Antara Gejala Penyakit Kelamin (STD)

Penyakit kelamin STD adalah jangkitan yang boleh anda diperoleh daripada kegiatan hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti. Terdapat lebih daripada 20 jenis STD, termasuk:

  • Chlamydia
  • Gonorea
  • HIV / AIDS
  • HPV
  • Sifilis
  • Keradangan uretra (uretritis)
  • Epididimitis
  • Jangkitan vulvovaginal (Herpes genitalis, Trichomoniasis, Candidiasis, dan lain-lain)
  • PID (penyakit radang pelvik)
  • Apakah kebarangkalian Penyakit Kelamin STD?

    Masalah kesihatan ini adalah biasa, tetapi dalam beberapa sebab, ia boleh menjadi lebih teruk bagi perempuan berbanding lelaki.

    Jika seorang wanita mempunyai STD dan hamil, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bagi bayi dalam kandungan.

    Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda dan menggunakan ubat-ubatan. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

    Simptom-simptom

    Apakah simptom-simptom Penyakit Kelamin STD?

    Antara simptom-simptom STD yang biasa adalah:

    • Luka atau benjolan pada alat kelamin atau di kawasan lisan atau rektum
    • Mengalami kencing atau membakar kencing
    • Lelehan daripada zakar
    • Lelehan atau bauan daripada faraj yang luar biasa
    • Pendarahan faraj yang luar biasa
    • Sakit semasa seks
    • Kelenjar limfa yang sakit atau bengkak, terutamanya di pangkal paha atau kadang-kadang lebih meluas
    • Kesakitan perut di bahagian bawah
    • Simptom umum seperti demam, kelemahan
    • Ruam atas badan, tangan atau kaki

    Perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa STD yang akan kekal “senyap” untuk beberapa tempoh masa dan hanya boleh menunjukkan beberapa simptom ringan (contohnya 80-90% daripada wanita dan >50% daripada lelaki dengan jangkitan C. trachomatis pada alat kelamin kurang menunjukkan simptom).

    Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Anda harus menghubungi doktor anda jika berada dalam keadaan yang berikut:

    • Anda aktif secara seksual dan mungkin terdedah kepada Penyakit kelamin STD
    • Anda mempunyai tanda dan gejala penyakit kelamin STD
    • Apabila anda mempertimbangkan untuk menjadi aktif secara seksual atau ketika setelah anda mencapai usia 21 tahun – tidak kisah mana yang lebih awal
    • Sebelum anda memulakan hubungan seks dengan pasangan baru

    Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Faktor-faktor Risiko

    Penyakit Kelamin std

    Terdapat banyak faktor risiko untuk Penyakit Kelamin std, seperti:

  • Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau mempunyai hubungan poligami
  • Lelaki homoseksual
  • Mereka yang melakukan seks tanpa perlindungan
  • Pekerja seks komersial
  • Penyalahgunaan dadah sehingga cenderung kepada mengamalkan tingkah laku seks berisiko tinggi
  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah dan mempunyai pasangan seks yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sebegini
  • Mereka yang berkongsi jarum yang sama
  • Mereka yang hidup dalam komuniti yang mempunyai kadar jangkitan STD yang tinggi
  • Diagnosis dan Rawatan

    Penyakit Kelamin std

    Jika sejarah kegiatan seksual dan tanda-tanda serta simptom semasa anda menunjukkan bahawa anda mempunyai STD, ujian makmal boleh dilaksanakan bagi mengenal pasti punca dan mengesan masalah:

    • Ujian darah. Ujian darah boleh mengesahkan diagnosis HIV atau peringkat akhir penyakit sifilis.
    • Sampel air kencing. Beberapa STD boleh disahkan dengan sampel air kencing.

    Sampel cecair. Jika anda mempunyai luka kelamin yang aktif, ujian cecair dan sampel dari luka boleh dilakukan untuk mendiagnosis jenis jangkitan. Pelepasan dari saluran uretra juga boleh digunakan dalam beberapa kes. Ujian makmal terhadap bahan dari luka kelamin atau lelehan digunakan untuk mendiagnosis beberapa STD.

    Bagaimana pesakit Penyakit Kelamin STD dirawat?

    • Antibiotik: paling berkesan untuk menyembuhkan banyak jangkitan bakteria dan parasit yang berjangkit secara seksual, termasuk gonorea, sifilis, chlamydia dan trichomoniasis.
    • Ubat antivirus: boleh mengurangkan risiko jangkitan baru atau ulangan jika anda mengambilnya setiap hari. Lebih cepat anda memulakan rawatan, lebih berkesan ia untuk mengubati atau merawat penyakit anda.

    Ubat-ubat ini mesti digunakan dan diselia di bawah petunjuk doktor.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah kesihatan ini:

    • Mengamalkan pemakanan yang sihat
    • Berhenti merokok
    • Berhenti menggunakan dadah haram
    • Melakukan senaman
    • Amalkan hubungan seks yang lebih selamat
    • Sentiasa dapatkan ujian dan rawatan (jika dijangkiti) untuk STD
    • Ambil ubat anda seperti yang ditetapkan

    Ikuti kawalan “4C”: menjejak kenalan (contact), memastikan pematuhan dengan rawatan (compliance), dan kaunseling mengenai pengurangan risiko (counselling) yang merangkumi promosi dan peruntukan bagi kondom (condom).

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan