backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Umur Sudah Masuk 40-an? Wanita, Ini Ciri-ciri Haid Menjelang Menopaus!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/05/2022

    Umur Sudah Masuk 40-an? Wanita, Ini Ciri-ciri Haid Menjelang Menopaus!

    Wanita yang berusia 40-an pasti akan perasan mengenai beberapa perubahan yang berlaku pada haid mereka. Pasti ada yang tertanya-tanya, adakah ini ciri-ciri haid menjelang menopause?

    Putus haid merupakan satu lumrah dalam hidup wanita. Selalunya, ketika berusia hujung 40 tahun dan awal 50, haid akan berhenti. Jika anda tidak pernah datang haid selama tahun, anda dikira sudah mencecah menopaus.

    Sebelum menopaus, wanita akan alami satu tempoh masa di mana haid mereka menjadi tidak seragam. Tempoh masa ini dikenali sebagai perimenopaus. Pada waktu ini, hormon mereka akan berubah dan haid juga perlahan-lahan berhenti.

    Kaum Hawa juga akan mengalami pelbagai simptom yang menandakan mereka menghampiri menopaus.

    Nak tahu apakah ciri-ciri haid menjelang menopause? Jom ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Ciri-ciri haid menjelang menopause, apa yang wanita boleh jangkakan?

    ciri-ciri haid menjelang menopause

    Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Jadi, tidak hairanlah jika mereka juga mengalami simptom yang berbeza.

    Walau bagaimanapun, hampir semua wanita mempunyai simptom yang seakan-akan sama sehingga mereka mencecah menopaus. 

    Antara ciri-ciri haid menjelang menopause:

    1. Haid yang tidak teratur

    Period yang tidak teratur adalah antara tanda utama anda menghampiri menopaus. Walau bagaimanapun, simptom ini mungkin berbeza mengikut individu.

    Ada wanita yang makin jarang alami haid. Tetapi, sebahagian daripadanya mengalami period yang lebih lazim.

    Walau bagaimanapun, jika perubahan ini memakan masa selama 7 hari atau lebih dalam kitaran haid, anda mungkin sedang berada dalam fasa awal perimenopaus.

    Jika jarak antara dua haid lebih daripada 60 hari, besar kemungkinan anda sedang berada di penghujung perimenopaus.

    Baca juga:

    2. Pendarahan antara haid

    period

    Salah satu ciri-ciri haid menjelang menopause ialah mengalami pendarahan di antara period.

    Walau bagaimanapun, wanita juga boleh mengalami masalah ini atas sebab lain seperti menukar kaedah perancang kehamilan.

    Ketika menopaus, wanita akan alami haid yang tidak teratur. Pada masa yang sama, mereka lebih kerap mengalami pendarahan antara haid.

    Ini merupakan sesuatu yang normal. Walau bagaimanapun, jumpa doktor jika anda alami pendarahan luar biasa.

    Kadangkala, pendarahan antara haid adalah tanda penyakit. Pastikan anda berhubung dengan doktor dan lakukan pemeriksaan secepat mungkin.

    3. Rasa panas muka dan sering berpeluh di waktu malam

    Wanita yang menghampiri putus haid selalunya akan rasa panas pada kawasan muka dan berpeluh pada waktu malam.

    Hampir 85% wanita akan alaminya sama ada beberapa kali dalam masa sehari atau seminggu. Kondisi ini turut dikenali sebagai hot flashes.

    Muka rasa panas amat lazim dialami semasa tempoh perimenopaus. Pada masa yang sama, simptom ini boleh menyebabkan tidur terganggu.

    4. Mood sentiasa berubah

    ciri-ciri haid menjelang menopause

    Tidak menghairankan, dengan hormon yang turun naik, kaum Hawa pasti akan alami mood swing. Mereka juga lebih mudah marah dan semakin berisiko untuk mengalami depresi.

    Ditambah pula dengan masalah tidur malam, wanita mungkin akan mengalami masalah lain seperti kesukaran untuk fokus ketika bekerja.

    Perimenopaus boleh meningkatkan risiko depresi sebanyak 30%. Malah, penyebab utamanya datang daripada ketidakmampuan kaum Hawa untuk mengawal perubahan yang berlaku pada badan mereka.

    Tetapi, ada berita baik! Selepas menopaus, risiko depresi akan menurun dengan mendadak.

    5. Masalah vagina dan kawalan kencing

    Apabila wanita semakin tua, mereka akan alami masalah untuk mengawal kencing. Ini disebabkan tahap hormon estrogen yang semakin berkurangan.

    Bukan itu sahaja, pengurangan hormon ini boleh membuatkan tisu di kawasan vagina semakin lemah dan menyebabkan kencing tak lawas. Wanita juga lebih berisiko untuk mengalami jangkitan saluran kencing.

    Apabila haid terhenti, wanita juga akan alami kesukaran untuk melakukan hubungan seks. Ini semua disebabkan perubahan yang berlaku pada Miss V mereka.

    Kesimpulan

    ciri-ciri haid menjelang menopause

    Sebenarnya, ada banyak perubahan ciri-ciri haid menjelang menopause. Dari segi fizikal, wanita mungkin akan alami perubahan dari segi kekerapan datang haid. Dari segi emosi pula, kaum Hawa lebih mudah marah dan alami mood swing.

    Disebabkan simptom perimenopaus tidak dapat dijangka, wanita perlulah lebih bijak merancang. Setiap kali anda datang haid, pastikan anda mempunyai stok tuala wanita dan ubat tahan sakit yang mencukupi.

    Selain itu, perubahan gaya hidup juga mungkin dapat membantu wanita menghadapi simptom perimenopaus. Sebagai contoh:

    1. Bersenam dengan kerap.
    2. Berhenti merokok.
    3. Pastikan berat badan sihat.
    4. Gunakan pelincir semasa melakukan hubungan seks.
    5. Mulakan terapi hormon.

    Ciri-ciri haid menjelang menopause mungkin berbeza mengikut wanita. Namun, jika anda alami simptom yang abnormal, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ia mungkin tanda penyakit!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan