backup og meta

Air Matcha Boleh Ganggu Kitaran Haid? Betul Ke Atau Sekadar Nak Viral?

Matcha… minuman hijau cantik yang kononnya penuh manfaat — antioksidan tinggi, tenaga stabil, dan “lebih baik dari kopi”. Namun seorang ahli farmasi Malaysia beri amaran di media sosial bahawa air matcha boleh mengganggu kitaran haid wanita jika diambil berlebihan.

Air Matcha Boleh Ganggu Kitaran Haid? Betul Ke Atau Sekadar Nak Viral?

Serius ke? Bukankah matcha sepatutnya sihat? Ramai yang rasa ini macam terlalu “over” — seolah-olah nak takutkan orang. Tapi sebelum kita buat kesimpulan, jom kita semak logik di sebaliknya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, klik di sini.

Kenapa ada yang ragu-ragu dengan dakwaan ini?

Matcha sering digambarkan sebagai minuman sihat yang kaya dengan antioksidan, membantu fokus dan meningkatkan tenaga. Malah, ia juga popular dalam kalangan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Oleh itu, apabila ada dakwaan bahawa air matcha boleh mengganggu kitaran haid, ramai yang skeptikal. Antara sebabnya:

  • Tiada kempen kesedaran meluas tentang risiko ini sebelum ini
  • Ramai minum tanpa masalah – banyak wanita mengamalkan matcha setiap hari tanpa gangguan haid yang jelas
  • Kurangnya kajian tempatan khusus tentang matcha dan punca haid tidak teratur – kebanyakan bukti datang daripada kesan umum kafein

Namun, walaupun secara umum matcha selamat diminum, ada faktor tertentu yang boleh menyebabkan ia memberi kesan berbeza kepada setiap individu.

[embed-health-tool-ovulation]

Fakta sains tentang matcha

Walaupun ramai menganggap matcha selamat, kenyataan ahli farmasi tadi bukan sekadar menakut-nakutkan. Ini kerana, di sebalik reputasinya sebagai “teh hijau premium”, matcha mempunyai ciri yang boleh mempengaruhi kesihatan hormon wanita:

air matcha
Kandungan kafein dalam matcha hampir sama seperti kopi.
  • Kandungan kafein yang tinggi – 1 sudu teh matcha boleh mengandungi 60–70 mg kafein, hampir sama dengan secawan kopi
  • Kafein mempengaruhi hormon – kajian mendapati pengambilan kafein berlebihan boleh mengubah keseimbangan estrogen dan progesteron
  • Kepekaan individu berbeza – sesetengah wanita lebih sensitif kepada kafein, walaupun dalam jumlah kecil

Bagaimana kafein dalam matcha boleh mengganggu haid?

Kafein memberi kesan kepada sistem saraf pusat dan hormon stres (kortisol). Apabila diambil berlebihan, ia boleh:

  • Mengubah tempoh kitaran haid – menjadi lebih panjang atau lebih pendek
  • Menyebabkan senggugut lebih teruk akibat pengecutan rahim yang lebih kerap
  • Mengganggu kualiti tidur, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan hormon pembiakan
  • Meningkatkan tekanan kortisol, yang berpotensi mengganggu ovulasi

Kesan ini lebih ketara jika anda juga mengambil sumber kafein lain seperti kopi, minuman tenaga atau coklat gelap.

Tanda-tanda kitaran haid terganggu

Pengambilan kafein berlebihan dari matcha mungkin menyebabkan:

  • Kitaran haid menjadi lebih pendek atau panjang
  • Pendarahan haid yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Sakit senggugut yang lebih teruk daripada biasa
  • Hilang haid sementara (amenorea)
air matcha
Antara gejala senggugut yang dialami semasa haid.

Jika anda perasan perubahan ini selepas meningkatkan pengambilan matcha, mungkin itu petanda tubuh anda tidak sesuai dengan dos kafein yang terlalu tinggi.

Jadi, patutkah anda kurangkan matcha?

Menurut ahli farmasi yang memberi amaran tersebut, wanita yang mengalami punca haid tidak teratur patut mempertimbangkan untuk mengurangkan atau berhenti minum matcha buat sementara waktu.

Langkah yang disyorkan:

  • Berhenti minum air matcha selama 1–2 minggu untuk memerhatikan perubahan kitaran
  • Jangan lupa bahawa matcha bukan hanya dalam minuman – ia ada dalam kek, ais krim, dan pencuci mulut
  • Jika simptom bertambah baik, ini tanda tubuh anda sensitif kepada kafein

Tips pengambilan matcha secara selamat

Supaya manfaat matcha dapat dinikmati tanpa menjejaskan kesihatan hormon wanita, cuba amalkan:

  • Hadkan kepada 1 cawan sehari atau kurang
  • Elakkan pengambilan lewat petang atau malam bagi mengelakkan gangguan tidur
  • Pilih matcha berkualiti tinggi tanpa campuran gula berlebihan
  • Imbangkan diet dengan makanan yang mempengaruhi haid secara positif, seperti sayuran berdaun hijau, kekacang dan ikan berlemak
air matcha
Ambil matcha secara berpada-pada.

Kesimpulan – ada asasnya

Pada awalnya, dakwaan bahawa air matcha boleh mengganggu kitaran haid mungkin kedengaran seperti terlalu membesar-besarkan isu. Tetapi bila difikirkan dari sudut sains, ada asasnya — terutamanya jika pengambilan kafein anda secara keseluruhan melebihi keperluan tubuh.

Matcha bukanlah minuman “jahat” yang perlu dielakkan sepenuhnya. Kuncinya adalah pengambilan sederhana – nikmati matcha, tetapi jangan sampai ia mengganggu keseimbangan hormon dan kesihatan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Malaysian Pharmacist Warns: Excessive Matcha Consumption May Disrupt Women’s Menstrual Cycles. https://next.myc.my/articles/4522/malaysian-pharmacist-warns-excessive-matcha-consumption-may-disrupt-womens-menstrual-cycles. Accessed on Aug 13, 2025. 
  2. Willems MET, Fry HL, Belding MA, Kaviani M. Three Weeks Daily Intake of Matcha Green Tea Powder Affects Substrate Oxidation during Moderate-Intensity Exercise in Females. J Diet Suppl. 2021;18(5):566-576. doi: 10.1080/19390211.2020.1811443. Epub 2020 Sep 2. PMID: 32875933. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32875933/. Accessed on Aug 13, 2025.
  3. 5 Reasons To Drink Matcha During Menstruation. https://ooika.co/learn/matcha-and-menstrual-cycle. Accessed on Aug 13, 2025.
  4. Zhang X, Zhang R, Chen D, Huang R, Tian Y, Zhang P, Zhang J; Shanghai Birth Cohort. Association of tea drinking and dysmenorrhoea among reproductive-age women in Shanghai, China (2013-2015): a cross-sectional study. BMJ Open. 2019 Apr 8;9(4):e026643. doi: 10.1136/bmjopen-2018-026643. PMID: 30962237; PMCID: PMC6500245. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6500245/. Accessed on Aug 13, 2025.
  5. Does Caffeine Help Cramps? Things To Know About Coffee On Period And During PMS. https://flo.health/menstrual-cycle/health/period/coffee-on-period-and-during-pms. Accessed on Aug 13, 2025.

 

Versi Terbaru

14/08/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Tiap Bulan Datang Haid, Tapi Tahu Tak Proses Menstruasi Yang Lengkap?

Senggugut Ketika Haid (Dismenorea): Apa Simptom, Punca & Langkah Untuk Rawat?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 14/08/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan