backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Tiap Bulan Datang Haid, Tapi Tahu Tak Proses Menstruasi Yang Lengkap?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/02/2023

Tiap Bulan Datang Haid, Tapi Tahu Tak Proses Menstruasi Yang Lengkap?

Bagi wanita sihat, didatangi darah haid pada setiap bulan adalah indikasi kepada fungsi organ pembiakan yang normal. Ini kerana semasa proses haid, badan anda menyingkirkan ‘pengumpulan’ bulanan yang terbentuk pada lapisan rahim.

Darah dan tisu haid mengalir dari rahim melalui bukaan kecil di serviks, lalu keluar dari badan anda melalui faraj. Mari fahami proses biologi menstruasi, termasuk kitaran haid dan sindrom prahaid (PMS) dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

ad iconIklan

Proses haid: Kitaran tidak teratur

Kitaran haid mula dikira dari hari pertama haid terakhir sehinggalah permulaan haid yang seterusnya.

Haid akan dianggap tidak teratur jika melebihi 38 hari atau sekiranya ia berlangsung bagi jangka masa berbeza.

Tambah lagi, haid yang tidak teratur mempunyai beberapa sebab seperti faktor ketidakseimbangan hormon hingga masalah lain yang perlu diberi perhatian.

Antara kemungkinan penyebabnya, termasuk:

Baca juga:

Simptom & jenis

Ketidakseimbangan kitaran haid juga merangkumi:

  • Haid dalam jarak terlalu jauh, bukannya sebulan sekali
  • Jarak haid yang terlalu dekat, berlaku setiap 2 atau 3 minggu
  • Haid tidak bermula pada usia 16 tahun (amenorea)
  • Haid berhenti datang (amenorea), sekurang-kurangnya 3 bulan dan wanita itu tidak hamil
  • Haid yang jarang berlaku (oligomenorea)
  • Darah haid yang berat atau berpanjangan
  • Haid yang menyakitkan (senggugut)
  • Demam dan sakit setelah menggunakan tampon (sindrom kejutan toksik)

Proses haid menyakitkan, apa cara merawat?

proses haid

Bagi mereka yang kerap alami masalah haid senggugut, ini antara pilihan rawatan yang boleh dicuba:

  • Ubat penahan sakit: Ubat ini boleh didapati di kaunter, seperti ibuprofen atau naproxen sodium, dengan dos yang disarankan dan mengambilnya sehari sebelum haid bermula. Ubat-ubatan anti-radang nonsteroid juga boleh membantu
  • Hormon kawalan kelahiran: Pil pencegah kehamilan oral mengandungi hormon yang bertindak menghalang ovulasi dan mengurangkan kekejangan haid. Hormon ini juga dapat diberikan dalam beberapa bentuk lain seperti suntikan, tampalan kulit, implan yang diletakkan di bawah kulit lengan, cincin fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj atau alat intrauterin (IUD)
  • Pembedahan: Sekiranya masalah haid senggugut anda disebabkan oleh kondisi tertentu seperti endometriosis atau fibroid, pembedahan mungkin diperlukan

Bagaimana pula dengan PMS semasa proses haid?

ad iconIklan

Apabila sindrom pramenstruasi (PMS) bermula, ia menjadi antara tempoh masa yang cukup beremosi buat segelintir wanita.

PMS terkenal dengan pelbagai tanda dan gejala, termasuk perubahan mood, payudara terasa sakit, nafsu terhadap makanan meningkat, keletihan, mudah marah dan kemurungan.

Dianggarkan sebanyak 3 dari 4 wanita yang bermenstruasi telah mengalami beberapa bentuk sindrom pramenstruasi ini.

Gejala PMS juga biasanya bermula 5 hingga 11 hari sebelum haid dan akan hilang sebaik sahaja haid bermula. Namun, punca PMS masih tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya bahawa ia berkaitan dengan perubahan tahap hormon seks dan tahap serotonin pada awal kitaran haid.

proses haid

Tanda dan gejala emosi/tingkah laku

  • Ketegangan atau kegelisahan
  • Suasana tertekan
  • Mudah menangis
  • Perubahan mood dan mudah marah
  • Perubahan selera keinginan untuk makan
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Tidak bersosial
  • Kurang fokus
  • Perubahan pada libido (rangsangan seks)

Tanda dan gejala fizikal

  • Sakit sendi atau otot
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Penambahan berat badan akibat water retention
  • Kembung perut
  • Payudara sakit
  • Muncul jerawat
  • Sembelit atau cirit-birit
ad iconIklan

Apa itu ovulasi?

proses haid

Sekarang kita beralih pada proses ovulasi pula, untuk makluman pembaca, ia membawa maksud pembebasan telur (ovum) dari ovari, ke dalam tiub fallopio anda.

Proses ini biasanya berlaku kira-kira 13 ke 15 hari sebelum permulaan setiap kitaran period.

Sama seperti haid, masa ovulasi juga boleh berubah mengikut kitaran dan anda berkemungkinan mempunyai kitaran ganjil di mana  tidak akan mengalami ovulasi.

Bilakah ovulasi berlaku?

Kitaran menstruasi seseorang wanita kebanyakannya berlangsung antara 28 dan 32 hari.

Permulaan setiap kitaran pula dianggap sebagai hari pertama proses haid.

Pelepasan telur biasanya berlaku 12 hingga 16 hari sebelum haid yang berikutnya tiba.

Kebanyakan wanita mula didatangi haid antara usia 10 hingga 15 tahun.

Pada masa yang sama, mereka akan mula berovulasi dan mampu untuk hamil.

Ovulasi biasanya berhenti selepas menopaus, antara usia sekitar 50 hingga 51 tahun, tetapi masih berlaku apabila menjelang menopaus dan ia disebut sebagai pramenopaus.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini bermanfaat?



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan