home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bagaimana Ahli Farmasi Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan Anda?

Bagaimana Ahli Farmasi Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan Anda?

Ubat adalah sebahagian yang penting dalam rutin kesihatan anda. Tetapi kadang-kadang ia juga boleh membebankan anda, khususnya dari segi kos, kekerapan pengambilan, keperluan dan kesan sampingan, dan kekerapan untuk pengisian semula.

Sudah tentu, ahli farmasi tidak boleh menggantikan doktor anda. Walau bagaimanapun, ahli farmasi memainkan peranan penting dalam pasukan penjagaan kesihatan dan boleh membincangkan semua pertanyaan yang anda miliki mengenai ubat-ubatan untuk memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Peranan ahli farmasi menyokong kesejahteraan anda

Memastikan ubat-ubatan anda betul

Salah satu tugas penting ahli farmasi ialah penyesuaian ubat, yang merupakan proses membandingkan pesanan ubat baru pesakit kepada semua ubat-ubatan yang telah diambil oleh pesakit. Sekiranya anda pernah dimasukkan ke hospital atau melawat klinik untuk kali pertama, adalah sangat penting bahawa nama, dos, dan jadual ubat-ubatan yang anda ambil di rumah dikenal pasti dengan betul.

Ini boleh mencabar kerana terdapat pesakit sering berjumpa beberapa doktor dan mengisi semula (refill) preskripsi mereka di farmasi yang berbeza. Sebab itulah sangat penting untuk menyimpan senarai ubat dan membawanya bersama anda setiap kali berjumpa doktor baru, ke klinik penjagaan segera, atau ke bilik kecemasan.

Di sini seorang ahli farmasi boleh masuk. Ahli farmasi akan berbincang dengan anda atau ahli keluarga anda, hubungi farmasi anda, atau melihat lawatan hospital dan klinik anda sebelum ini untuk memastikan ubat-ubatan yang diberikan semasa penginapan anda atau dipreskripsi untuk dibawa pulang adalah tepat.

Membantu mengurangkan kos

Ubat-ubatan yang dipreskripsi boleh menjadi mahal, terutama apabila melibatkan ubat-ubatan yang berjenama. Jadi, ahli farmasi anda adalah sumber yang hebat untuk mencari alternatif yang lebih rendah. Ini kerana ahli farmasi tahu versi generik ubat-ubatan jenama yang mempunyai fungsi sama tetapi kosnya yang kurang atau mungkin kurang mahal.

Membantu pengurusan ubat lebih mudah

Apabila anda mengambil pelbagai ubat yang cenderung diisi pada waktu yang berbeza sepanjang bulan, adalah anda mungkin mudah lupa untuk mengambil satu atau dua daripadanya. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan dos dan boleh membahayakan kesihatan anda. Tetapi jika anda pergi ke farmasi yang sama untuk setiap ubat anda, ahli farmasi anda boleh mengesyorkan cara yang lebih mudah untuk menguruskan preskripsi anda.

Bergantung pada ubat-ubatan yang anda ambil dan berapa kerap anda mengambilnya, ahli farmasi anda juga boleh membantu anda mendapatkan bekalan ubat preskripsi selama 90 hari daripada bekalan selama 30 hari. Ahli farmasi anda juga boleh menawarkan petua dan cara untuk mengatur dan mengingat untuk mengambil ubat anda.

Dalam kerjasama doktor dan jururawat, ahli farmasi sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan pesakit. Mempunyai hubungan yang kuat dengan ahli farmasi anda benar-benar boleh membuat perbezaan dalam kesihatan anda. Jika anda mempunyai persoalan mengenai ubat-ubatan anda, jumpa mereka sebagai sumber yang dipercayai.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

How Much Can Your Pharmacist Help Your Health? https://www.health.com/healthy-for-life/your-pharmacist-and-your-health/ Accessed on Apr 17, 2019.

Introducing, Your Pharmacist https://www.gethealthystayhealthy.com/articles/get-the-most-out-of-your-pharmacist Accessed on Apr 17, 2019.

What Your Pharmacist Can Do For You http://www.safemedication.com/safemed/PharmacistsJournal/What-Your-Pharmacist-Can-Do-For-You Accessed on Apr 17, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 15/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor