Bijirin sarapan yang berperisa coklat mungkin mengandungi sehingga 11 miligram kafein. Semak label makanan anda untuk mengenal pasti kandungan kafein tersembunyi.
5. Puding

Jika puding adalah makanan kegemaran, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa ia juga mungkin mengandungi kafein sehingga 10 miligram kafein, terutama jenis rasa coklat.
Oleh itu, mengambil puding sebelum tidur mungkin bukanlah hidangan yang paling sesuai.
6. Minuman koko panas

Dalam renyai hujan di waktu malam, menikmati minuman koko panas mungkin sangat menenangkan tetapi ia juga boleh membuat anda tidak dapat melelapkan diri.
Campuran koko panas mungkin mengandungi sehingga 9 miligram kafein. Daripada menikmatinya di waktu malam, anda boleh menggantikan rutin pagi anda dengan hidangan ini yang kurang kandungan kafein, iaitu 1/10 sahaja daripada secawan kopi.
Contoh kafein #7. Ubat-ubatan PMS

Walaupun ubat-ubatan ini membantu melegakan sakit senggugut dan masalah haid lain, namun banyak jenama ubat PMS popular menggabungkan kafein ke dalam produk mereka.
Panadol Menstrual, contohnya mengandungi sehingga 65 miligram kafein. Ini kerana kafein adalah diuretik (membuatkan anda kencing), jadi ia mengurangkan masalah kembung.
Akan tetapi, jika anda mengalami kesakitan pada waktu malam, ubat-ubatan ini mungkin ada kesan pengambilan kafein, iaitu mengganggu waktu tidur anda.
8. Ubat tahan sakit

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa kafein adalah bahan tambahan yang biasa dalam kebanyakan ubat sakit kepala.
Kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kesan kelegaan daripada aspirin dan acetaminophen. Tetapi kerana kafein bersifat sebagai perangsang, anda mungkin mahu memikirkan semula sebelum mengambilnya pada waktu tidur.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen