Mesti rasa risau bila lambat datang haid seminggu, apatah lagi sebulan, kan? Tetapi apa yang menjadi sebab tidak datang haid 1 bulan ya?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Mesti rasa risau bila lambat datang haid seminggu, apatah lagi sebulan, kan? Tetapi apa yang menjadi sebab tidak datang haid 1 bulan ya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Amenorea adalah istilah perubatan bagi individu yang tidak mengalami pendarahan haid semasa tahun reproduktif.
Ia berlaku apabila anda terlepas kitaran haid selama 3 bulan berturut-turut atau tidak mengalami pendarahan haid pertama pada usia 15 tahun.
Banyak keadaan boleh menjejaskan keteraturan kitaran haid, termasuklah:
Pertambahan atau penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa boleh mengakibatkan disfungsi pada paksi hipotalamus-pituitari-ovari, yang menjadi punca perubahan pada tahap hormon, sekali gus menyebabkan period lambat 1 minggu, sebulan atau terhenti sama sekali.
Tekanan yang kuat boleh menjejaskan bahagian otak yang mengawal hormon pembiakan. Ini boleh menyebabkan ovulasi dan haid terhenti.
Sebaik sahaja punca tekanan berkurangan atau seseorang individu itu mempelajari strategi untuk mengawal stres, kitaran haid mungkin akan kembali seperti biasa.
Prolaktin adalah hormon yang biasanya dihasilkan oleh badan semasa penyusuan. Ia boleh menjejaskan haid dan kerana itulah kebanyakan wanita menyusu badan tidak mengalami haid. Haid biasanya kembali apabila penyusuan susu ibu dihentikan.
Manakala bagi wanita yang tidak menyusukan bayi, pelepasan susu daripada puting boleh menandakan badan menghasilkan jumlah prolaktin yang luar biasa tingginya. Doktor boleh merawat pengeluaran prolaktin berlebihan dengan ubat.
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan kesihatan dan penampilan keseluruhan seseorang wanita, selain mengakibatkan sista ovari.
Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami haid tidak teratur atau period berhenti sepenuhnya.
Selain tidak mengalami haid, wanita dengan PCOS mungkin mengalami gejala lain seperti:
Baca juga:
Amenorea adalah keadaan biasa dalam kalangan atlet yang kuat berlatih. Latihan berlebihan boleh menyebabkan badan mengeluarkan hormon tekanan yang boleh mengganggu pengeluaran hormon pembiakan. Kesannya haid tidak teratur atau terhenti.
Hormon kawalan kelahiran (kontraseptif) berfungsi dengan menyekat ovulasi.
Ini bermakna seseorang yang menggunakannya mungkin mengalami perubahan pada haid mereka, termasuklah pendarahan haid awal, lewat atau terhenti sama sekali.
Sesetengah keadaan kesihatan boleh menyebabkan pendarahan haid seseorang terhenti terus:
Tiroid adalah kelenjar yang menghasilkan hormon untuk mengawal metabolisme badan.
Hipotiroidisme, atau tiroid yang kurang aktif, adalah apabila tiroid tidak menghasilkan cukup hormon ini. Hipertiroidisme, atau tiroid yang terlalu aktif, mengakibatkan tahap hormon tiroid dalam badan terlalu tinggi.
Kedua-dua keadaan di atas boleh menjejaskan kekerapan kitaran haid seseorang.
Simptom lain yang boleh dialami termasuklah:
Fasa menopaus bernula apabila seseorang wanita itu tidak mengalami haid selama sekurang-kurangnya 12 bulan.
Pun begitu, peralihan kepada menopaus, atau dikenali sebagai perimenopause, boleh menyebabkan gejala mula berkembang pada usia lebih muda.
Simptom lain untuk perimenopause adalah:
Individu dengan diabetes jenis 2 berisiko mengalami haid tidak teratur kesan anovulasi – terjadi apabila ovari tidak melepaskan telur ke dalam tiub fallopio.
Apabila keadaan ini dialami, pendarahan haid tidak akan berlaku.
POI adalah apabila ovari seseorang berhenti berfungsi seperti yang diharapkan sebelum mereka mencapai umur 40 tahun. POI tidak sama dengan menopaus awal atau perimenopause.
Wanita dengan POI mungkin tidak mengalami pendarahan haid bulanan atau mengalami period tidak teratur.
Sindrom Cushing atau hiperkortisolisme adalah keadaan hormon yang berlaku akibat pendedahan kepada terlalu banyak kortisol atau ubatan yang menyerupai kortisol.
Individu yang mengalami keadaan ini mungkin mengalami haid tidak teratur atau terhenti.
Haid tidak teratur atau terlewat adalah perkara biasa, terutamanya pada remaja.
Beberapa keadaan boleh menjadi sebab tidak datang haid 1 bulan seperti peningkatan stres, terlebih bersenam atau mengalami perubahan berat secara mendadak.
Dalam sesetengah kes, ia boleh disebabkan masalah kesihatan kronik seperti keadaan tiroid, diabetes jenis 2, sindrom Cushing atau PCOS.
Sekiranya anda terlepas kitaran haid lebih daripada tiga kali berturut-turut, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan diri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen