backup og meta

Wanita, Anda Kena Cuba 13 Tip Ini Untuk Bantu Anda LAWAN Fibroid Rahim!

Wanita, Anda Kena Cuba 13 Tip Ini Untuk Bantu Anda LAWAN Fibroid Rahim!

Disahkan mempunyai tanda fibroid dalam rahim pastinya mengembangkan rasa bimbang di hati. Bertenang, Hello Doktor akan kongsikan cara untuk melawan fibroid tersebut. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu tanda fibroid dalam rahim?

Fibroid adalah ketumbuhan abnormal dalam rahim yang dipanggil fibroid rahim, mioma dan leiomioma.

Ia bukan kanser mahupun boleh mengancam nyawa, namun ada kalanya menyebabkan komplikasi atau masalah kesihatan. 

Fibroid – terhasil daripada otot dan tisu lain, terbentuk di dalam dan sekitar dinding rahim.

Saiznya mungkin sekecil biji benih atau lebih besar daripada bola tenis. Ia juga boleh muncul dalam jumlah yang banyak atau tunggal.

Ada sesetengah wanita tidak menyedari mereka mempunyai fibroid. Pun begitu terdapat juga yang mengalami simptom menyakitkan seperti haid berat atau berpanjangan, sakit pelvis, kerap kencing, sembelit dan sakit pinggang.

tanda fibroid

Selalunya cara untuk merawat tanda fibroid adalah melalui pengambilan ubatan atau pembedahan.

Namun dikatakan melakukan perubahan pada diet, bersenam dan mengawal tekanan dapat membantu mengatasi gejalanya.

Lawan tanda fibroid dalam rahim

Berikut antara perkara yang digalakkan untuk anda lakukan dan perlu dielakkan bagi mengatasi gejala fibroid.

Lakukannya untuk melawan fibroid

1. Banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan untuk cegah fibroid dalam rahim

Pengambilan banyak sayuran dan buah-buahan seperti brokoli dan kubis serta epal dan tomato dapat mengurangkan risiko mendapat fibroid.

Diet Mediterranean adalah salah satu cara terbaik untuk melakukannya. Dikatakan mengamalkan diet ini dengan kerap dapat membantu mengurangkan kecenderungan untuk mengembangkan fibroid.

2. Kawal tekanan darah

Dipercayai wujud hubungan yang kuat antara fibroid dan tekanan darah tinggi. Berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui cara terbaik menguruskan tekanan darah.

tanda fibroid

3. Kawal tahap stres untuk cegah tanda fibroid 

Walaupun banyak kajian masih perlu dilakukan untuk mengaitkan stres dan fibroid, namun tiada salahnya untuk mencuba teknik relaksasi seperti yoga, urutan dan tai chi bagi mengawal tekanan diri.

4. Berikan keselesaan pada diri

Jika mengalami tempoh haid yang menyakitkan disebabkan fibroid, cuba berbaring dan tinggikan bahagian kaki dengan bantal.

Anda juga boleh mencuba berbaring mengiring dan membengkokkan lutut ke dada bagi menghilangkan tekanan daripada belakang tubuh.

5. Kurangkan berat untuk lawan fibroid dalam rahim

Masalah obesiti dan berat badan berlebihan meningkatkan risiko fibroid, ini kerana sel-sel lemak menghasilkan lebih banyak estrogen .

Jadi mengurangkan berat badan dapat membantu mencegah atau melambatkan pertumbuhan fibroid.

6. Hadkan alkohol

Pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko untuk fibroid, kerana alkohol meningkatkan tahap hormon yang diperlukan untuk fibroid berkembang.

Alkohol juga boleh mencetuskan keradangan.

Sebaiknya elak atau hadkan pengambilan alkohol untuk membantu mengurangkan risiko anda.

Baca juga:

7. Pengambilan suplemen atasi tanda fibroid

Umumnya, pengambilan suplemen contohnya teh daun raspberi untuk menyokong kehamilan dan merawat masalah seperti PMS tidak disyorkan untuk fibroid.

Ini kerana teh boleh mempunyai kesan seperti estrogen pada badan dan memburukkan lagi keadaan. 

Sebelum pengambilan sebarang suplemen atau ubatan, berbincanglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

8. Vitamin D

Ada cadangan menyatakan bahawa suplemen seperti vitamin D boleh membantu mengurangkan risiko untuk mengembangkan fibroid dalam rahim.

Bagi individu berkulit gelap atau tinggal di kawasan beriklim sejuk, anda mungkin mengalami kekurangan vitamin ini.

Disarankan untuk anda mengambil makanan bagi meningkatkan kandungan vitamin D seperti:

  • Kuning telur
  • Susu diperkaya (fortified), keju dan produk tenusu
  • Bijirin diperkaya
  • Jus oren diperkaya
  • Ikan berlemak seperti salmon, tuna dan makarel
  • Minyak ikan kod
9. Elakkan bahan kimia yang mengganggu hormon untuk lawan tanda fibroid 

Bahan kimia semula jadi dan sintetik boleh menjejaskan keseimbangan endokrin tubuh dan meningkatkan tahap estrogen.

Bahan kimia tersebut boleh meresap ke dalam tubuh melalui kulit dan makanan.

Sebaiknya elakkan daripada bersentuhan dengan bahan kimia yang terdapat dalam:

  • Baja
  • Racun perosak
  • Plastik seperti BPA
  • Salutan tidak melekat pada alat memasak
  • Pewarna
  • Cat
  • Beberapa produk penjagaan diri

Hindarinya untuk melawan fibroid 

1. Elakkan ambil makanan penyebab fibroid

Pengambilan makanan ini dikatakan boleh memburukkan lagi fibroid anda, jadi sebaiknya hindari atau kurangkan pengambilannya dalam diet harian.

2. Malas bersenam punca fibroid dalam rahim

Wanita yang bersenam sekurang-kurangnya 7 jam untuk seminggu dengan melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau menari, mempunyai risiko paling rendah untuk mengembangkan fibroid.

Bersenam juga membantu mengekalkan tekanan darah.

3. Gula berlebihan

tanda fibroid

Makanan manis dan karbohidrat ringkas boleh mencetuskan atau memburukkan fibroid rahim. 

Makanan ini meningkatkan paras gula dalam darah sekali gus menyebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak insulin.

Jumlah insulin yang berlebihan ini boleh menyebabkan pertambahan berat dan meninggikan risiko untuk mengembangkan fibroid.

4. Merokok 

Tabiat merokok boleh meningkatkan kesakitan haid kerana ia mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke bahagian pelvis.

Apa yang boleh disimpulkan adalah walaupun anda mungkin tidak dapat mencegah fibroid, namun pemakanan seimbang dan menjaga berat penting untuk kesihatan secara keseluruhan.

Berbincanglah dengan doktor jika mempunyai kebimbangan mengenai keadaan kesihatan diri.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 5 healthy ways for women to prevent getting fibroid. https://www.pulse.ng/lifestyle/womens-health/healthy-ways-to-avoid-developing-fibroid/njmphxy, Accessed on Nov 14, 2021
  2. Uterine Fibroids. https://www.acog.org/womens-health/faqs/uterine-fibroids, Accessed on Nov 14, 2021
  3. 7 Things to Know About Living with Fibroids, https://healthblog.uofmhealth.org/womens-health/7-things-to-know-about-living-fibroids, Accessed on Nov 14, 2021
  4. Should Women with Fibroids Avoid Soy?, https://nutritionfacts.org/video/should-women-with-fibroids-avoid-soy/, Accessed on Nov 14, 2021
  5. Fibroids
    Treatments, https://www.ucsfhealth.org/conditions/fibroids/treatment, Accessed on Nov 14, 2021

 

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Fibroid Rahim Itu Punca Komplikasi Kehamilan & Kemandulan? Adakah Ini Benar?

Cegah Fibroid Rahim Dengan Ubah Gaya Hidup & Pemakanan Sihat


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan